Buku Petunjuk Mengendalikan Doa Siang Malam

advertisement
Buku Petunjuk Mengendalikan Doa Siang Malam Selama 10 Hari
6hb sehingga 15hb Mei 2005
Membentukkan Litupan Doa Yang Menyeluruhi Kesemua Benua
Menepukan Masyrakat-masyarakat Kita Dengan Doa
Menubuhkan doa siang malam selama 10 hari di seluruh dunia bagaikan relau api supaya
berdoa demi pemulihan bangsa-bangsa and penyataan kemuliaan Tuhan
Garis Panduan Bagi Doa Siang Malam Selama 10 Hari
6hb sehingga 15hb Mei 2005
Matlamat
Menubuhkan waktu pengawasan berdoa secara 24-7 selama 10 hari di dalam setiap bangsa,
menimbulkan litupan doa di seluruh bumi yang melibatkan jemaah Yesus Kristus di dalam
semua bangsa sehingga kemuliaan Tuhan meliputi seluruh muka bumi (Habakuk 2:14). Doa
dipersembahkan demi:
• pembangkitan jemaah;
• jiran-jiran kita yang sesat dan yang belum mengenali Tuhan dan bangsa-bangsa yang
belum pernah mendengar nama Yesus;
• perubahan yang bermakna dalam pelbagai jemaah kita, masyarakat, bandar atau
bandaraya, negara atau benua dari segi sosial, ekonomi dan politik.
Tumpuan
Doa yang berterusan demi perubahan yang bermakna di dalam jemaah-jemaah dan
masyarakat-masyarakat kita serta segala bangsa dari segi rohani dan sosial.
Strategi
Menggerakkan jemaah-jemaah, kumpulan-kumpulan doa yang terdiri daripada pelbagai
mazhab dan pertubuhan Kristian di dalam setiap negara untuk mengambil tanggungjawab
berdoa selama 10 hari dari 6hb sehingga 15hb Mei 2005 selama 24 jam sehari.
Doa Siang Malam selama 10 hari: 6hb sehingga 15hb Mei 2005
Hari Doa Sedunia akan diadakan pada 15hb Mei 2005. Kami bertujuan menggalakkan
jemaah tempatan dan masyarakat berdoa selama 10 hari menuju ke hari Ahad Pentakosta
sebagaimana Jemaah sewaktu Perjanjian Baru telah berdoa sampai hari Pentakosta di dalam
Kisah Rasul-Rasul bab 1. Umat Kristian seluruh muka bumi akan digalakkan berdoa siang
malam sepanjang 10 hari tersebut. Mereka akan memohon Tuhan mencurahkan Roh Kudus
secara yang baru dan menyegarkan demi penyelamatan dan penyembuhan mereka yang sesat
dan tidak mengenali Tuhan serta bangsa-bangsa yang belum pernah mendengar nama Yesus
di merata dunia.
Hari Doa Sedunia: 15hb Mei 2005
Hari doa tahunan yang telah diadakan di Afrika pada 2hb Mei 2004 akan diadakan pada 15hb
Mei 2005 iaitu hari Ahad Pentakosta, di mana keenam-enam benua di seluruh dunia akan
bersekutu dalam doa yang bersatu.
Selepas 15 Mei 2005, menuju ke hari Ahad Pentakosta Tahun 2006
Gerakkan jemaah tempatan di daerah kamu untuk mengambil tanggungjawab berdoa selama
24 jam seminggu sekali. Justru, satu rangkaian doa akan ditubuhkan di dalam lingkungan
geografi anda. Apabila anda merangkaikan daerah-daerah begini, jemaah di seluruh
bandaraya, daerah atau negeri dan negara akan digerakkan. Contohnya, beberapa rangkaian
jemaah yang terdiri daripada tujuh jemaah tiap-tiap satu akan digerakkan berdoa selama 24
jam setiap minggu dalam satu tahun. Sekiranya, bilangan jemaah yang berdoa selama sehari
atau 24 jam dalam seminggu berlipatganda, maka litupan doa pun akan bertambah.
Memberi penerangan mengenai konsep 10 hari
Kami menggalakkan umat Kristian menghadapi Raja segala Raja dan bersemuka denganNya
semasa 10 hari tersebut. Ketika masa ini, rapatkan persekutuan dengan Tuhan, pohonkan
namaNya supaya bertindak selaku peristiwa dunia dan doakan dengan rahmat dan
belaskasihanNya. Siang dan malam, selama 10 hari, kita akan menghadap takhta Tuhan untuk
menyembah dan menyeru namaNya selaku apa yang penting dan genting dalam jemaah dan
dunia di sekeliling kita. Kita berdiri atas ayat Alkitab berupa Habakuk 2:14 dan memohon
Tuhan meliputi dunia dengan kemuliaanNya. “Pengetahuan akan kemuliaan Tuhan akan
meliputi seluruh muka bumi ini, sebagaimana air meliputi samudera raya.”
Hubungkan kami jika kamu ingin menyertai projek ini dan daftarkan diri selama 10 hari di:
www.globaldayofprayer.com
Sekiranya kamu berbuat demikian, kami akan menghargainya supaya kami dapat
menyelaraskan acara ini. Seterusnya, setiap orang boleh diberikan maklumat yang lebih
spesifik. Kami juga dapat mengenal kawasan yang mempunyai sedikit litupan doa atau tiada
litupan doa langsung dan membuat rancangan untuk menggerakkan jemaah di kawasankawasan tersebut.
Selepas 10 Hari
Tolong hantarkan kami satu laporan sepanjang satu mukasurat berkenaan doa selama 10 hari
([email protected]) dan sertakan perkara-perkara yang memberi kesaksian kepada
Tuhan.
Perhatian
Kami menjangka bahawa ada orang yang begitu giat sehingga ingin meneruskan doa ini
“sehingga Yesus kembali.” Ini adalah bagus tetapi hendaklah penuh hati-hati. Lebih baik
berhenti seketika, rancangkan dengan teliti dan teruskan berdoa selama 10 hari lagi dalam
tempoh tiga hingga enam bulan kemudian. Lama kelamaan, kamu akan berupaya
melaksanakannya dengan lebih kerap sambil bekerjasama dengan jemaah-jemaah lain
sehingga kamu mengawaskan waktu berdoa 24-7-365 (iaitu 24 jam selama 7 minggu
sepanjang 365 hari).
Sebagai satu pilihan, orang di bandaraya/bandar/daerah kamu mungkin ingin memulakan doa
24-7-365 di mana setiap jemaah mengawaskan waktu berdoa selama 24 jam sehari dalam
seminggu atau sebulan sehingga satu “litupan doa” meliputi seluruh bandaraya/bandar/daerah
kamu.
Tumpuan Doa
Kami mencadangkan perkara-perkara berikut (lihat juga tajuk berupa Petunjuk-Petunjuk Doa
selama 10 Hari di akhir dokumen)
1.
Layankan Bapa melalui nyanyian yang memuji dan menyembah
namanya siang malam dan bertumbuh dalam persekutuan yang rapi dengan
Tuhan, berhadapan dan bersemuka dengannya: Wahyu 4:8-11: Empat-empat
2.
3.
4.
5.
6.
7.
makhluk hidup itu, masing-masing mempunyai enam sayap, dan mereka diliputi
seluruhnya, dalam dan luar, dengan mata. Tidak terhenti-henti mereka menyanyi
siang malam: “Kudus, kudus, kuduslah Tuhan, Allah Mahakuasa, yang dahulu ada,
sekarang ada, dan kemudian pun ada.”
