Pinggang Berikat Kebenaran [CB126] - Jemaat

advertisement
Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[CB126]
Pinggang Berikat Kebenaran
(Edisi 1.0 20080725-20080725)
Dalam kertas ini kita akan perhatikan apakah itu Kebenaran dan kenapa ia begitu penting kepada
umat pilihan dan Rencana Tuhan.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: [email protected]
(Hakcipta  2008 Christian Churches of God, ed. Wade Cox)
(tr. 2009)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya
tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus
disertakan.
Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang
didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan
karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Mukasurat 2
Pinggang Berikat Kebenaran
Pinggang Berikat Kebenaran
Dalam dunia hari ini, perkataan kebenaran
senang-senang dipakai sembarangan. Orang
sering mengakui atau menyatakan mereka
berkata
benar
namun
hakikatnya
ia
pemutarbelitan kebenaran, iaitu dusta. Atau
mereka berjanji untuk melakukan sesuatu dan
tidak menepati janji mereka itu, dan ini juga
satu bohong. Mereka mungkin mengabaikan
bahagian-bahagian penting fakta-fakta yang
mengubah ertinya sama sekali, dan ini juga
dusta. Kita tahu bahawa Iblis ialah bapa segala
dusta dan tiada kebenaran dalam dia (Yohanes
8:44).
Sekarang mari kita perhatikan konsep-konsep
kebenaran dari sudut pandangan positif tentang
bagaimana Eloah melihat dan menjelaskan apa
kebenaran itu.
Mula-mula, kita akan lihat kualiti-kualiti
apakah yang jelas sebahagian daripada Eloah
dan HukumNya sementara kita mulakan
pelajaran tentang kebenaran ini.
Efesus 4:24 dan mengenakan manusia baru, yang
telah diciptakan menurut kehendak Allah di dalam
kebenaran dan kekudusan yang sesungguhnya.
(NLT)
Kita harus mengambil bahagian dalam kudrat
ilahi Eloah (2 Petrus 1:4), dan bererti kita harus
membangunkan sifat-sifat sama yang telah
sentiasa dimilikiNya; kita harus menjadi seperti
Dia.
Di sini kita sudah lihat bahawa dua ciri
perlengkapan senjata Eloah – keadilan dan
kebenaran – juga berhubungan dengan Eloah
dan HukumNya. Keadaannya menjadi jelas
sekali kenapa Tuhan memerintah kita
mempunyai kebenaran yang diselaras kuat atau
diketatkan pada teras pusat diri kita. Kebenaran
ialah
pakaian
dalaman
utama
bagi
perlengkapan senjata Eloah. Banyak benda dan
konsep berhubungan dengan kebenaran.
Sekarang mari kita lihat dengan lebih terperinci
mengenai apa sebenarnya kebenaran itu.
Lima Sifat Dasar Eloah dan HukumNya
Apakah Kebenaran?
Kita sudah belajar daripada pelajaran-pelajaran
sebelumnya bahawa Tuhan dan HukumNya
berkongsi lima perkara bersama.
Bila bertemu Kristus, Pilatus juga ingin tahu
apakah kebenaran itu. Dalam Yohanes 17:38,
Pilatus berkata kepada Kristus: “Apakah
kebenaran itu?” (Yohanes 18:38).
Tuhan dan HukumNya ialah:
Adil: Ezra 9:15; Mazmur 119:172;
Sempurna: Matius 5:48; Mazmur 19:7;
Kudus: Imamat 19:2; Roma 7:12;
Baik: Mazmur 34:8; Roma 7:12;
Benar: Ulangan 32:4; Mazmur 119:142.
Tuhan dan HukumNya telah sentiasa wujud.
Dengan dibaptiskan, menerima Roh Kudus,
dan memelihara Perintah-perintah serta
Perjamuan Tuhan kita menjadi seperti Tuhan.
Untuk perincian lanjut tentang subjek ini lihat
Penciptaan Keluarga Tuhan (No. CB4).
Kita juga harus menjadi seperti Tuhan dan
mengenakan sifatNya.
Kebenaran merupakan pusat Tuhan dan
HukumNya. Ia jujur, murni, ikhlas, tulus dan
berdasarkan fakta; boleh dipercayai dan betul.
