KERTAS PENERANGAN 4 KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME KSK 5013 COMPUTER SYSTEM AND NETWORKING TAHAP / LEVEL L3 NO. DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE K04 : DEFINITION OF COMPUTER SOFTWARE 4.1 Operating system NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT NO. KOD / CODE NO. 4.2 Functions of Operating System 4.3 Multiprogramming 4.4 Growth of Windows KSK5013/ K4 Muka Surat / Page : 1 Drpd / of :9 TAJUK/TITLE : DEFINITION OF COMPUTER SOFTWARE TUJUAN/PURPOSE : Kertas Penerangan ini bertujuan supaya para pelatih dapat mengenalpasti jenis-jenis sistem operasi, menyatakan fungsi sistem operasi, menerangkan tentang multiprogramming dan pembangunan windows. . NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 2 Drpd / of : 9 ISK5013/ K4 . PENERANGAN/INFORMATION : 1. PENGENALAN SISTEM OPERASI Sistem operasi komputer atau operating system (OS) merupakan sistem yang menghubungkan antara user (pengguna komputer) dengan hardware (perangkat keras) komputer. OS berisikan suatu program yang mengendalikan program sehingga lebih berkesan dan menghindari kesalahan penggunaan program yang tidak sesuai. 1.1 PENGERTIAN SISTEM OPERASI Sistem operasi atau operating system (OS) ialah sekumpulan beberapa program pengendalian komputer yang telah dibuat oleh komputer dengan memperhatikan bentuk dan cara kerja dari hardware (perangkat keras) yang mereka miliki. OS ini digunakan untuk mengatur semua program yang ada didalam komputer dan berfungsi untuk mengawal dan menyimpan data & menyusun seluruh program kerja dari hardware. Tanpa adanya sistem operasi ini, maka komputer tidak boleh digunakan kerana OS ini merupakan tempat untuk menyimpan program aplikasi. 1.2 PERKEMBANGAN SISTEM OPERASI a) Generasi Awal (1945-1955) Generasi pertama merupakan awal perkembangan sistem komputer elektronik sebagai pengganti sistem komputer mekanikal, hal itu disebabkan kecepatan manusia untuk menghitung terbatas dan manusia sangat mudah untuk membuat pencerobohan, kekeliruan bahkan kesalahan. Pada generasi ini belum ada sistem operasi, maka sistem komputer diberi arahan yang harus dijalankan secara langsung oleh pengguna. NO. KOD / CODE NO. b) ISK5013/ K4 Muka Surat / Page : 3 Drpd / of : 9 Generasi Kedua (1955-1965) Generasi kedua memperkenalkan Batch Processing System, iaitu Job yang dijalankan dalam satu rangkaian, lalu dilaksanakan secara berurutan. Generasi ini sistem komputer belum dilengkapi sistem operasi, tetapi beberapa fungsi sistem operasi telah ada, contohnya fungsi sistem operasi ialah FMS dan IBSYS. c) Generasi Ketiga (1965-1980) Sistem operasi pada generasi ini dikembangkan untuk melayani banyak pelayan, dimana para pelayan berkomunikasi melalui terminal secara on-line ke komputer. Sistem operasi menjadi multi-user (digunakan oleh banyak pengguna sekaligus), multi-programming (melayani banyak program sekaligus) dan multi tasking (melayani banyak tugas dan pekerjaan / Batch Processing System) Generasi Keempat (1980 – 2000-an) d) Pada masa ini sistem operasi telah menggunakan Graphical User Interface(GUI) iaitu antar-muka komputer yang berbasic grafik yang sangat selasa dan mudah digunakan. Pada masa ini juga bermula era komputer tersebar (distributed computer) dimana komputeri-komputer tidak lagi berpusat di satu titik, tetapi dipecah dibanyak komputer sehingga tercapai prestasi yang lebih baik. e) Generasi Seterusnya Pada generasi ini diperkenalkan Sistem Operasi