Keempat makhluk hidup itu menyanyikan lagu-lagu yang memuliakan,
menghormatkan dan bersyukur kepada dia yang duduk di atas takhta itu – dia yang
hidup selama-lamanya. Bila makhluk-makhluk ini menyanyi, dua puluh empat ketua
itu bersujud di hadapan dia yang duduk di atas takhta itu, serta menyembah dia yang
hidup selama-lamanya. Mereka melemparkan mahkota-mahkota mereka ke depan
takhta itu serta berkata, “Ya Allah dan Tuhan kami! Layaklah engkau menerima
kemuliaan, dan kehormatan, dan kekuasaan. Sebab engkaulah yang menciptakan
segala sesuatu, dan demi kehendakmu juga segala-galanya berwujud serta bernyawa.”
Akukan dosa-dosa kita, rendahkan diri dan berdoa bagi pemulihan tanahair
kita. 2 Tawarikh 7:14: tetapi jika mereka berdoa kepadaku dan bertaubat dan
berpaling daripada perbuatan mereka yang zalim itu, aku akan dengar dari syurga, dan
mengampuni dosa mereka, serta menjadikan tanah mereka subur semula.
Doakan perjanjian-perjanjian Tuhan: Yesaya 62:6-7: Di atas tembok-tembokmu,
hai Yerusalem, telah kutempatkan pengawal-pengawal; Siang malam tidak sekalikali mereka akan diam. Mereka mesti mengingatkan Tuhan mengenai janji-janjinya,
supaya jangan sekali-kali dia melupakannya. Mereka mesti sentiasa mencarinya
sehingga Tuhan memulihkan Yerusalem, dan menjadikannya sebuah kota yang dipuji
oleh seluruh dunia.
Seru kepada Tuhan supaya membetulkan apa yang salah yang berkaitan dengan
jenayah, pengganasan, korupsi, kemiskinan, penyalahgunaan dadah, kecabulan,
ketidakadilan, perkahwinan, wabak AIDS yang merebak ke merata dunia:
Lukas 18:7: Bukankah Allah akan menghakimkan dan membela perkara
(membetulkan yang salah) umatnya yang berseru kepadanya siang malam?
Doakan generasi ini (pemuda-pemudi kita) berpaling kepada Tuhan. Semoga
kaum lelaki dan perempuan yang taat kepada Tuhan diasuhkan yang akan
menurut Perintah Utama dan Amanat Utama yang diberi oleh Yesus: Ratapan
2:18-19: Hai Yerusalem, biarlah tembok-tembokmu berteriak kepada Tuhan! Biarlah
airmatamu bercucur siang malam seperti sungai; Tangislah dan berdukalah sehingga
habis tenagamu! Terjagalah sepanjang malam, dan berteriaklah kepada Tuhan;
Curahkanlah isi hatimu kepadanya, dan mohonlah kasihan atas anak-anakmu, anakanak yang sedang kelaparan di tiap-tiap simpang jalan!
Doakan keselamatan daripada dosa jiran-jiran dan kawan-kawan kita serta
mereka yang belum pernah mendengar nama Yesus di seluruh dunia. Doakan
juga keperluan diri mereka sendiri: Kisah Rasul-Rasul 2:16-21: Melainkan inilah
yang dikatakan nabi Joel: “Inilah yang akan terjadi pada akhir zaman, Allah
berfirman: Aku akan mencurahkan Rohku ke atas segala manusia. Anak-anakmu
lelaki dan perempuan akan memberitakan perkhabaranku; orang-orang mudamu akan
melihat menglihat penglihatan, orang-orang tuamu akan mimpikan impian-impian.
Bahkan ke atas hamba-hambaku pun, lelaki dan perempuan, akan kucurahkan Rohku
pada hari-hari itu, dan mereka akan memberitakan perkhabaranku. Aku akan
mengadakan mukjizat-mukjizat di langit di atas, dan keajaiban-keajaiban di bumi di
bawah. Akan terdapat kelak darah dan api, wap dan asap; matahari akan diubah
menjadi gelap, dan bulan menjadi merah sperti darah, sebelum Hari Tuhan, Hari yang
besar dan mulia itu datang. Pada masa itu, barangsiapa berseru kepada Tuhan akan
diselamatkan.” Lukas 19:10: Kerana Dia Yang Diutus Allah itu datang untuk mencari
dan menyelamatkan orang-orang yang sesat.
Doakan keperluan diri kita sendiri: Matius 6:11: Berilah kami pada hari ini
makanan kami yang seperlunya. Filipi 4:6-7: Janganlah khuatir tentang apa pun,
tetapi di dalam segala doamu pintalah kepada Allah untuk apa yang kamu perlu, dan
selalu pintalah dengan hati yang bersyukur. Kesejahteraan Allah yang jauh lebih
daripada pengertian manusia akan memeliharakan hati dan fikiran kamu kerana
persekutuan kamu dengan Kristus Yesus.
8. Tumpukan doa kamu bagi keperluan-keperluan dari tiga aras: dunia, benua dan
negara termasuk bandaraya/bandar/daerah kamu. Ingatilah bahawa kamu
mengambil bahagian dalam pembentukan litupan doa ke atas negara, benua dan dunia
kamu. Oleh itu, pastikan bahawa kamu berdoa dari ketiga aras ini sepanjang 10 hari.
9. Kamu tidak terhad berdoa setakat sini sahaja. Doakan apa-apa keperluan rohani
lain misalan pertaubatan dan berpaling kepada Tuhan, keperluan spesifik di dalam
masyarakat atau jemaah, perkara pokok di dunia, dan sebagainya.
Garis Panduan Praktikal
1.
Sebuah buku panduan berdoa selama 10 hari boleh didapati untuk memberi lebih
banyak maklumat supaya berdoa dengan lebih tepat dan khusus.
2.
Sebuah lagi buku panduan sepanjang 2 mukasurat dalam bahasa Inggeris bertajuk
“An Audience with the King” boleh didapati untuk mendorong umat berdoa
selama satu jam. Ianya telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Kunjungilah
www.globaldayofprayer.com untuk menerimanya. Kamu juga dijemput
menterjemahkannya ke dalam bahasa-bahasa yang lain.
3.
Gunakan bilik doa yang khas supaya umat boleh datang dan berdoa selama 10
hari. Tegaskan perkara ini kerana ia akan membawa kesan.
4.
Bahagikan dinding di dalam bilik doa supaya beberapa stesen doa boleh
diwujudkan, misalnya: Dinding Penyembahan (lagu dan muzik menyembah
Tuhan yang dirakam secara langsung), Dinding Perjanjian (Tuliskan perjanjianperjanjian yang terkandung dalam Alkitab dan lekatkannya atas dinding), Dinding
Pintaan Doa (Siapkan kepingan kertas supaya pintaan doa boleh dituliskan dan
dilekatkan atas dinding), Dinding Kabulan Doa (Ruangan diberi atas dinding
untuk melekatkan kepingan kertas mengandungi kabulan doa), Dinding Kreatif
(Ruangan atas dinding diberi untuk mempamerkan hasil seni, puisi, dan lain-lain
yang dihasilkan ketika waktu berdoa), Dinding Ratapan (sebuah tempat di mana
umat boleh melekatkan nama individu yang didoakan – mereka yang sakit,
mereka yang belum diselamatkan daripada dosa, dan lain-lain), Penjuru Kesepian
(Ruangan di mana umat berasa selesa secara bersendirian), dan sebagainya.
5.
Penjelajahan kawasan luar sambil berdoa secara praktikal: Keluar seketika ke
mana mungkin dan doakan guru-guru di dalam sekolah, anggota polis di dalam
balai polis, pekedai-pekedai, orangramai di perhentian teksi, di pasar-pasar
termasuk pasar-pasar malam, dan/atau dirikan ‘gerai’ doa di pusat membeli-belah
selama sehari atau dua.
6.
Hubungkan beberapa orang yang mempunyai kemahiran dalam pentadbiran untuk
membantu mengendalikan perkara-perkara praktis.
7.
Pastikan ada kertas kosong dan pen untuk menulis puisi, pintaan doa, kabulan doa,
hasil seni, dan lain-lain.
8.
Hubungkan beberapa orang yang boleh membantu dalam hal pengangkutan orang
ke bilik doa, terutamanya pada waktu malam.
