SURAH ADH-DHUHA Diturunkan di Mekah : 11 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 3 Qéç¾G–£G›Gy GßS…Ge GßG“RcGy£G› (2) Qéç¨G" ZGdIý IáMÃRšOZ Gy (1) Qéç©S´šOZ Gy ( ) 5 QéçFM®¥G G• GßS…Ge GßÃIµM·Hñ GpMÂG±GšGy (4) QéçšyHìM OZ GãI› GßRšH®MÃG‹ H{G®I‹G íMƒƒGš Gy ( ) 7 Q|G¬GÁG• UêP£GF GsG¬G‰GyGy (6) Q|Gy£GËG• £@¿ÃI¥Gñ GsM¬I¨Gñ MâGšG} ( ) 9 M®GÁMºG† GëG• GâÃI¥GÃMšOZ £R›GÆG• (8) QçGÀM”GÆG• JëI¢P£G“ GsG¬G‰GyGy ( ) ( 11) M]IN¬G©G• GßIN…Ge IÍG¿M·IÀI… £R›G} Gy (10) M®GÁMÀG† GëG• GáI¢P£R±šOZ £R›G} Gy MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Demi waktu Dhuha dan malam yang sunyi sepi (Aku bersumpah!). Bahawa Allah, Tuhan Mu itu tidak pernah mensia-sia dan meninggalkan engkau (Wahai Muhamad). Dia juga tidak membencikan engkau (sebagaimana tuduhan orang kafir pada engkau). Maka sesungguhnya bagi engkau di sisi Allah di Akhirat nanti lebih baik dari semua pemberian yang perolehi di dunia ini. Allah Tuhanmu, akan memberikan kepadamu (kejayaan dan kebahagiaan dunia dan Akhirat) sehingga engkau redha dan berpuashati. Bukankah telah didapati yang engkau adalah yatim piatu, lalu Dia memberi engkau pertolongan/perlindungan? Dan juga didapati engkau sedang mencari-cari jalan untuk kebenaran, lalu Dia memberi engkau hidayah petunjuk (melalui wahyu dan Al-Qur’an). Dan didapati juga engkau dalam keadaan miskin lalu Dia memberikan engkau kekayaan. Oleh itu janganlah mengasari anak-anak yatim. Dan bagi orang yang memerlukan bantuan dan meminta-minta, janganlah mereka ditengking. Atas segala nikmat-nikmat Allah hendaklah kita menyebut-nyebutnya dan bersyukur. 1 Adh-Dhuha TERJEMAHAN SURAH ADH-DHUHA IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Qéç©S´šOZ Gy Demi waktu Dhuha dan malam yang sunyi sepi (Aku bersumpah!). Qéç¨G" ZGdIý IáMÃRšOZ Gy Bahawa Allah, Tuhan Mu itu tidak pernah mensia-sia dan meninggalkan engkau (Wahai Muhamad). Qéç¾G–£G›Gy GßS…Ge GßG“RcGy£G› Dia juga tidak membencikan engkau (sebagaimana tuduhan orang kafir pada engkau). QéçšyHìM OZ GãI› GßRšH®MÃG‹ H{G®I‹G íMƒƒGš Gy Maka sesungguhnya bagi engkau di sisi Allah di Akhirat nanti lebih baik dari semua pemberian yang perolehi di dunia ini. QéçFM®G¥G• GßS…Ge GßÃIµM·Hñ GpMÂG±GšGy Allah Tuhanmu, akan memberikan kepadamu (kejayaan dan kebahagiaan dunia dan Akhirat) sehingga engkau redha dan berpuashati. Q|Gy£GËG• £@¿ÃI¥Gñ GsM¬I¨Gñ MâGšG} Bukankah telah didapati yang engkau adalah yatim piatu, lalu Dia memberi engkau pertolongan/perlindungan? 2 Adh-Dhuha Q|G¬GÁG•UêP£GF GsG¬G‰GyGy Dan juga didapati engkau sedang mencari-cari jalan untuk kebenaran, lalu Dia memberi engkau hidayah petunjuk (melalui wahyu dan Al-Qur’an). QçGÀM”GÆG• JëI¢P£G“ GsG¬G‰GyGy Dan didapati juga engkau dalam keadaan miskin lalu Dia memberikan engkau kekayaan. M®GÁMºG† GëG• GâÃI¥GÃMšOZ £R›GÆG• Oleh itu janganlah mengasari anak-anak yatim. M®GÁMÀG† GëG• GáI¢P£R±šOZ £R›G} Gy Dan bagi orang yang memerlukan bantuan dan meminta-minta, janganlah mereka ditengking. M]IN¬G©G• GßIN…Ge IÍG¿M·IÀI… £R›G} Gy Atas segala nikmat-nikmat Allah hendaklah kita menyebut-nyebutnya dan bersyukur. 