pg 14-16.qxd (Page 3)

advertisement
Musibah & Pemulihan
Contents
Fajar ayat 10-14 :
Dan Fir'aun yang mempunyai tentera yang
ramai yang telah melampau dalam perbuatan
mereka di dalam negeri, lalu mereka berbuat
kerusakan dalam negeri. Maka oleh kerana
itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka
azab. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar
maha mengawasi.
Begitulah contoh-contoh yang telah dipaparkan oleh Allah swt tentang akibat kaum
yang membuat kerosakan di muka bumi.
Dalam surah An-Nahli ayat 112 diterangkan
bahawa “Tuhan Yang Maha Esa telah memberikan beberapa contoh, yakni tempat
mahupun kampung, desa mahupun negara
yang dahulunya aman dan tenteram, gemah
ripah loh jinawi, namun penduduknya/
penghuninya mengingkari nikmat-nikmat
Allah, maka lalu berkecamuklah bencana
kelaparan, penderitaan dan ketakutan yang
disebabkan sikap dan perbuatan mereka
sendiri.”
Islam adalah agama yang menentang
segala kerosakan, pencerobohan dan segala
jenis kejahatan.
Sebaliknya pengamalan Islam dari setaip
aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi menjurus kepada mencapai kedamaian dan kesejahteraan baik di dunia dan di akhirat.
Dalam penerangan yang mudah, dapat kita
fahami bahawa Ifsad dan Islah itu adalah :
Ifsad: Ifsad ialah membuat kerosakan. Ia
mencakup segala jenis kerosakan yang berbentuk kezaliman, kehancuran, memakan harta
benda dan hak orang lain secara batil. Juga
dimaksukan kerosakan akhlak dan kesopanan
dengan melakukan dosa dan kekejian.
Islah: Islah pula ialah membaiki dan membuat pemulihan. Ini harus dilaksanakan dengan meningkatkan kemakmuran yang dapat
memperbaiki keadaan kehidupan. Ia juga
dilaksanakan dengan mensucikan jiwa serta
rohani melalui amal-amal saleh dan ibadah.
Manusia adalah pihak yang paling
bertanggung jawab atas semua kerosakan
yang terjadi di alam ini. Dalam Surah ArRum ayat 41 dijelaskan :
Telah jelas kerosakan yang berlaku di darat
dan di laut disebabkan kerana perbuatan
tangan manusia, supaya Allah merasakan
kepada mereka sebahagian dari akibat
perbuatan mereka, agar mereka kembali ke
jalan yang benar.
Dalam ayat di atas, Allah swt menjelaskan
bahawa manusia itu sentiasa mendatangkan
kerosakan di muka bumi dan mencemarkan
kehormatan Allah swt dan kemuliaannya.
Banyak malapetaka, musibah dan bencana
terjadi di sana sini, baik di darat, di lautan dan
di udara. Bahkan juga di seluruh alam ini
tersebar dengan luasnya peperangan dan
serangan yang akibatnya memusnahkan
makhluk yang bernyawa dan harta benda.
Semuanya itu adalah terbit dari hasil dan
usaha tangan manusia itu sendiri.
Islam adalah (rahmatan lil 'alamin),
agama rahmat bagi semesta alam. Oleh kerana itu, ciri-ciri seorang Muslim selain
mampu menjalin hubungan yang baik dengan Allah dan manusia juga mampu menjaga
hubungan baik dengan lingkungan sekitarannya.
Maka dari itu, harus disedari oleh setiap
Muslim bahawa Islam yang dibawa oleh
Rasulullah saw itu mengarahkan manusia
supaya sentiasa mewujudkan kedamaian dan
keamanan di muka bumi ini, bukan kehancuran dan kerosakan.
Sebagai pemulihan, umat Islam harus
melakukan Islah dengan kembali kepada
ajaran Allah swt dan rasulnya dan mengelakkan sama sekali jenis kerosakan dan
kehancuran. Inilah Islah yang seharusnya
diambil oleh setiap Muslim.
Ingatlah pesanan Allah swt dalam Al-Quran
yang bermaksud:
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di
muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang membuat
kerosakan. (Al-Qasas 77)
“Ya Allah jadikanlah kami orang - orang
yang sentiasa membuat Islah setelah diri ini
selalu melakukan Ifsad. Selamatkanlah kami
dari bencana dan azabMu dan masukkanlah
kami ke dalam golongan mereka yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.”
Contents
16
Masjid Khadijah
Download