9.
Sediakan kopi, teh dan air untuk minum.
10.
Pastikan bilik-bilik tandas dibuka 24 jam sehari.
11.
Kalau boleh, jangan mengawaskan waktu berdoa di dalam jemaah kecuali ia
merupakan jemaah yang sudah bertanggungjawab melaksanakan pengawasan
waktu berdoa 24-7 tersebut.
12.
Kami menggalakkan kumpulan muda-mudi, kumpulan doa yang lebih besar,
jemaah tempatan, beberapa buah jemaah, atau jemaah di pinggir kota atau daerah
untuk menubuhkan pengawasan waktu berdoa selama 10 hari.
13.
Aturkan keselamatan 24 jam, jika perlu. Ini bergantung kepada tempat
kedudukannya.
14.
Luangkan masa bagi mereka yang sudah berumur, dan ibu-ibu muda yang
mempunyai anak kecil supaya datang serombongan pada waktu siang, sementara
15.
16.
17.
muda-mudi mengambil alih peruntukan waktu pada hujung minggu (Misalnya,
sepanjang malam Jumaat atau malam Sabtu; bantukan mereka merancangkan
waktu tidur semasa waktu pengawasan berdoa berlaku.)
Apabila satu kumpulan pengawasan waktu berdoa mengambil alih dari yang lain,
doakan ketika waktu itu (iaitu doa yang memberkati waktu pengambilalihan itu).
Apabila umat datang selama 10 hari dan mengawaskan waktu berdoa, mereka
bolehlah membawa pakaian, makanan, perabot, selimut dan lain-lain. Ini adalah
idea yang baik supaya memberi sumbangan kepada golongan miskin dan yang
tidak mampu. Apabila menghulurkan pemberian kepada masyarakat, masuklah ke
dalam rumah mereka dan berdoa bersama mereka sambil memberkati mereka
dalam nama Yesus.
Sertakan waktu menyembah Tuhan semasa waktu pengawasan berdoa di mana
kumpulan-kumpulan sembah boleh melaksanakan pengawasan sembah sekali atau
dua kali sehari selama 2 jam.
Beberapa Idea yang Ajaib (bagi setengah orang)
Kamu boleh mempertimbangkan:
• penggerakan sekolah kamu untuk berdoa selama 10 hari – para ibubapa berdoa
semasa waktu sekolah, para pelajar dan kamu berdoa selepas waktu sekolah dan
maklumlah pada waktu malam.
• sebuah kumpulan muda-mudi yang mengambil masa bertanggungjawab selama 40
jam berdoa sepanjang hujung minggu (lewat petang Jumaat jam 18:00 sehingga
hari Ahad jam 12:00).
• penggabungan beberapa buah jemaah selama 10 hari.
• pelaksanaan pengawasan waktu berdoa melalui elektronik pos atau “e-mail”. Cuba
fikirkan caranya!
• sebarang idea lain yang lebih ajaib yang dikemukakan olehmu ... mungkin boleh
cuba dan diberkati Tuhan.
Jangan teragak-agak berfikir secara kreatif. Roh Tuhan adalah roh yang kreatif. Secara
kebetulan, Tuhan telah menciptakan kamu!
Doa 24-7 Sepanjang Zaman
Kami telah diajari dalam Perjanjian Lama bahawa imam-imam harus memastikan pelita
bernyala supaya api sentiasa berkekalan atas mazbah. Kami pelajari bahawa imam-imam
telah dibahagikan kepada golongan untuk melitupi masa dalam sehari secara doa,
sembahyang dan nyanyian selama 24 jam di dalam Rumah Kediaman Tuhan.
Pada zaman Yesus, satu daripada empat cabang di dalam agama orang Yahudi ialah
“Essenes” di mana mereka mengamalkan doa 24-7. Pada waktu malam, satu pertiga daripada
masyarkat tersebut (mengikut giliran masing-masing) telah terjaga sepanjang malam sambil
berdoa dan menyanyi. Mereka telah mengamalkan doa 24-7.
Jemaah zaman awal telah dilahirkan hasil dari doa 24-7. Secara umumnya, diketahui
bahawa rasul-rasul terus berdoa selama 10 hari sebelum Roh Kudus dicurahkan pada Hari
Pentakosta.
Pengikut-pengikut Yesus di gurun dari kurun ketiga hingga kelima telah
mengamalkan doa 24-7. Berpuluh-puluh ribu rahib yang hidup di kawasan gurun sebelah
barat Mesir telah berdoa antara 12 hingga 20 jam sehari. Mereka telah berdoa berdasarkan
kitab Mazmur, kitab perkhabaran Allah melalui nabi-nabi, dan sebahagian besarnya kitabkitab Perjanjian Baru. Setengah daripada mereka tinggal di biara-biara manakala yang lain
dikumpulkan sebarang sebagai kelompok-kelompok rahib yang hidup dalam kesepian di
mana kegiatan utama mereka adalah berdoa. Justru, mereka telah melitupi masyarakat dan
dunia mereka dengan doa.
Apabila munculnya biara-biara kira-kira 300 tahun selepas kematian Yesus, doa 24-7
telahpun diamalkan sepanjang zaman. Tidak syak lagi, doa-doa seperti ini yang telah
membangkitkan umat jemaah sepanjang masa kesusahan.
Dalam tahun 558 Masihi, seorang rahib bangsa Ireland bernama Cumgall telah
menubuhkan biara di Bangore yang berhampiran dengan Belfast. Dia telah mengumpulkan
3000 orang sahib, membahagikan mereka kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada seribu
orang tiap-tiap satu, dan menyeru mereka berdoa mengikut kitab Mazmur setiap 8 jam
bergilir-gilir dalam kumpulan masing-masing. Doa 24-7 ini telah berterusan selama lebih
kurang 300 tahun.
Dalam tahun 700 Masihi, seorang rahib bernama Columbanus telah meninggalkan
biara di Bangore dan mengembara ke negara Perancis. Dia telah memperkukuhkan waktu
pengawasan doa 24-7 sepertimana yang dikendalikan di Bangore.
Dalam tahun 1727, orang Moravia telah memulakan pengawasan waktu berdoa 24-7
di Herrnhut, yang berterusan selama 125 tahun. Ia bermula dengan 48 kaum lelaki dan
perempuan yang berdoa secara perpasangan selama sejam semasa. Di dalam lingkungan 25
tahun, jemaah kecil Moravia yang terdiri daripada 600 umat Tuhan telah menghantar lebih
ramai mubaligh bagi penyebaran iman di dunia berbanding dengan jumlah keseluruhan yang
telah dihantar oleh Gereja Protestan selama 200 tahun yang dahulu.
Di detik-detik permulaan tahun 1900, pengawasan waktu berdoa 24-7 telah dimulakan
yang boleh dihubungkan dengan gerakan Pentakosta yang bermula pada tahun 1906.
Dua dekad yang lalu, dari lewat sembilan belas lapan puluhan, kira-kira 5,000
ataupun lebih 5,000 pengawasan waktu berdoa 24-7 telah bermula di merata dunia di dalam
lebih 150 buah negara. Ia telah menjadi kejadian yang ajaib di seluruh dunia, bertumbuh
dengan pantas sekali dan terus merebak ke banyak negara yang lain. Waktu-waktu
pengawasan berdoa ini telah diaturkan dalam pelbagai cara dengan tumpuan yang berbeza.
Contoh-contoh ini hanya beberapa gambaran sekelip mata dari sejarah untuk
membantu kami memahami bahawa doa 24-7 bukanlah fikiran yang baru atau asing tetapi
merupakan sebahagian besar dari sejarah gereja.