3 Adh-Dhuha Sinopsis Surah: Diriwayatkan bahawa wahyu dari Allah telah terputus selama beberapa waktu, dan Jibril as telah tidak menyampaikan sebarang wahyu pada ketika itu. Ini mencemaskan Rasulullah dan juga muslimin. Pada masa itu orang-orang musyrikin Mekah telah berkata pada Rasulullah: “Tengoklah, Allah sudah membenci engkau, lalu Dia meninggalkan engkau dan menolak kasih sayang Nya pada engkau wahai Muhammad”. Maka Allah telah menurunkan surah ini dan menemplak tanggapan musyrikin yang membuat tuduhan penolakan Allah itu. Dakwah Rasulullah di Mekah terus berjalan dan menghadapi rintangan yang kuat. Surah ini merupakan ‘sentuhan’ Allah pada Rasulullah yang paling lembut dan istimewa. Ia adalah sebahagian dari RAHMAT Allah, kepada pendakwah agung itu, rentetan Nya dari rasa kasih sayang, seolah terasa tangan-tangan lembut yang terus mengusap ubun-ubun Rasulullah yang tegang dan sakit itu. Allah terus meniupkan angin keredaan dengan menghembuskan rasa yakin dan ketenangan. Jiwa perjuangan Rasulullah yang penat, tertekan dan penuh dengan lunak duri itu ditenangkan dengan surah ini, untuk Rasulullah meneruskan dakwah kepada keimanan dan hidayah Nya. Persekitaran hidup Rasulullah selama 23 tahun itu, ianya penuh dengan wahyu yang senantiasa diturunkan dan muslimin seterusnya menerima wahyu-wahyu baru berbentuk ayat-ayat Al-Qur’an yang dibaca oleh Rasulullah. Kehidupan muslimin di masa itu penuh dengan panduan hidup dan ketenangan. Dengan terputusnya wahyu beberapa waktu, masyarakat Islam telah merasakan sesuatu kehilangan, sehinggalah turunnya surah ini yang penuh dengan pujuk-rayu, memberi semangat dan yang penting menunjukkan matlamat hidup dan perjuangan Rasulullah. Ini memberi tiupan keyakinan kepada Muhammad dan kepada muslimin dan muslimah yang ada pada waktu itu. 4 Adh-Dhuha Tafsiran Surah: Qéç¨G" ZGdIý IáMÃRšOZ Gy . Qéç©S´šOZ Gy Demi waktu Dhuha, dan malam yang sunyi sepi (Aku bersumpah!). Allah bersumpah menggunakan waktu Dhuha dan juga malam yang gelap, di mana manusia sedang tidur dalam keadaan tenang dan dalam suasana yang sunyi sepi. Waktu Dhuha bermula 24 minit selepas terbitnya matahari. Sumpahan waktu begini menyingkap sejarah di waktu Allah mengarahkan Musa as berhadapan dengan tukang-tukang sihir yang akhirnya sujud pada Allah, melalui penjelasan Ayat 59, Surah Toha: ç@©HF Hh£RÀšOZ G®G²M©Hñ wG} Gy Semua orang ramai berkumpul pada waktu Dhuha (untuk bersemuka dengan Firaun dan Musa as). Malam yang sunyi sepi pula merujuk kepada keadaan apabila menjelangnya malam hari, suasana bumi diselubungi dengan kegelapan, dan inilah masanya di mana semua manusia berehat dan beradu dengan penuh ketenangan. Dan ada pula yang merujukkan malam di sini kepada malam Israk Mikraj. Kedua-dua waktu ini disunatkan bagi kita untuk mendirikan sembahyang yang dikenali sebagai Sunat Dhuha dan Sunat Tahajjud, kerana keistimewaan kedua-dua waktu ini yang diambil Allah sebagai sumpahan Nya. Apakah ‘subjek’ sumpahan Allah itu? Qéç¾G–£G›Gy GßS…Ge GßG“RcGy£G› Sesungguhnya Tuhanmu Allah, tidak pernah mengabaikan engkau wahai Muhammad dan tidak pernah membencikan engkau (sebagaimana dakwaan orang musyrikin Mekah pada engkau sewaktu berhentinya wahyu). Diriwayatkan bahawa wahyu Allah telah tidak turun beberapa belas hari. Orang-orang Yahudi Madinah menghubungi kaum Quraisy Mekah meminta mereka bertanya pada Rasulullah tentang “Ashabul Khahfi” (kisah penghuni gua) dan Kisah Zulqarnain. 