yang berada dalam sebuah Sistem Operasi dan Sistem Operasi bergerak (Mobile) pada perangkat bergerak seperti: PDA, Poket PC, Laptop, Notebook dan NetBook. Sistem Operasi jaringan virtual juga berkembang, sehingga dalam satu jaringan hanya dipasang satu Sistem Operasi pada perangkat Server. NO. KOD / CODE NO. 1.3 ISK5013/ K4 Muka Surat / Page : 4 Drpd / of : 9 CIRI-CIRI SISTEM OPERASI KOMPUTER Setiap sistem pengoperasian mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Malah kemampuan setiap sistem juga berbeza. Antara ciri-ciri utama untuk sistem pengoperasian seperti multi tugasan(Multitasking), multi pengguna(Multiuser), multi pemprosesan (Multiprocessing),pelbagai tema (Multithereading) dan pemprosesan masa nyata (Real Time Processing). i. Multi Tugasan (Multitasking) Keupayaan sesuatu sistem komputer untuk mengendalikan lebih dari satu tugasan pada satu masa secara serentak. Ia dikenali sebagai multi tugasan. Sekiranya satu sistem pengoperasian hanya membenarkan satu tugasan dilakukan pada satu masa, sistem tersebut dikenali sebagai sistem pengoperasian tugasan tunggal. Multi tugasan membolehkan seorang pengguna melaksaanakan satu tugasan baru tanpa perlu keluar dari tugasan yang sedang dilaksanakan dan menggunakan hasil dari tugasan kedua dalam tugasan pertama. Contohnya, pengguna boleh menghasilkan carta dalam perisian semasa menggunakan perisian memproses perkataan dan memasukkan carta tersebut dalam dokumen yang sedang ditulis. ii. Multi pengguna (Multiuser) Sekiranya sistem pengoperasian berkebolehan untuk membolehkan lebih dari satu pengguna mencapai komputer pada satu masa, ia dikatakan mempunyai kemampuan multipengguna. Ia membolehkan lebih daripada seorang pengguna menggunakan sesebuah sistem komputer dalam satu masa. Terdapat operating system yang membenarkan lebih daripada 1000 pengguna secara serentak. Kebanyakkan komputer jenis kerangka utama dan juga komputer mini mempunyai ciri-ciri tersebut. Contohnya sistem operasi berkemampuan multi pengguna adalah Unix,Windows 2000 dan Linux. NO. KOD / CODE NO. iii. ISK5013/ K4 Muka Surat / Page : 5 Drpd / of : 9 Multi pemproses (Multiprocessing) Multi pemproses merujuk kepada sistem pengoperasian yang boleh mengendalikan lebih daripada satu pemproses secara serentak. Penggunaan lebih dari satu pemproses sesuai untuk komputer saintifik kerana komputer jenis ini melakukan pengiraan dan pemprosesan yang banyak. Oleh itu, komputer saintifik memerlukan sistem pengoperasian yang boleh menguruskan lebih dari satu pemproses. Contoh sistem pengoperasian multipemproses adalah Unix(solaris), Linux dan Windows 2000. iv. Pelbagai tema (Multithereading) Ciri pelbagai tema atau multithereading membolehkan bahagian yang berbeza dalam sesebuah program atau perisian dilancarkan secara serentak. Contohnya, semasa operasi mencari maklumat menggunakan perisian Microsoft Internet Explorer dilakukan, dalam masa yang sama pengguna boleh melakukan operasi mencetak,operasi mendapatkan bantuan, operasi menukar spesifikasi perisian dan sebagainya. v. Pemprosesan Masa Nyata ( Read Time Processing) Pemprosesan masa nyata merupakan ciri yang membolehkan sesebuah sistem bertindak balas atau berinteraksi kepada respon pengguna secara masa nyata atau serta merta. Kebanyakan OS yang ada sekarang tidak beroperasi secara masa nyata dalam makna yang sebenar kerana ia biasanya memerlukan beberapa saat ataupun minit untuk mula bertindak balas. 