Buku-buku Bacaan (Tajuk dalam bahasa Inggeris, penulis serta penerbit)
Red Moon Rising – Pete Greig (Kings Communications)
Fast Forward – Panduan secara praktik bagaimana mengendalikan pengawasan waktu berdoa
Praying the Bible, the Pathway to Spirituality – Wesley & Stacey Campbell (Regal)
Praying the Bible, the Book of Prayers – Wesley & Stacey Campbell (Regal)
The Watchmen – Tom Hess (Progressive Vision International)
Rujukan lain berkenaan doa melalui internet
www.24-7prayer.com, www.30-days.net, www.30kd.org, www.bethany.com,
www.calebproject.org, www.concertofprayer.org, www.copgny.org, www.ehc.org
www.fotb.com, www.g8prayer.org, www.gfa.org, www.globalharvest.com,
www.globalharvest.org, www.global-prayer-digest.org, www.gmi.org, www.gospelcom.net,
www.internetprayers.com, www.ipcprayer.org, www.joelnews.org, www.joshuaproject.net,
www.jwipn.com, www.missionamerica.org, www.misssionmobilisation.com,
www.navpress.com/magazines/pray!, www.ndptf.org, www.nppn.org,
www.operationworld.org, www.persecutedchurch.com, www.persecution.com,
www.prayerweek.com, www.prayforchina.com, www.prayworld.org, www.thecause.org,
www.thesecondcall.org, www.transformationafrica.com, www.usprayercenter.org,
www.waymakers.org, www.win1040.com, www.worldprayer.org.uk,
www.xs4all.nl/~mvdwoude
Petunjuk-Petunjuk Doa Selama 10 Hari
Selepas Yesus bangkit dari kematiannya, dia telah banyak kali bertemu dengan
pengikut-pengikutnya dalam jangkamasa 40 hari. Peristiwa ini lebih menyakinkan
orangramai dengan bukti tanpa ragu-ragu bahawa dia hidup. Pemerintahan Tuhan telah
ditutur berkali-kali: bertambah luasnya sehingga meningkat kasih sayang bagaikan maharaja
oleh Tuhan di kalangan semua manusia di bumi. Pada hari yang terakhir dia bersama mereka,
dia telah memerintah pengikut-pengikutnya tinggal di Yerusalem dan menunggu “Perjanjian
daripada Bapa”. Segenap selepas Yesus masuk syurga, pengikut-pengikutnya berkumpul di
Yerusalem untuk menurut segala kata-kata Yesus iaitu menunggu perjanjian daripada Bapa.
Akan tetapi, mereka tidak menunggu secara pasif. Mereka telah berdoa dengan tekun sekali
selama sepuluh hari. Mereka telah berdoa menghadap Tuhan dengan satu hati dan satu fikiran
berkenaan Roh Tuhan yang dijanjikan. Mereka telah berdoa tanpa berhenti-henti berkenaan
banyak lagi perjanjian mengenai Pemerintahan Tuhan yang banyak diluangkan masa oleh
Tuhan Yesus dalam pengajarannya.
Kita mampu mengetahui dengan agak tepatnya apa yang didoakan mereka apabila
kita membaca doa-doa mereka dan ketika kita mendengar doa yang dicurahkan daripada hati
mereka beberapa hari berikutan Pentakosta. Doa-doa dan kenyataan mereka berpunca
daripada Firman Tuhan yang tertulis. Mereka telah berdoa dengan penuh semangat dan
harapan agar Tuhan mengabulkan janji-janjinya berkenaan Pemerintahannya atas bumi.
Yesus sekali lagi sedang menyeru jemaahnya untuk bersatu dalam doa. Kita didesak
berdoa apabila kita sedar bahawa tiada penyelesaian manusia terhadap kesusahan yang
menggoncang dunia kita. Bahkan, apa yang lebih penting apabila kita diseru berdoa ialah
kerana Tuhan telah bertekad akan mencapai perjanjian-perjanjian ajaibnya menerusi
kehidupan dan kekuasaan Yesus di kalangan orang ramai di bumi.
Masa untuk umat Tuhan berkumpul semula untuk berdoa tanpa berhenti-henti dan
bersatu ialah sekarang. Alangkah baik sekiranya bersatu dalam doa secara mengkuduskan diri
kita sendiri apabila menghadap Tuhan selama sepuluh hari, sepertimana pengikut-pengikut
pertama Yesus, sehingga memuncak ke hari Pentakosta.
Pengikut-pengikut pertama yang “sentiasa bersekutu dan berdoa bersama” (Kisah
Rasul-Rasul 1:14) selama sepuluh hari sejak hari Yesus diangkut ke syurga sehingga
kedatangan Roh Tuhan pada hari Pentakosta kini menjadi teladan. Umat yang percaya kepada
Yesus akan mengaturkan cara-cara berdoa bersama siang dan malam bermula pada hari
Jumaat, 6hb Mei sehingga penghabisan hari Ahad, 15hb Mei 2005.
Buku panduan doa berikutnya menunjukkan secara ringkas bagaimana kamu dan
jemaahmu boleh berdoa dengan harapan dan iman yang bersekutu bersama umat Kristian di
seluruh dunia. Tiap-tiap satu dari sepuluh hari tersebut menetapkan satu tema asas yang
berasal daripada pengalaman atau kata-kata yang diucapkan oleh umat Kristian sepertimana
yang tertulis dalam Kisah Rasul-Rasul. Gunakan tajuk-tajuk ini sebagai contoh atau titik
permulaan membentuk doa-doa dan pintaan doa yang sewajarnya dengan masyarakat.
Ungkapan yang memberi harapan dalam buku panduan ini akan mendorong kita
berdoa dengan dua cara. Pertama, kita akan berdoa setiap hari semoga Yesus Kristus akan
memberi kemuliaan dan kehidupan yang semakin penuh dan sempurna kepada umat
jemaahnya. Kedua, kita akan menghadap Tuhan dan memohon keperluan-keperluan
bandaraya-bandaraya dan negara-negara yang terbesar. Bahkan, dia juga telah berjanji akan
memberkati dunia melalui kuasa Pemerintahan Yesus Kristus yang membawa perubahan –
setiap bandaraya, orang ramai dan negara.
Hari Pertama
Hari Jumaat, 6hb Mei 2005
Perubahan yang dibawa oleh Kristus: Demi kuasa hasil dari perubahan yang dibawa
oleh Pemerintahan Kristus
“... dan dia bertutur dengan mereka darihal Pemerintahan Allah. Bila mereka berkumpul
bersama-sama, Yesus berpesan kepada mereka, “Janganlah meninggalkan Yerusalem,
melainkan nantikanlah pemberian yang dijanjikan Bapaku, yang telah kukatakan itu.” –
Kisah Rasul-Rasul 1:3-4
Untuk Umat Jemaah
• Semoga hati kita mencetuskan perasaan yang meluap-luap dengan kasih dan kesetiaan
kepada Yesus Kristus sebagai Raja dan Tuhan segala-galanya.
• Semoga kita digerakkan dengan harapan supaya kita berusaha dengan bersungguhsungguh untuk mencapai segala yang dijanjikannya.
•
Semoga umat Tuhan dikumpulkan semula oleh Yesus Kristus supaya menurut
perintahnya walaupun telah diselerakkan dan dibahagikan.
Untuk Dunia Kita
• Semoga Yesus Kristus menempatkan umat yang percaya kepada Yesus di bandarayabandaraya yang belum pernah menikmati rahmatnya. Doakan agar pelimpahan rahmat
yang dijanjikan oleh Tuhan dalam Pemerintahannya di tempat-tempat yang sukar itu
akan diperolehi dengan penuh kesabaran.
• Semoga kasih Yesus Kristus bagaikan maharaja yang membawa kebaikan dan
kemuliaan akan dialami oleh rakyat jelata di bandaraya-bandaraya kita sehingga
perubahan yang berkekalan berlangsung di merata-rata tempat dalam masyarakat kita.