Ia menyarankan keadilan, sebab dengan
kebenaran segala sesuatu dapat ditentukan
dengan betul dan ditetapkan di tempatnya. Iblis
beroperasi atas sistem bertentangan kepada
kebenaran sempurna; dia menumpu pada dusta,
yang hanya berkesudahan buruk.
Tuhan ialah Tuhan Kebenaran (Ulangan 32:4;
Mazmur 31:15; Yesaya 65:16). Kita tahu
Firman Tuhan adalah benar (Daniel 10:21,
Yohanes
17:17).
Kedua-dua
Yohanes
Pembaptis dan Yesus Kristus telah datang
untuk memberi kesaksian tentang kebenaran itu
Pinggang Berikat Kebenaran
(Yohanes 18:37). Kebenaran ada dalam Kristus
(Roma 9:1; 1 Timotius 2:7).
Roh Kudus ialah Roh kebenaran (Yohanes
14:17); ia memimpin semua kita ke dalam
kebenaran (Yohanes 16:13). Tuhan mencari
kebenaran (Yeremia 5:3).
Kebenaran selaras dengan mentaati Hukum
Tuhan (Titus 1:1); kebenaran menguduskan,
atau mengkhususkan kita (Yohanes 17:17,19).
Sebab
keseluruhannya
bagi
kelahiran,
pelayanan dan kematian Yesus Kristus adalah
untuk menunjukkan kita kebenaran itu. Mulamula umat pilihan, kemudian seluruh dunia
akan mengenal kebenaran Tuhan (Yohanes
18:37).
Yohanes 18:37 "Engkau mengatakan, bahwa Aku
adalah raja. Untuk itulah Aku lahir dan untuk itulah
Aku datang ke dalam dunia ini, supaya Aku
memberi kesaksian tentang kebenaran; setiap orang
yang berasal dari kebenaran mendengarkan suaraKu."
Kasih akan kebenaran ialah satu tanda umat
pilihan (Yohanes 14:17; 15:26). Orang
mengenali kita kerana kita mengenali
kebenaran.
Umat pilihan mengasihi kebenaran dan sesama
sendiri, dan mencuba untuk menguatkan serta
mendorong sesama sendiri dalam kebenaran
(Lukas 22:31,32). Kita hanya mungkin bekerja
untuk kebenaran (2 Korintus 13:5-8).
Seluruh kebenaran Alkitab menuntut kita hidup
menurut jalan Tuhan – mentaati Dia dan
menyembahNya pada hari-hari yang betul.
Dengan menyerahkan segala jalan kita kepada
Tuhan, Dia kemudiannya akan melaksanakan
segala rencana kita (Amsal 16:3).
Yohanes 14:6 memberitahu kita:
Kata Yesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran
dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang
kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.
Sebaik saja kita diberikan kepada Kristus, kita
terus dalam jalan itu iaitu jalan kebenaran. Roh
kemudiannya memimpin kita dalam jalan
kebenaran (Yohanes 16:5-15).
Mukasurat 3
Kebenaran berasal daripada Bapa melalui Roh
Kudus dan harus ditegakkan dalam keadilan
(Roma 1:18). Di sini sekali lagi kita perhatikan
keadilan dan kebenaran terikat bersama sama
seperti kita melihat konsep ini ditunjukkan
pada pakaian Imam Besar dan Baju Zirah
Keadilan (No. CB125).
Sesiapa yang mengetahui kebenaran dan terus
berbuat salah, serta mengajar ajaran-ajaran
palsu, bakal menghadapi murka Tuhan. Tuhan
jelas mengutuk dan menghukum imamat sebab
tidak mengajar benar (Maleakhi 2:1-12). Tugas
kita ialah mempertahan dan melindung
kebenaran (Roma 15:1-6).
Kebenaran memerdekakan kita (Yohanes
8:32); kebenaran Rencana Tuhan harus dapat
diketahui semua bangsa agar mereka dapat
bertaubat dan kembali kepada Tuhan dan
KebenaranNya (Yesaya 6:10; Matius 13:15;
Markus 4:12; Mazmur 19:7). Itulah sebabnya
kenapa penting sekali untuk kita semua bekerja
dengan tekun sementara kita masih dapat
melakukan pekerjaan Tuhan yang Hidup.
Mengenal Allah Maha Esa dan Yesus Kristus
anakNya ialah hidup kekal (Yohanes 17:3).