5 Adh-Dhuha Kata mereka: “Jika diceritakan semua itu dan mungkin dia tidak akan menceritakan pasal Roh, maka benarlah dia itu Rasulullah”. Maka kaum Quraisy pun bertanyakan perkara tersebut pada Rasulullah. Jawab Rasulullah: “Akan aku jawab pada kamu semua perkara tersebut esok” dan Rasulullah tidak mengakhiri kata-katanya dengan ‘INSYA ALLAH’. Maka tertangguhlah wahyu beberapa belas hari dan Rasulullah terpaksa mengurung dirinya. Lantas orang-orang musyrikin yang tidak dapat cerita tersebut mengatakan bahawa Rasulullah telah ditinggalkan Allah dan Allah telah membencikannya. Rasulullah bercakap dengan Khadijah tentang hal ini dan Khadijah berkata: “Mungkinkah Allah telah membelakangi engkau dan mencela engkau!”. Lantas Jibril as telah turun dan menyampaikan sepotong ayat dari Surah Al-Kahfi, Ayat 23 & 24, yang berbunyi: > HäNQ¾šOZ GY£P郲Gñ wG} P RêIý/ Z@¬G” GßIšQé d DáI“£G• çINœIý AYM|C£G²Iš RãGšÂHºG†GêGy Dan jangan sekali-kali berkata yang engkau boleh melakukan sesuatu itu esok kecuali engkau juga menyelitkan perkataan ‘muga-muga diizinkan Allah’ sepertinya. Jadi, penahanan wahyu itu adalah satu pendidikan (tarbiah) dan tunjuk ajar adab dengan Allah atas satu-satu petunjuk dan bukan kerana dibenci atau ditinggalkan sebagaimana dakwaan orang musyrikin itu. QéçšyHìM OZ GãI› GßRšH®MÃG‹ H{G®I‹G íMƒƒGš Gy Dan maka sesungguhnya bagi engkau wahai Muhammad, di sisi Allah di Akhirat kelak lebih baik daripada semua pemberian yang engkau perolehi di dunia ini. Inilah kata-kata semangat dari Allah setelah Dia bersumpah tidak mensia-siakan Rasulullah atau membencinya atas peristiwa kecil tersebut. Bukan kebaikan dunia dan hartanya, tetapi kebaikan Akhirat dan kepastiannya di sana. 6 Adh-Dhuha Dalam kata lain: “Perihal penamatan segala amal engkau pada akhirnya itu adalah lebih baik dari permulaan perbuatanmu itu”. Ini bersesuaian dengan ayat terakhir Al-Qur’an: åI¥G¿M·Iœ MâH¼MÃG¾G“ HÍM¿G¿M†G} Gy MâH¼GÀñIc MâH¼Gš HÍM¾G¿M˜G} GvMÂGÃMšOZ £@ÀñIc GvGëM" IîM Z HâH¼Gš HÍÃIFGeGy Pada hari ini Aku telah menyempurnakan bagi kamu Ugama kamu dan Aku telah cukupkan semua nikmat Ku pada kamu dan Aku telah redha Islam sebagai Ugama untuk kamu. (Surah Al-Maidah, Ayat 3). Firman Allah: QéçFM®¥G G• GßS…Ge GßÃIµM·Hñ GpMÂG±GšGy Dan sesungguhnya Tuhan Mu Allah akan memberikan kamu (kejayaan dan kebahagiaan dunia Akhirat) sehingga kamu redha dengannya (dan berpuas hati). Inilah janji Allah di masa hadapan agar Rasulullah terus menggalas tanggungjawab dakwahnya sehingga berjaya. Pemberian Allah kepada Rasulullah ialah sesuatu yang ‘syumul’ (menyeluruh) di dunia ini, iaitu jiwanya yang tenteram sempurna, ilmu-ilmu orang-orang terdahulu (Al-Awwaliin) dan orang yang terkemudian (Al-Akhiriin), dan kenyatan tersebarnya Islam, dan tertegaknya Kalimah Allah dengan pembukaan negeri-negeri Islam yang berlaku pada zaman Rasulullah sendiri, dan kemudiannya di zaman para khalifah-khalifah Ar-Rasyidiin, dan berkembangnya Islam di timur dan barat dunia ini, dan karamahnya ialah Al-Qur’an, sehingga menyatukan Islam kepada penyembahan yang satu, iaitu iman pada Allah. Maka pasti Rasulullah meredhai pemberian Allah ini, jika kita lihat bagaimana Islam telah tersibar luas dari dulu hingga sekarang. Firman Allah: . Q|G¬GÁG• UêP£GF GsG¬G‰GyGy . Q|Gy£GËG• £@¿ÃI¥Gñ GsM¬I¨Gñ MâGšG} QçGÀM”GÆG• JëI¢P£G“ GsG¬G‰GyGy 7 Adh-Dhuha Tidakkah didapati yang engkau wahai Muhammad sebagai yatim piatu, tetapi Dia memberi perlindungan padamu? Dan didapati diri engkau sedang mencari-cari jalan yang benar dan Dia memberikan hidayah petunjuk padamu dengan wahyu dan Al-Qur’an? Dan didapati engkau wahai Muhammad dalam keadaan kekurangan pendapatan lalu Dia memberikan kekayaan padamu? Ketiga-tiga ayat ini membawa minda Rasulullah semula kepada keadaan sebelum baginda menjadi Rasul. Sewaktu