Hari Kedua
Hari Sabtu, 7hb Mei 2005
Doa yang Bersatu Padu: Semoga doa yang bersatu padu bertahan sebagai satu
penggerakan
“Semuanya ini sentiasa bersekutu, dan berdoa bersama ...” Kisah Rasul-Rasul 1:14
Untuk Umat Jemaah
• Semoga Roh Tuhan memberi kita semangat berdoa yang penuh harapan dan
belaskasihan supaya terus berdoa tanpa berhenti-henti sehingga perjanjian-perjanjian
Pemerintahannya dikabulkan.
• Semoga Tuhan menyatupadukan kita dalam doa supaya kami bersekutu dan diberi
kuasa berdoa bersama dengan perasaan yang meluap-luap demi kemuliaan Yesus
Kristus dan belaskasihan ke atas dunia.
Untuk Dunia Kita
• Semoga orang ramai di seluruh masyarakat akan digerakkan supaya menyeru nama
Tuhan dan meminta pertolongannya sebagaimana yang belum pernah berlaku.
• Semoga pemimpin-pemimpin masyarakat kita akan memandang ke arah Tuhan untuk
meminta bantuannya ketika berdoa.
• Semoga Tuhan dimuliakan apabila golongan yang miskin, yang muda dan yang
diketepikan memujinya atas doa yang dikabulkan.
Hari Ketiga
Hari Ahad, 8 hb Mei 2005
Roh Kristus: Demi pencurahan Roh Tuhan ke atas segala manusia
“Inilah yang akan terjadi pada akhir zaman, Allah berfirman: Aku akan mencurahkan Rohku
ke atas segala manusia...” – Kisah Rasul-Rasul 2:17
Untuk Umat Jemaah
• Semoga Roh Tuhan datang ke atas umat Kristian dengan penuh kuasa dan kehidupan
yang melimpah.
• Semoga Rohnya memberi kuasa kepada umat jemaah untuk menjadi hamba-hamba
Yesus Kristus yang memberi kesaksian kepadanya di dalam dunia.
Untuk Dunia Kita
• Semoga Roh Tuhan menyedarkan orang ramai di seluruh masyarakat untuk
mendengar suaranya dan menyaksikan rencananya.
• Semoga, sekali lagi, Tuhan akan mencurahkan dari syurga apa yang dapat dilihat dan
didengar oleh setiap orang (Kisah Rasul-Rasul 2:33).
Hari Keempat
Hari Isnin, 9hb Mei 2005
Kesejahteraan Kristus: Demi perubahan yang bermakna dalam perhubungan sesama
manusia
“Semua orang yang percaya hidup dengan pergaulan yang erat. Mereka menyatukan segala
kepunyaan mereka. Mereka menjual harta dan milik mereka dan membahagi-bahagikan
hasilnya kepada sekalian menurut keperluan masing-masing. Tiap-tiap hari mereka teruskan
berkumpul di Bait Allah, dan makan bersama-sama di rumah-rumah mereka dengan sukacita
dan rendah hati, sambil memuji Allah dan dihormati oleh sekalian...” - Kisah Rasul-Rasul
2:44-47
Untuk Umat Jemaah
• Semoga kepahitan hasil daripada pecah-belahan dan permusuhan di antara umat
jemaah akan dibaikpulihkan.
• Semoga umat Tuhan berpaling daripada ketamakan dan nafsu dunia supaya menjadi
murah hati sepertimana yang belum pernah berlaku.
• Semoga kasih, sukacita dan kegembiraan memenuhi hati umat Tuhan.
• Semoga umat jemaah menikmati penghormatan yang sewajarnya dan telah
diperbaharui di setiap masyarakat.
Untuk Dunia Kita
• Semoga Tuhan menyembuhkan perhubungan-perhubungan yang telah terputus di
kediaman dan kawasan sekitaran kediaman.
• Semoga Tuhan mengawal perbuatan zalim yang menakut-nakutkan orang dan
membawa penyelesaian kepada peperangan.
• Semoga ketidakadilan yang leluasa yang mengakibatkan ramai orang dalam keadaan
kemiskinan diubahkan supaya tiada orang yang lapar dibiarkan lapar.
• Semoga Tuhan mencetuskan kesejahteraan Yesus Kristus di merata dunia menerusi
umatnya yang menyaksikan perubahan dalam kehidupan mereka.
Hari Kelima
Hari Selasa, 10 hb Mei 2005
Generasi yang akan datang: Demi keluarga dan keturunan menurut kehendak Tuhan
“Sebab Allah berjanji bukan sahaja kepada kamu, tetapi juga kepada keturunan kamu, ...” –
Kisah Rasul-Rasul 2:39
Untuk Umat Jemaah
• Semoga perhubungan dalam perkahwinan dan kediaman seisi keluarga diperkuatkan
oleh Yesus Kristus.
• Semoga kanak-kanak dan para remaja menuruti kata-kata Yesus Kristus dari usia
yang muda, dan mengasihinya dengan penuh kasih yang amat teguh dan mendalam.
Untuk Dunia Kita
• Demi 130 juta kanak-kanak di merata dunia yang tidak mampu memperolehi
pendidikan.
• Demi ramai kanak-kanak yang telah menjadi yatim piatu atau telah mengalami
kesengsaraan akibat peperangan dan wabak HIV/AIDS yang telah menjadi epidemik
dunia. Menjangka tahun 2010, telah dianggarkan bahawa seramai 25 juta kanak-kanak
atas bumi akan kehilangan seorang ibu atau bapa ataupun kedua-dua ibubapanya
akibat jangkitan AIDS.
•
Semoga Tuhan membangkitkan generasi yang akan datang supaya perjanjianperjanjian Tuhan akan dikabulkan dengan kuasa dan Roh Tuhan.
Hari Keenam
Hari Rabu, 11hb Mei, 2005
Seruan Tuhan: Demi bangsa-bangsa mendengar suara Tuhan
“...dan kepada orang-orang yang berada di tempat-tempat jauh – siapa sahaja Allah Tuhan
kita panggil baginya sendiri.” – Kisah Rasul-Rasul 2:39
Untuk Umat Jemaah
• Semoga umat Kristian dipenuhi Roh Tuhan supaya firman Tuhan disebarkan dengan
keberanian dan kebijaksanaan.
• Semoga firman Tuhan diisytiharkan kepada setiap orang dari pelbagai bahasa, suku
kaum dan bangsa (Kisah Rasul-Rasul 1:8).
Untuk Dunia Kita
• Semoga dunia mendengar “perbuatan-perbuatan Allah yang ajaib” dalam kata-kata
bahasa dan cara-cara hidup masyarakat atau kebudayaan diri mereka sendiri.
• Semoga Alkitab diterjemahkan demi 3,000 bangsa yang belum lagi memperolehi satu
ayat pun dalam bahasa mereka sendiri.
• Semoga Yesus Kristus dituruti di kalangan beribu-ribu bangsa yang belum mengenal
namanya dan di mana kurang terdapat pertumbuhan dan bilangan jemaah yang perlu .
• Semoga Tuhan akan memanggil ramai orang baginya sendiri (Kisah Rasul-Rasul
2:39) yang menyeru kepadanya untuk diselamatkan (Kisah Rasul-Rasul 2:21).
Hari Ketujuh
Hari Khamis, 12 hb Mei 2005
Untuk Kemuliaan Yesus: Melalui keberanian Umat Tuhan yang taat
“...bersukacita sebab mereka dianggap Allah layak menanggung cela bagi Yesus.” – Kisah
Rasul-Rasul 5:41
Untuk Umat Jemaah
• Semoga mereka yang ditentangi atau dianiayai atas nama Yesus berupaya
menunjukkan sikap Yesus yang lemah-lembut dan berani (Kisah Rasul-Rasul 4:13).
• Semoga umat Kristian yang menderita penganiayaan atas nama Yesus Kristus
diperkuatkan dengan kesukacitaan dan iman.
• Semoga Tuhan dimuliakan disebabkan kejadian-kejadian ajaibnya di mana-mana Dia
telah ditentangi atau dianiayai (Kisah Rasul-Rasul 4:21).
