DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK - al

advertisement
DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING
WPK1313
Psikolgi Pembelajaran
Minggu 4 (Terakhir)
Pensyarah:
Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri
PhD – Pendidikan Agama Islam (UMM)
PhD – Fiqh Sains & Teknologi (UTM)
Penilaian teori dan model yang
bersesuaian berdasarkan prinsip
Islam
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
Ivan Pavlov, Thorndike & Skinner.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PANDANGAN ISLAM TERHADAP TEORI
BELAJAR BEHAVIORISTIK
Menurut teori behavioristik proses pembelajaran akan menghasilkan suatu
perubahan tingkah laku melalui ransangan atau stimulas dan respon. Proses ini
dilakukan dengan melalui “trial and error” dan peneguhan (reinforcement).
Dalam Islam, isitlah belajar menggunakan terminologi ta‟allama dan thalab al
„Ilmu (menuntut ilmu). Proses belajar dalam Islam perlu ada dorongan di dalam
diri seseorang individu bukan bersifat materialistik.
Hal ini tentu jauh berbeza dengan teori belajar akhlak dalam Islam. Walaupun
pembetukkan tingkah laku/akhlak dalam Islam juga ingin mendapatkan
reward akan tetapi reward ini tidak bersifat materialistik melainkan
berkonsepkan keredhaan dan rahmat dari Allah s.w.t.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
INTEGRASI TEORI BEHAVIORISTIK
(PERSPEKTIF ISLAM)
• Berlandaskan tiga prinsip dalam belajar dari eksprement Thorndike:
1. Law of readiness (hukum kesiapan)
Belajar akan berhasil apabila individu memiliki kesiapan. Oleh itu dalam
Islam proses pembelajaran dianjurkan dengan membetulkan niat yang
benar dan berdoa terlebih dahulu agar dalam akitivit seterusnya
mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.
2) Law of exercise (hukum latihan)
Pembelajaran akan hanya berhasil apabila ia banyak melakukan
latihan atau ulangan dilakukan. Dalam hal Islam menggalakkan
seseorang melakukannya secara istiqamah.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
INTEGRASI TEORI BEHAVIORISTIK
(PERSPEKTIF ISLAM)
3. Low of effect
Semangat untuk belajar akan lebih bersemangat apabila
mengetahui ia akan mendapat ganjaran (reward-tsawab).
Oleh itu seseorang akan terus melakukannya.
Dalam Islam di samping bersifat duniawi (tsawab al-Dunya)
juga bersifat tsawab al-akhirah sebagaimana dalam surah Ali
Imran ayat 148: “ Allah berikan ganjaran kepada mereka di
duni dan akhirat dengan ganjaran yang baik. Dan Allah
mencintai orang-orang yang berbuat baik”.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
Albert Bandura (1986)
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PANDANGAN ISLAM TERHADAP TEORI
BELAJAR SOSIAL
Selain daripada peranan diri, pembentukan keperibadian seseorang turut
dipengaruhi oleh pelbagai pengaruh yang wujud dalam persekitaran kehidupan
manusia seperti mana yang dijelaskan dalam al-Quran ayat ke 8 hingga ke 10
Surah al-Shams yang bermaksud:
Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya,
sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang
yang mengotorinya.
Dalam ayat ini dijelaskan tentang proses pembentukan keperibadian manusia
dipengaruhi oleh elemen-elemen ilham sama ada ia menuju kepada jalan yang
baik mahupun yang buruk. Namun manusia dibekalkan dengan akal untuk
memilih jalan mana yang harus diikuti. Pengaruh-pengaruh jalan kebaikan dan
kefasikan ini pada hakikatnya merupakan pengaruh-pengaruh yang wujud
daripada persekitaran dalam kehidupan seseorang.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PANDANGAN ISLAM TERHADAP TEORI
BELAJAR SOSIAL
Imam al-Ghazali juga turut menekankan faktor pembelajaran sosial iaitu
pergaulan dengan orang-orang yang soleh sebagai salah satu daripada
tiga kaedah membentuk akhlak yang mulia dalam diri seseorang
(Muhamad Abul Quasem 1975).
Ini adalah kerana manusia itu secara semulajadi bersifat meniru di mana
seseorang itu boleh memperolehi kedua-dua sifat baik dan buruk daripada
keadaan seseorang yang lain.
Menurut al-Na’imy (1994) pula, manusia berbeza berdasarkan persekitaran
di mana ia berada. Sesiapa yang mendapati dirinya berada dalam
persekitaran dan pendidikan yang membantunya ke arah kebaikan, maka
dia lebih cenderung untuk menjadi golongan yang baik dan begitu juga
sebaliknya.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PANDANGAN ISLAM TERHADAP TEORI
BELAJAR SOSIAL
Ibn Khaldun (2002) juga menjelaskan, persekitaran yang baik perlu bagi
menghasilkan akhlak yang baik dan akhlak yang baik itu perlu lahir dari diri
sendiri berdasarkan pengamatannya kepada faktor-faktor persekitaran yang
boleh mempengaruhi tabiat hidup manusia.