1.4 JENIS-JENIS SISTEM OPERASI KOMPUTER a) Sistem Operasi Microsoft Windows Sistem operasi Microsoft Windows ini sangat popular dan hampir serluruh komputer mempunyai program dari aplikasi ini . Sistem operasi jenis ini mempunyai sifat multitasking & multiuser . Sehingga banyak digunakan oleh para pengguna komputer . NO. KOD / CODE NO. ISK5013/ K4 Muka Surat / Page : 6 Drpd / of : 9 b) Sistem Operasi MS-DOS Sistem operasi ini dibangunkan pada tahun 1981 oleh Bill Gates & Paul Allen . Sistem operasi ini memang kurang dikenali & kurang popular , namun masih boleh kita dapati di dalam sistem operasi Microsoft Windows . MS - DOS ini bersifat single tasking . Untuk Microsoft Windows XP , MS - DOS menggunakan versi 5.1.2600 c) Sistem Operasi UNIX Sistem operasi UNIX yang pertama kali dibangunkan oleh syarikat AT dan T Bell Laboratories . Sistem operasi UNIX ini digunakan untuk menjalankan rangkaian pada komputer . Pada awalnya UNIX merupakan sistem operasi jenis Command line interface . UNIX juga menyediakan versi Graphical User Interface . d) Sistem Operasi LINUX Sistem operasi LINUX ini merupakan pengembangan dari UNIX . Pada awalny , sistem operasi ini dibuat oleh Linus Torvalds , iaitu seorang mahasiswa di Finland . LINUX dibuat pada tahun 1991 yang kemudian dikembangkan lagi oleh programmer - programmer yang ada di dunia . e) Sistem Operasi Mac OS Mac OS merupakan sistem operasi berasaskan GUI yang dikeluarkan oleh syarikat Apple Computer pada tahun 1984. Pada masa itu , teknologi Mac OS dianggap paling canggih dan maju . Namun tidak dapat dipertahankan hingga saat ini. 2 FUNGSI-FUNGSI SISTEM OPERASI KOMPUTER. a) Resource manager , merupakan pengeolahan sumber daya dan peruntukkannya , Contoh : memori , CPU , Disk Drive dan peranti lain . b) Interface atau yang biasa disebut dengan tetapan muka , iaitu sebagai perantara antara pengguna dan peranti keras dengan menyediakan gambaran kepada pengguna yang lebih mudah difahami ( user friendly ) NO. KOD / CODE NO. ISK5013/ K4 Muka Surat / Page : 7 Drpd / of : 9 c) Coordinator ,sistem operasi berfungsi untuk mengawal semua aktiviti yang kompleks dari perisian sistem / perisian aplikasi yang sedang dijalankan agar dapat berjalan sesuai dengan susunan yang betul . Selain menetapkan semua aktiviti perisian , sistem operasi juga bertugas mengawal / menguruskan semua aktiviti yang berkaitan dengan perkakasan , baik input device ataupun output device . d) Optimizer adalah penjadual masukan ( input ) oleh user , capaian pangkalan data , proses pengkomputeran dan penggunaan . e) Server berfungsi untuk melayani segala sesuatu yang diperlukan oleh user (pengguna). f) Interpretasi, Sistem Operasi berfungsi sebagai penerjemah perintah-perintah dan interaksi antara User dan Sistem. Sebagai komunikasi yang mudah antara sistem komputer dan User (pengguna). 3. MULTIPROGRAMMING Multiprogramming adalah kegiatan untuk menjalankan beberapa program pada memori dalam satu masa . Untuk meningkatkan keseluruhan kemampuan dari sistem komputer , para developer memperkenalkan konsep multiprogramming . Dengan multiprogramming , beberapa tugas disimpan dalam memori dalam satu masa. CPU dapat mengurangkan jumlah masa yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas - tugas tersebut.. 