Untuk Dunia Kita
• Semoga pemimpin-pemimpin dan kerajaan-kerajaan kita akan diberkati.
• Semoga pemimpin-pemimpin kerajaan yang sedang menentang Yesus Kristus (Kisah
Rasul-Rasul 4:25-27) akan diberi kebijaksanaan supaya tidak didapati dalam keadaan
yang “berlawanan dengan Allah” (Kisah Rasul-Rasul 5:39).
Hari Kelapan
Hari Jumaat, 13 hb Mei, 2005
Penyembuhan Kristus: Semoga Kristus membawa penyembuhan yang besar
“Hulurkanlah tanganmu supaya menyembuhkan orang, dan berilah supaya perbuatanperbuatan ajaib dan mukjizat-mukjizat boleh diadakan dengan nama Yesus Hambamu yang
kudus itu.” - Kisah Rasul-Rasul 4:30
Untuk Umat Jemaah
• Semoga Tuhan bertindak di kalangan pesakit dan melakukan mukjizat kesembuhan
(Kisah Rasul-Rasul 5:14-16).
• Semoga umat Kristian bertindak dengan belaskasihan tanpa berhenti-henti dalam
usaha menghapuskan penyakit-penyakit.
• Semoga umat Kristian melibatkan diri dalam bidang penjagaan kesihatan atau
perubatan yang asas di tempat yang amat memerlukannya.
Untuk Dunia Kita
• Semoga wabak HIV/AIDS akan berakhir dengan generasi kita. Ketika ini, seramai
250,000 pemuda-pemudi dijangkiti setiap bulan.
• Semoga penjagaan perubatan asas diberi kepada yang amat memerlukannya. Lebih
30,000 kanak-kanak mati setiap hari di merata dunia akibat jangkitan penyakit yang
boleh dicegah.
Hari Kesembilan
Hari Sabtu, 14 hb Mei 2005
Rahmat Kristus: Semoga Tuhan mendatangkan rahmat yang dijanjikan di kalangan
semua orang
“...Allah bersabda kepada Ibrahim, ‘Dengan perantaraan keturunanmu aku akan memberkati
segenap bangsa di bumi ini.’ – Kisah Rasul-Rasul 3:25
Untuk Umat Jemaah
• Semoga Yesus Kristus memberkati umatnya, membuat mereka berpaling daripada
cara hidup yang penuh berdosa (Kisah Rasul-Rasul 3:26)
• Semoga “waktu jiwa disegarkan” dialami umat yang percaya kepada Yesus Kristus,
mendesak mereka mencari hadirat Tuhan di merata masyarakat mereka (Kisah RasulRasul 3:19-20).
Untuk Dunia Kita
• Semoga Yesus Kristus akan memberkati negara-negara kita dengan kemakmuran dan
kehidupan yang berlimpah-limpah.
• Semoga kesejahteraan dan hadirat Tuhan yang menyelamatkan jiwa akan dialami oleh
setiap bangsa.
Hari Kesepuluh
Hari Ahad Pentakosta, 15hb Mei 2005
Harapan Kristus: Demi pengabulan segala perjanjian-perjanjian Tuhan
“...dan supaya Allah menyuruh kepadamu Yesus, iaitu Juruselamat yang telah ditentukan
bagimu. Dia harus tinggal di syurga sehingga masa Allah menjadikan semua perkara baharu
menurut firmannya yang disampaikan dengan perantaraan nabi-nabinya pada zaman dahulu.”
– Kisah Rasul-Rasul 3:20-21
Untuk Umat Jemaah
• Semoga umat Kristian hidup dengan penuh pengharapan akan pengabulan perjanjianperjanjian yang membawa perubahan yang bermakna dalam jangkamasa mereka.
• Semoga umat jemaah bekerjasama dalam perpaduan sementara Tuhan terus
mengabulkan perjanjian-perjanjiannya untuk mengubah pelbagai kehidupan,
bandaraya dan negara.
Untuk Dunia Kita
• Semoga keadilan dan kebenaran Tuhan akan mengubah hal-hal perdagangan dan
politik.
•
Semoga kesejahteraan Pemerintahan Yesus Kristus akan mengubah cara pentadbiran
bandaraya-bandaraya dan masyrakat kita.
Menghadap Sang Raja
Mencari wajahnya untuk menyatakan kemuliaannya
Garis Panduan Doa selama Satu Jam:
Dua belas Tumpuan Doa selama Lima Minit
Panduan doa untuk umat Kristian menjelang Hari Doa Sedunia pada 15hb Mei 2005
dan seterusnya
Tumpuan 1. Tumpuan Pujian (5 minit)
Mengisytiharkan kemuliaan Tuhan
Tuhan adalah Pencipta segalanya (Kejadian 1:1), Sumber segala keteguhan dan penggalakan
(Rum 15:5), yang penuh dengan Rahmat dan Belaskasihan (Keluaran 34:6), El-Shaddai
(yang Mahakuasa, yang serba Memadai, yang memberi Kepuasan – Kejadian 1:17),
Yahweh-Jireh (Tuhan akan membekalkan; Pembekal - Kejadian 22:14), Yahweh-Ropheka
(Allah yang menyembuhkanmu – Keluaran 15:26), Yahweh-Shalom (Tuhan yang
memberikan rehat atau tempat sandaran; Allah sumber kesejahteraan – Mazmur 35:27), Raja
seluruh dunia (Mikha 4:13), Yesus Kristus adalah Jalan, Kebenaran dan Kehidupan (Yahya
14:6), Kristuslah Kekuasaan dan Kebijaksanaan Allah (1 Kor 1:24), Anak Domba yang di
tengah-tengah takhta (Wahyu 7:17), Anak Domba yang sudah dibunuh (Wahyu 5:12),
Kristus adalah Harapan dan Kemuliaan Allah (Kolose 1:27), Roh yang memberi Kebebasan,
yang memberi Hikmat dan Pengertian, yang memberi Nasihat dan Kekuatan, yang memberi
Pengetahuan dan Takut kepada Allah (Yesaya 11:2), Kurniaan dan Rayuan, Kesucian, Kasih
Sayang, Kebenaran, Kekuasaan, Pengawalan diri, Kebijaksanaan dan Pengemukaan
Pengetahuan berkenaannya, Roh yang mulia (1 Petrus 4:14).
Tumpuan 2. Tumpuan Kesucian (5 minit)
Mencari kemuliaan Tuhan melalui kesucian
• Adakah terdapat sebarang dosa yang belum diakui dalam kehidupan saya? (Mazmur
32:3-5)
• Adakah terdapat sikap tidak mengampuni atau kepahitan dalam kehidupan saya?
(Matius 18:21-22; Bidalan 14:10)
• Adakah terdapat amalan atau kegiatan yang menimbulkan kesangsian dalam
kehidupan saya? (Ayub 23:10-11)
• Adakah saya mematuhi Roh Kudus dengan segera di dalam semua bidang? (1 Petrus
1:2)
• Adakah saya mengaku Yesus Kristus tanpa malu? (Lukas 9:23-27)
Tumpuan 3. Tumpuan Tuaian
Mencari kemuliaan Raja menerusi penyelamatan orang-orang yang sesat
Doakan untuk lima orang ahli keluarga, sahabat atau individu yang belum diselamatkan:
1.___________________________________
2.___________________________________
3.___________________________________
4.___________________________________
5.___________________________________
Doakan keselamatan mereka dari dosa, semoga Tuhan memberkati mereka (dari segi rohani,
sosial dan emosi) dan doakan apa yang benar-benar diperlukan.
Tumpuan 4. Tumpuan Jemaah (5 minit)
Mencari kemuliaan Raja di kalangan umat jemaah
• Doakan semoga jemaah dipulihkan sebagai sebuah rumah tempat berdoa bagi segala
bangsa (Yesaya 56:7; Matius 21:13).
