110403 - Kristus Dalam Kita.pub

advertisement
Oleh dosa Adam, seluruh manusia berdosa (Roma 5:12) dan maut adalah akibat
daripada dosa itu. Akibatnya juga, perhubungan antara Allah dan manusia
terputus. Namun begitu, Allah tidak selama-lamanya ingin agar perhubungan
dengan ciptaan-Nya terputus. Allah merencanakan penyelesaian total terhadap
dosa dengan mengirim Anak-Nya. Allah itu adil, oleh itu Dia tidak mahu manusia
harus menanggung dosa kerana manusia tidaklah sempurna untuk mencapai
kesempurnaan Allah. Oleh itu, satu-satunya jalan adalah dengan membawa
keadilan itu kepada diri-Nya dengan mengorbankan Anak-Nya - Yesus Kristus yang
sempurna bagi kita. Oleh itu, manusia tidak lagi dituntut untuk menyelesaikan
hutang dosa. Allah yang membayarnya sekali dengan lunas mengikut standard
Allah. Allah tahu apa yang terbaik dan yang terbaik itulah yang Dia berikan kepada
kita.

1. Sebut sahaja perkataan ‘dosa’ apakah yang terlintas dalam fikiran anda?

2. Dalam Roma 6, terdapat 17 perkataan dosa daripada 48 perkataan dosa dalam
buku Roma keseluruhannya. Kalau dibaca sekilas sahaja, kita fikir semua
perkataan itu membawa makna yang sama. Namun begitu, bukanlah begitu.
Dalam ayat 15 perkataan dosa merujuk kepada perbuatan dosa.

a. Dalam pengalaman sehari-hari, apakah yang sering disiarkan oleh TV,
suratkhabar, mahupun radio? Perbuatan dosa atau dosa? Mengapa?

b. Bayangkan ini, jika sepohon pokok tidak berbuah dan daun-daunnya tidak
subur, apakah puncanya?

c. Begitu juga, sekiranya orang percaya tidak sihat dari segi rohani (tidak
bertumbuh, tidak suka ibadah, tidak suka Firman Tuhan dan sebagainya)
apakah puncanya?

3. Dalam ayat 3–6, Paulus membuat dua persamaan yakni baptisan dan
penyaliban untuk menerangkan bagaimana Kristus Yesus menyelesaikan dosa
kita. Cuba jelaskan dengan kata-kata yang mudah, bagaimanakah kedua-dua
analogi ini boleh membantu kita memahami “supaya tubuh dosa kita hilang
kuasanya” (ayat 6b)?

4. Ayat 23, mengatakan upah dosa adalah maut. Menurut ayat ini, siapakah yang
menanggung upah dosa? Mengapa? Ayat 3-6 dapat membantu anda menjawab
soalan tersebut. Salah mengerti terhadap ayat 23 ini menyebabkan orang
Kristian selalu cuba untuk melihat setiap perkara yang buruk terjadi dalam
hidupnya adalah akibat dan balasan Tuhan.

5. Daripada pembelajaran ini, bagaimana responsi kita sekiranya jatuh dalam
dosa? Apa yang perlu kita ingatkan dan percayai? Boleh baca ayat 3–6 untuk
membantu anda menjawab.

Download