kecilnya beliau adalah anak yatim piatu dan yang memberi perlindungan kepadanya ialah Allah. Tidakkah dia mahu bersyukur? Sewaktu berumur 40 tahun, Muhammad mencari-cari kebenaran, melarikan diri ke Gua Hirak dan Allah telah menurunkan wahyu pertama Nya, melantik Muhammad menjadi Rasul dan memberikan hidayah kepadanya. Dan sewaktu berdakwah dan memerlukan sumbangan tenaga dan kewangan, Allah bekalkannya dengan kemurahan Abu Bakar dan sahabat-sahabat yang lain sehingga dia beroleh kekayaan untuk meneruskan usaha dakwahnya itu? Bukankah semuanya ini adalah pertolongan Allah melalui ‘tangan yang tidak nampak’, yang memudahkan kerja-kerja Rasulullah. Inilah dia pertolongan dan kasih sayang Allah pada Nabi Muhammad saw, yang harus diingati. Untuk mengambil pengajaran daripada pertolongan Allah ini, maka perkara-perkara berikut harus diambil perhatian: . M®GÁMÀG† GëG• GáI¢P£R±šOZ £R›G} Gy . M®GÁMºG† GëG• GâÃI¥GÃMšOZ £R›GÆG• M]IN¬G©G• GßIN…Ge IÍG¿M·IÀI… £R›G} Gy Oleh itu, janganlah kamu semua mengasari anak-anak yatim, adapun orang yang meminta-minta (untuk hidup dan untuk bimbingan), janganlah kamu tengking-herdik mereka. Dan segala nikmat-nikmat Allah yang engkau kecapi hendaklah sentiasa disebut-sebutkan dan bersyukur. Ketiga-tiga pengajaran dari Allah ini, yang berlandaskan kehidupan Rasulullah sendiri, adalah sangat penting dan dihuraikan seperti berikut: 8 Adh-Dhuha a) Anak-anak yatim janganlah sekali-kali dikasari, dihina dan dipinggirkan. Sebaliknya, berilah rasa simpati dan dorongan agar mereka merasai seperti orang biasa yang bukan yatim. b) Orang yang meminta pada kita sesuatu, samada dia seorang yang memerlukan atau seorang miskin, jangan sekali-kali kita tengking herdek mereka, kerana ini melibatkan maruah si peminta dan kitalah yang memberi nilai atas maruah itu dengan tidak menengking dan mengherdik mereka. Berilah kata-kata yang baik jika kita tidak boleh melunaskan permintaan mereka. c) Kita yang senantiasa mendapat nikmat Allah ini janganlah terus tidak bersyukur, sebaliknya hendaklah kita senantiasa menyebut-nyebut akan nikmat tersebut sebagai satu cara bersyukur pada Allah. Pendapat Syed Qutub: Surah ini secara keseluruhannya IKHLAS dari Allah kepada Nabi Muhammad saw. Keseluruhan surah ini sebagai pujuk-rayu dari Allah untuk membahagiakan, menyeronokkan dan memberi rasa ketenangan dan keharmonian hubungan Allah dengan Rasulnya. Semuanya adalah deruan angin yang nyaman dari Rahmat Allah dan rasa hebat kasih sayang Nya. Ianya sebagi ubat kepada fizikal Rasulullah yang penat dengan dakwah, yang meniupkan rasa pengharapan kejayaan dan kasih sayang, yang menjadi pendorong kepadanya untuk terus berjuang kerana Allah dan iman. Begitulah cara Allah mendidik Rasulnya, dengan tegas menghentikan wahyu dengan tujuan tarbiah dan tunjuk ajar kepada Rasulnya. Disamping itu, Dia menunjukkan rasa hormat, kasih sayang, panduan bergerak dan memupuk Muhibbah ke dalam hati Rasulullah. Kesimpulan: Begitulah kepimpinan Rasulullah terus menerus diberi nafas oleh Allah sehingga Rasul kita itu menjadi sebenar-benar pemimpin manusia untuk seluruh alam dan untuk seluruh umatnya, WALAUPUN ianya berasal dari seorang anak yatim piatu, seorang yang miskin dan seorang yang mencari-cari kebenaran dengan berkhalwat. Semuanya dibantu oleh Allah dan Rasulullah adalah ‘anak-didik’ Allah untuk melahirkan seorang pemimpin manusia yang menggerakkan iman dan amal. Allahu A’lam. 9 Adh-Dhuha