• Doakan semoga jemaah memenuhi Amanat yang Utama (Matius 28:18-20).
• Doakan semoga jemaah memenuhi Perintah yang Utama (Matius 22:37-40).
• Doakan pembangkitan rohani dalam jemaah (Efesus 5:17-23).
• Doakan sebuah jemaah yang akan taat kepada Firman Tuhan dan memberi perhatian
yang bersesuaian terhadap keperluan-keperluan orangramai (2 Timotius 3:1-17).
Tumpuan 5. Tumpuan Pembekalan (5 minit)
Mencari kemuliaan Raja semasa memohon “makanan kami yang seperlunya” dan
berdoakan keperluan-keperluan peribadi kita
1. ____________________________________________________________
2. ____________________________________________________________
3. ____________________________________________________________
4. ____________________________________________________________
5. ____________________________________________________________
Tumpuan 6. Tumpuan Pengemukaan (5 minit)
Mencari kemuliaan Raja dengan memerhati dan mendengar suaranya
Bacakan Yesaya 42:8-9, Dan 9:9-10, dan Mazmur 25:4-5. Mintakan Allah mengemukakan
perkara yang baru kepadamu, perkara-perkara yang dikehendakinya untuk memperhatikan
dan memberikan tumpuan perhatian. MintakanNya mengemukakan kehendakNya dan
strategi atau rancangan kepadamu. MintakanNya perkara-perkara yang berupa isi hatiNya
yang diingini kamu mendoakan. Tuliskan (catatkan peristiwa harian) perkara yang membawa
pengertian ketika Tuhan sedang berucap denganmu.
Tumpuan 7. Tumpuan Seluruh Dunia (5 minit)
Mencari kemuliaan Raja di kalangan bangsa-bangsa
• Doakan semoga bangsa-bangsa mengerti Yesus Kristus sebagai Jalan, Kebenaran dan
Kehidupan (Yahya 14:6).
• Doakan semoga bangsa-bangsa yang belum pernah mendengar nama Yesus di bumi
akan disampaikan dengan Berita Baik (Lukas 24:46-48).
• Doakan semoga kedamaian dan kemuliaan Tuhan akan datang ke negara-negara dan
bangsa-bangsa (Zakaria 9:10).
• Doakan semoga raja-raja dan kerajaan-kerajaan akan bertunduk kepada Pemerintahan
Yesus sebagai Raja segala raja (Yesaya 49:7).
•
Doakan semoga Tuhan memberkati bangsa-bangsa (Yeremia 4:1-2).
Tumpuan 8. Tumpuan Peperangan (5 minit)
Mencari kemuliaan Raja dengan memusnahkan kubu-kubu kejahatan dan apabila
orangramai bertaubat pembabitan mereka dalam:
• aktiviti-aktiviti kecabulan; kelucahan; kesumbangan; ketidaksopanan
• ilmu sihir dan penyembahan berhala;
• ketidakadilan – perbuatan dan kegiatan yang merosakkan jiwa;
• soal-soal perkauman – perasaan benci antara kaum atau bangsa dan perasaan megah
di kalangan rumpun bangsa sendiri;
• pertalian-pertalian yang tidak memuliakan Tuhan.
Tumpuan 9. Tumpuan Tatkala Berputus Asa dan sanggup membuat apa-apa sahaja
dengan tidak mengendahkan bahaya (5 minit)
Mencari kemuliaan Raja melalui perantaraan antara umat manusia dengan Tuhan dan
pemecahan rintangan dalam cabaran-cabaran seluruh dunia seperti berikut:
• Wabak HIV atau AIDS yang merebak ke seluruh dunia
• Pertambahan bilangan orang yang miskin dan yang memerlukan pertolongan
• Pecah amanah, penerimaan rasuah dan berbagai korupsi pada setiap aras
• Umat jemaah yang dianiayai di banyak negara
• Peperangan, pertumpahan darah dan perbuatan zalim antara kaum – doakan juga
untuk berjuta-juta orang pelarian
Tumpuan 10. Tumpuan Remaja (5 minit)
Mencari kemuliaan Raja yang menyayat hati para remaja
• Semoga generasi pemuda-pemudi akan menyampaikan Firman Tuhan kepada
generasi mereka.
• Semoga pemuda-pemudi akan bersekutu dengan Tuhan dengan cara yang baru dan
patuh kepadanya.
• Semoga pengikut-pengikut begitu terlibat diri dan radikal dalam pemikiran yang
hidup dengan kesucian.
• Semoga mereka melayan Tuhan dengan radikal dan mengikutnya ke mana saja Dia
memimpin.
• Semoga hati yang berbelaskasihan akan menjangkau mereka yang didapati di tempat
yang kotor seperti parit dan melayan golongan yang miskin.
Tumpuan 11. Tumpuan Perdamaian (5 minit)
Mencari kemuliaan Raja melalui pengampunan dan perdamaian
• Semoga bangsa-bangsa akan mengaku dosa-dosa mereka apabila mencederakan,
menindaskan dan menyeksakan bangsa diri mereka sendiri serta bangsa-bangsa lain.
• Semoga perdamaian berlaku pada setiap aras (dalam keluarga, penindasan kaum
wanita dan kanak-kanak, di antara umat jemaah dan mazhab, berkenaan dengan kaum,
suku bangsa atau keturunan, antara negara-negara, dan lain-lain).
• Semoga kubu-kubu rohani dihancurkan berserta sistem politik dan struktur yang
membinasakan kehidupan orangramai.
• Semoga individu, keluarga, kaum, dan golongan bangsa akan mengampuni mereka
yang telah mencabul kehormatan dalam sebarang cara.
• Melalui perbuatan-perbuatan yang memberi gantirugi dan memberkati satu sama lain.
Tumpuan 12. Tumpuan Penyembahan (5 minit)
Mencari kemuliaan Raja melalui pemujian dan penyembahan
Akhirkan masa berdoa kamu dengan pemujian dan penyembahan. Bacakan mana-mana
sahaja Mazmur Pujian 144-150. Bersyukurlah kepada Tuhan atas kebaikannya dan ambillah
masa untuk memberkati individu-individu yang timbul di fikiran dalam nama Tuhan Yesus
Kristus.
Garis Panduan yang Praktikal
• Mintalah Tuhan mengemukakan nama lima orang Kristian yang lain dan
mempersilakan mereka membuat persetujuan sesama diri untuk berdoa selama satu
jam sehari.
• Buat salinan risalah ini sesuka hati dan berikannya kepada orang-orang Kristian yang
lain.
• Untuk memperolehi lebih banyak terjemahan risalah ini dalam berbagai bahasa,
lawatilah laman web: www.jwipn.com dan www.globaldayofprayer.com
Butir-butir Hubungan melalui internet
Hari Doa Sedunia, 15hb Mei dan Doa selama 10 Hari dari 6hb – 15hb Mei, 2005
[email protected]
www.globaldayofprayer.com
Jericho Walls International
[email protected]
www.jwipn.com
Transformation Africa
[email protected]
www.transformationafrica.com
Untuk menggerakkan pemuda-pemudi berdoa
[email protected]
www.24-7prayer.com
Doa untuk Dunia: 15hb Mei 2005
Tuhan Mahakuasa – Bapa, Anak dan Roh Kudus
Kami berhimpun pada hari ini sebagai kumpulan orang-orang yang percaya di seluruh dunia
dan bersatupadu
untuk menyanjung dan memuliakan namaKau.
Kami bertunduk di hadapan takhta KurniaKau dan
mengakui bahawa Engkaulah Pencipta syurga dan dunia.
Engkau telah wujud selama-lamanya sepanjang keabadian, dan oleh persekutuan dengan
Kaulah segala sesuatu mendapat tempatnya masing-masing.
Tiada yang seperti Engkau – suci dan adil dalam segala caraKau,
yang penuh dengan rahmat dan belaskasihan; sabar dan tidak mudah marah, serta penuh
dengan kebaikan dan kebenaran.