3.1 FUNGSI MULTIPROGRAMMING Melayan banyak program yang tiada hubungan antara satu sama lain dan dijalankan sekaligus dalam satu komputer yang sama. Perlaksanaan arahan yang dilaksanakan adalah: NO. KOD / CODE NO. ISK5013/ K4 Muka Surat / Page : 8 Drpd / of : 9 i. Program dimuatkan ke dalam memori ii. Program dijalankan sampai kepada peranti I/O. iii. Berpindah(switch) ke pekerjaan lain. iv. Langkah tersebut berulang terus menerus. v. Untuk proses permindahan (switching) dilaksanakan oleh software. Membolehkan beberapa program menggunakan resources komputer pada waktu yang sama bergilir-gilir (contohnya: proses memasukkan data melakukan cetak pada pencetak. 4. PERKEMBANGAN WINDOWS Microsoft windows atau lebih dikenali dengan nama windows adalah salah satu system operasi yang dicipta dan dibagunkan oleh Microsoft Corporation. Sistem Operasi Windows telah berevolusi dari MS-DOS, sebuah system operasi yang berasaskan mod teks dan command-line. Windows versi pertama, Windows Graphic Environment 1.0 pertama kali diperkenalkan pada 10 November 1983, tetapi baru keluar pasaran pada bulan November tahun 1985 yang dibuat untuk memenuhi keperluan komputer dengan pandangan bergambar. Windows 1.0 adalah perisian 16-bit tambahan (bukan merupakan system operasi) yang dijalankan di atas MS-DOS( dan beberapa varian dari MS-DOS) , sehingga ia tidak akan dapat berjalan tanpa adanya sistem operasi DOS. Versi 2.x, versi 3.x juga sama. Beberapa versi terakhir dari Windows (bermula dari versi 4.0 dan Windows NT 3.1) merupakan sistem operasi yang tidak bergantung kepada sistem operasi MS-DOS. 4.1 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN WINDOWS. a) Windows 1.0 Microsoft Windows 1.0 merupakan versi pertama sistem operasi dalam dunia sistem operasi berasaskan Graphical User Interface (GUI) yang dibuat oleh Microsoft Corporation. Versi ini sebenarnya dilancarkan pertama kali pada 10 November 1983, tetapi tidak pernah keluar ke pasaran sebelum bulan November 1985. NO. KOD / CODE NO. b) ISK5013/ K4 Muka Surat / Page : 9 Drpd / of : 9 Windows 2.0 Microsoft Windows 2.0 merupakan versi kedua dari sistem operasi berasaskan graphical user interface (GUI) buatan Microsoft Coporation, yang dikeluarkan pada 9 Disember 1987 akibat Window 1.0 kurang berjaya.sebab Windows 1.0 kurang Berjaya adalah kerana kekurangan aplikasi yang menyokong Windows 1.x. c) Windows 3.0 Windows 3.0 adalah versi ketiga dari sistem operasi graphical user interface yang dibuat oleh Microsoft yang dikeluarkan pada tarikh 22 Mei 1990. d) Windows NT 3.1 Windows NT 3.1 ini adalah satu model abstrak peringkat berat. Ianyan sesuai untuk komputer yang mahal dan besar nilainya. Windows NT juga tidak bekerja untuk pengguna peribadi kerana nilai dayanya sangat tinggi. GUI yang digunakan ialah GUI Windows 3.1. windows NT adalah sistem operasi Windows yang pertama dibuat oleh kernel hibrida. e) Windows 95 Windows 95 adalah sistem operasi hibrida 16 bit/32 bit yang diproduksikan oleh Microsoft. Ianya diperkenalkan pada 14 August 1995 dari Microsoft . Windows 95 diperkenalkan denganmenggunakan rancangan menu `start’ , menu inovatif untuk mencari kumpulan program sebagai penganti program manager. Selain itu juga , diperkenalkan Windows Explorer sebagai pengganti File Manager, sokongan pada plug and play, sokongan program aplikasi MS-DOS dan Windows 16 bit dan Windows 32 bit, dan sokongan bagi nama-nama file yang panjang . NO. KOD / CODE NO. f) ISK5013/ K4 Muka Surat / Page : 10 Drpd / of : 9 Windows 98 Windows 98 adalah sistem operasi Windows yang dikeluarkan Microsoft pada 25 Jun 1998. Windows 98 merupakan perkembangan dari Windows 95, dan kemudian diteruskan