Hassan (1987) berpendapat, persekitaran mampu memberi kesan terhadap
penghayatan nilai akhlak seseorang. Menurut beliau, penghayatan nilai akhlak
merupakan peringkat akhir dari proses pengakuran sosial yang dibentuk
melalui pembelajaran sosial yang menggabungkan asas-asas pembelajaran
sosial seperti rangsangan, tindak balas, peneguhan, kepatuhan, identifikasi,
permodelan dan tiruan.
Proses ini selanjutnya memerlukan kewujudan faktor-faktor motivasi luaran
seperti galakan dan ancaman dan dalaman seperti kepuasan diri dan
keinginan untuk dilihat benar.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PANDANGAN ISLAM TERHADAP TEORI
BELAJAR HUMANISTIK
Humanisme dalam Islam didasarkan pada prinsip-prinsip yang nyata, fitri dan
rasional. Ia melarang mendewakan manusia atau makhluk lain dan juga
tidak merendahkan manusia sebagai makhluk yang hina dan berdosa.
Humanisme dalam ajaran Islam didasarkan pada hubungan sesama umat
manusia, baik hubungan sesama muslim ataupun hubungan dengan umat
lainnya.
Humanisme Islam didasarkan pada : Saling mencintai, kasih sayang dan
menjaga kebersamaan. “Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah
bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan
bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat”. (Q.S. al-Hujarat :
10). “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka, kecuali bisikan
dari orang yang menyuruh manusia bersedekah, atau berbuat yang ma’ruf
atau mengadakan perdamaian diantara manusia”. (Q.S. al-Nisa : 114).
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PANDANGAN ISLAM TERHADAP TEORI
BELAJAR HUMANISTIK
Hakikat Manusia (Maslow)
Tentang hakikat manusia Maslow berpendapat bahwa manusia
memiliki satu kesatuan jiwa dan raga yang bernilai baik, dan memiliki
potensi-potensi yang mengakibatkan perkembangan kearah
aktualisasi diri.
Hakikat Manusia (Al-Ghazali)
Manusia terbagi ke dalam tiga dimensi iaitu struktur jiwa manusia terdiri
atas al-qalb, al-ruh, al-nafs, dan al-aql yang bertanggung jawab atas
perbuatan yang dilakukan.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PANDANGAN ISLAM TERHADAP TEORI
BELAJAR KOGNITIF
Kajian Kognitif Piaget Dalam Pandangan Pendidikan Islam
Menurut al Ghazali pengertian belajar adalah serangkaian kegiatan jiwa raga untuk
memperoleh suatu perubahan tingkah laku dan ilmu pengetahuan sebagai hasil
dari pengalaman individu.
Manakala Piaget adalah suatu proses perolehan pengetahuan yang dibentuk oleh
individu itu sendiri kerana individu melakukan interaksi secara terus menerus dengan
lingkungan.
Persamaanya al Ghazali dan Piaget sepakat bahwa belajar adalah merupakan
suatu proses, dilakukan dengan memperoleh suatu perubahan, dan dengan belajar
seseorang akan mendapatkan pengetahuan.
Al Ghazali dan Piaget mengakui adanya struktur kognitif (adanya daya ingat).
Seorang yang belajar tidak mungkin memperoleh pengetahuan tentang sesuatu
yang baru sama sekali dan tidak diketahuinya, kecuali dengan memperoleh serta
mengingat kembali pengetahuan-pengetahuan yang telah dikuasai sebelumnya.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PANDANGAN ISLAM TERHADAP TEORI
BELAJAR KOGNITIF
Belajar menurut al Ghazali dikaitkan dengan pandanganya tentang mencari
ilmu yang melibatkan unsur jiwa, di samping indera dan akal.
Sedangkan menurut Piaget, belajar didasarkan pada perkembangan
pemikiran yang mirip dengan perkembangan biologis, yang selalu
beradaptasi dan mengorganisasikan lingkungan sekitar.
Pemikiran al Ghazali bersifat religius rasional yang lebih berorientasi pada al
Qura’an dan Hadits, dan juga termasuk aliran konservatif yang cenderung
bersifat keagamaan.
Sedangkan pemikiran Jean Piaget bersifat rasional, yang mendasarkan pada
metode umum mendapatkan data empiris dan penggunaan model-model
logis dalam menafsirkan data
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
RUJUKAN
Badri, Malik.(1986). Dilema Psikolog Muslim, terj. Siti Zainab Luxfiati. Jakarta:
PT. Temprint
Badri, Malik.(1996). Tafakkur; Perspektif Psikologi Islam, terj. Usman Syihab.
Bandung: PT. Remaja Rosdakarya.
Langgulung, Hasan. (1988). Asas-Asas Pendidikan Islam. Jakarta: Al-Husna
Akromah, Saidatul , Belajar Menurut Al Ghazali Dan Piaget; Study
Komparasi Pemikiran Al-Ghazali dan Piaget.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
Download