Kami patuh kepada kuasa dan kedaulatan Engkau sebagai Raja alam semesta dan menabalkan
Engkau dengan sebulat suara di dalam hati kami
serta menyanjungKau di hadapan seluruh dunia.
Para jemaah: Allah Tuhan, hanya Engkau yang layak menerima pujian dan sanjungan kami.
Kami menyembahKau.
Bapa kami di syurga
Terima kasih kerana Engkau sungguh mengasihi dunia ini
sehingga diberikan AnakKau yang tunggal, Yesus Kristus
dan mati di atas salib kerana dosa-dosa kami,
supaya kami tidak lagi bermusuh-musuhan dan menjadi sahabat-sahabatKau.
Terima kasih kerana memberi hak kepada kami memanggilKau sebagai “Bapa”,
Disebabkan iman kami dalam Yesus Kristus, Penyelamat kami.
Tiada apa pun, bahkan penguasa-penguasa dan kerajaan-kerajaan di angkasa
yang boleh menceraikan kami daripada kasihKau,
yang Engkau telah buktikan dalam Anak Engkau, Yesus Kristus.
Para jemaah: Terima kasih, Bapa, kerana menjadikan kami sebagai anak-anak angkat dalam
keluargaKau. Kami kini berseru, “Bapa, Abba!”
Tuhan Yesus Kristus
Hanya Engkau yang layak membuka gulungan-gulungan yang tercatit sejarah
Kerana Engkau telah dibunuh dan telah menebuskan kami kepada Bapa dengan darahKau.
Terima kasih kerana memohon kepada Tuhan sebagai Imam Agung kami.
Sambil menghadap Engkau daripada pelbagai suku bangsa dan bangsa,
kami mengaku Engkaulah Ketua Jemaah
dan Tuhan segala yang diciptakan di syurga dan atas bumi.
Datang dan panggillah pengikut-pengikut melayani Engkau daripada segenap suku bangsa
dan bahasa.
Semoga mereka menjadi pesaka Engkau dari segenap bangsa di dunia ini.
Semoga Pemerintahan Engkau ditubuhkan di setiap bangsa di dunia ini,
supaya kerajaan-kerajaan akan mentadbir dengan adil dan saksama.
Semoga Berita Baik Engkau diisytiharkan kepada setiap orang di muka bumi.
Semoga rahmat Engkau membawa perubahan di kalangan umat manusia di bumi.
Dan semoga kemuliaan Engkau meliputi seluruh muka bumi sebagaimana air meliputi
samudera raya.
Para jemaah: Tuhan Yesus Kristus, kami mengakui bahawa Engkau adalah Penyelamat kami.
Bapa yang belaskasihan dan rahmat
Kami mengakui bahawa kami telah berdosa
dan dunia kami dicengkami dengan kuasa dosa.
Hati kami berdukacita kerana ketidakadilan dan kebencian,
pertumpahan darah, pengganasan, kemarahan, perasaan dendam,
ketidaksefahaman dan permusuhan antara kaum, penindasan, ketamakan dan memikirkan diri
sendiri sahaja.
Kami menangis kerana kehilangan nyawa-nyawa yang tidak berdosa
dalam peperangan dan perbuatan zalim yang menakut-nakutkan orang, pengguguran anak,
penganiayaan dan pembunuhan yang tidak membawa makna.
Hancur rasa hati kami oleh setiap penolakan Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat.
Kami menghadap takhta Engkau di mana rahmat melimpah dan memohon belaskasihan dan
pertolongan.
Para jemmah: Tuhan yang belaskasihan, curahkanlah rahmatKau dan ampunkan kami
daripada dosa-dosa kami.
Tuhan segala-galanya
Kami mengakui bahawa kami tidak dapat buat apa-apa selain daripada Engkau.
Pada hari Pentakosta ini, curahkan Roh Engkau atas semua umat manusia.
Perkuatkan jemaahKau untuk diubahkan kepada rupa Yesus Kristus.
Lepaskan kuasaKau untuk membawa penyembuhan kepada orang yang sakit,
agar wabak AIDS yang merebak ke seluruh dunia berakhir,
berikan kebebasan kepada orang yang dirasuk roh yang jahat,
keselesaan kepada mereka yang berkabung,
dan pembebasan kepada mereka yang ditindas.
Datang dan lembutkan hati manusia supaya kasih-mengasihi semula.
Bangkitkan JemaahKau supaya memeluk yang lemah, yatim piatu, balu-balu dan orang-orang
yang berumur,
untuk menghiburkan mereka.
Bangkitkan JemaahKau supaya mendengar tangisan orang yang tiada tempat kediaman,
yang lapar, yang tidak berupaya and yang sedang meninggal dunia.
Tunjukkan belaskasihanKau dan bekalkan keperluan kami
supaya kami dapat mencari penyelesaian bagi masalah dan keperluan dunia.
Berikan kami kebijaksanaan dan pengertian dalam setiap alam kehidupan.
Bantu kami menggunakan sumber-sumber bumi demi kebaikan semua.
Curahkan kasih sayangKau ke dalam hati kami dan penuhi kami dengan kasihan
dan izinkan kuasa Roh Kudus menyatakan kehidupan kami.
Para jemaah: Roh Kudus, kami memerlukan pertolongan dan panduan Engkau. Datang dan
ubahkan hati kami.
Tuhan Yesus Kristus
Kerana Engkau telah mati, tetapi kini dibangkitkan semula,
kerana Bapa telah memberi Engkau nama yang lebih dari segala yang lain,
Engkau akan menewaskan segala kuasa-kuasa kejahatan,
Engkau telah mengisytiharkan bahawa bahkan maut pun tidak sekali-kali dapat mengalahkan
Jemaah Engkau.
Kami berdoa demi pelepasan daripada penindasan oleh roh-roh yang jahat.
Kami berdoa demi pemusnahan kubu-kubu rohani yang kuat dan ideologi-ideologi,
Semoga berakhirnya perbuatan zalim yang menakut-nakutkan orang dan penganiayaan
yang menghalang dan menentang penyebaran pengetahuan mengenai Tuhan.
Kami menentang rancangan Syaitan yang membelenggu bangsa-bangsa dalam kegelapan
dan berdoa semoga Engkau menyingkap selubung yang menutupi orang ramai.
Kami memohon pintu-pintu terbuka supaya Berita Baik berkembang di setiap bangsa.
Larangkan kejahatan yang meningkatkan pengganasan dan kematian.
Musnahkan belenggu pengabdian dan kezaliman.
Penuhi kami dengan keberanian untuk mengisytiharkan FirmanKau tanpa ketakutan dan
dengan ketaatan.
Urapi kami dengan Roh Engkau untuk berdoa dan menyeru dengan tangisan bagi pihak
mereka yang sesat.
Para jemaah: Tuhan Mahakuasa, selamatkan kami daripada kejahatan dan kuasa Iblis.
Raja yang Agung
Kami mengundang Engkau, datanglah kepada bangsa-bangsa di dunia.
Tuhan telah berjanji dahulu kala yang Engkau akan memulihkan segala-galanya.
Kami mempersilakan Engkau semoga menghabiskan kerjaKau di bandaraya-bandaraya kami,
suku-suku kaum kami, dan bangsa-bangsa kami.
Kami bersama-sama menyeru: “Dedahkanlah gerbang-gerbang dengan seluas-luasnya,
bukalah pintu-pintu purba, Raja yang Agung akan masuk!”
Raja segala raja, Engkau akan disanjung di kalangan bangsa-bangsa seluruh dunia –
dari Afrika, dari Timur Tengah, dari Amerika Utara dan Amerika Selatan, dari Asia, dari
Eropah, dari Australia dan dari pulau-pulau Pasifik –
Kami berteriak sebulat suara:
Roh Allah dan Pengantin Perempuan berkata, “Marilah!”
Amin.
Download