oleh Windows Me. Semasa sokongan penuh berakhir pada 11 july 2006. Windows 98 First Edition Windows 98 adalah sambungan dari Windows 95, dengan tambahan sokongan AGP,USB,Plug and Play yang lebih baik. g) Windows ME (Milenium Edition) Window ME adalah versiWindows yang khusus untuk pengguna dan ditujukan untuk menggantikan sistem operasi sebelumnya. Windows adalah sistem Logo Microsoft Windows ME.Windows ME merupakan sistem operasi transisi antara 16 bit ke 32 bit sehingga semua program 16 bit dan 32 bit dapat sokongan baik oleh Microsoft. h) Windows XP Ia adalah sistem operasi berasaskan grafik yang dibuat oleh Microsoft untuk digunakan pada komputer peribadi, laptop dan pusat media. Nama `XP’ adalah kependekan dari `Experience’ . Windows XP merupakan penerusan Windows 2000 Profesional dan Windows Me. Windows XP merupakan versi sistem operasi Windows pertama yang berorientasi konsumen yang dibangun di atas kernel dan arsitektur Windows NT. i) Windows Server 2003 Microsoft melancarkan Windows Server 2003 di dalam Windows Server 2003,beberapa layanan yang tidak terlalu diperlukan dalam windows server di buang secara default, terutama `windows audio’ dan `themes’ disebabkan kesetabilan windows. Untuk mendapatkan audio dan grafik yang sama dengan windows XP, pengguna harus mengaktifannya secara manual. NO. KOD / CODE NO. j) Muka Surat / Page : 11 Drpd / of : 9 ISK5013/ K4 Windows Vista Windows Vista adalah sistem operasi terbaik. Dapat memainkan lagu dan filem,merakam suara, mengisi CD-R(RW) dan DVD-R(RW), memotong audio dan video,melihat nilai hardware menggunakan internet dan lain-lain. Windows Vista adalah versi terbaru Microsoft Windows, sistem operasi berasaskan grafik dari Microsoft yang digunakan pada komputer peribadi atau PC. k) Windows 7 Windows 7 dilancarkan pada 22 julai 2009. Prestasi Windows 7 pada tahun 2008 lebih focus kepada sokongan multi-touch pada layar, design ulangan taskbar yang sekarang dikenal dengan nama Superbar. Sebuah sistem jaringan iaitu HomeGroup, dan perningkatan persembahan .Logo Window7. l) Windows 8 Windows 8 adalah nama code untuk versi yang akan datang dari Microsoft Window. Rangkaian sistem operasi yang dibangunkan oleh Microsoft untuk digunakan pada komputer peribadi, termasuk komputer rumah dan office, laptop netbook,tablet PC,server dan PC pusat media. Sistem operasi ini menggunakan mikroprosesor ARM selain mikroprosesor x86 tradisional buatan intel dan AMD. Antarmuka penggunanya diubah agar mampu digunakan pada touch skrin selain mouse dan keyboard. NO. KOD / CODE NO. ISK5013/ K4 Muka Surat / Page : 12 Drpd / of : 9 m) Windows 10 Sistem Operasi terbaru yang telah dilancarkan oleh Microsoft adalah Windows 10. Windows 10 merupakan tampilan windows terlengkap dan menyeluruh berbanding versi-versi sebelumnya sehingga dinamakan Windows 10 karana 10 merujuk kepada kesempurnaan. Windows ini diperkenalkan pada tarikh 30 September 2014, dan akan dikeluarkan tahun 2015. Kesimpulannya , sistem operasi atau OS adalah sistem peringkat lunak yang bertugas untuk mengawal operasi-operasi dasar sistem, termasuk menjalankan software aplikasi seperti program-program pengolahan kata dan web browser. RUJUKAN/REFERENCE : 1. http://infofullversi.blogspot.my /2015/04/perkembangan-sistem-operasikomputer.html 2. http://be-buddy.blogspot.my /2012/09/definisi-multiprogramming.html 3. http://simbalisme.blogspot.com /2015/03/sejarah-perkembangan-windows-1-10-darimasa-kemasa.html