Sesiapa yang mengajar lain daripada itu dan
mempercayai dusta-dusta itu, tidak akan berada
dalam
Kebangkitan
Pertama.
Kristus
memberitahu kita dalam Maitus bahawa
banyak dusta akan timbul untuk cuba menarik
orang-orang jauh daripada Dia.
Matius 24:24 Sebab Mesias-mesias palsu dan nabinabi palsu akan muncul dan mereka akan
mengadakan tanda-tanda yang dahsyat dan mujizatmujizat, sehingga sekiranya mungkin, mereka
menyesatkan orang-orang pilihan juga. (RSV)
Semua orang yang telah mempercayai dusta
dan ajaran palsu akan bangun untuk menemui
diri mereka dalam Kebangkitan Kedua untuk
pembetulan dan pendidikan dalam kebenaran
(1 Korintus 5:4,5). Tuhan sangat berbelas
kasihan; Dia akan memberi peluang kepada
semua orang untuk mengetahui Kebenaran
SempurnaNya apabila waktunya tepat untuk
individu tersebut berjaya.
Mukasurat 4
Idea pertaubatan adalah berdasar pada
bagaimana kita memberi reaksi kepada
kebenaran firman Tuhan apabila kita
membandingkan kebenaran itu dengan
kelakuan dan perbuatan kita sendiri. Untuk
pertaubatan sejati berlaku, kita mengaku segala
dosa kita dan mengubah jalan hidup kita untuk
melakukan hal-hal Tuhan melawan cara-cara
Iblis.
Kesudahan akhir Rencana Tuhan ialah seluruh
Israel akan ditebus dan didamaikan kepada
Tuhan, dan akhirnya seluruh dunia akan
berubah mengikut Kebenaran Eloah (Yesaya
1:27). Untuk keterangan lanjut tentang bila ini
akan terjadi lihat kertas Rencana Keselamatan
Tuhan (No. CB30).
Jemaat Tuhan adalah berdasar pada kebenaran;
ia tiang dan dasar kebenaran (1 Timotius 3:15).
Mesias memberitahu kita kebenaran akan
memerdekakan kita (Yohanes 8:32). Mesias
banyak berbicara tentang kebenaran dan Roh
Kebenaran, dan khasnya dalam Injil Yohanes.
Kita harus menyembah Bapa dalam Roh dan
dalam kebenaran (Yohanes 4:23-24). Taurat
datang melalui Musa tetapi rahmat dan
kebenaran datang melalui Yesus Kristus
(Yohanes 1:17). Untuk satu ikhtisar ringkas
kebenaran sila lihat pesan Sabat 8/8/26/120 di
www.ccg.org/_domain/ccg.org/Sabbath/2003/S
_11_01_03.htm
Pinggang Berikat Kebenaran
Teras kita ialah tempat berasalnya semua pergerakan
dalam tubuhmu. Otot-otot teras tubuh anda ialah
pusat graviti anda. Otot-otot teras yang kuat –
bahagian abdomen, belakang dan pinggul/pelvis –
memberi sokongan kepada tulang belakang anda
untuk semuanya dari berjalan, mengangkat dan
berdiri sampai duduk.
Latihan teras penting bagi prestasi olahraga dan
pencegahan kecederaan. Otot-otot teras tubuh ialah
dasar untuk semua pergerakan lain. Otot-otot batang
tubuh
menstabilkan
tulang
belakang
dan
menyediakan dasar kukuh bagi pergerakan kaki dan
tangan.
http://www.mastermoves.com/core-exercises.html
Sama seperti otot-otot teras kita membantu
untuk menggerakkan dan menstabilkan kita,
kebenaran Tuhan harus mentadbir atau
menguasai setiap fikiran, kata dan perbuatan
kita.
Sementara kita membaca melalui pelajaran ini
dan mendengar konsep-konsep berlainan yang
ditekankan tentang kebenaran, kita harus cuba
menganggapnya sebagai pembalut atau ikat
pinggang kestabilan di sekeliling pinggang kita
iaitu kebenaran yang menolong mengawal diri
kita.
Ayat-ayat berikut meminta kita mengikat
pinggang kita.
Lukas 12:35 "Hendaklah pinggangmu tetap berikat
dan pelitamu tetap menyala.
Lihat juga kertas-kertas Kebenaran (No. 168)
dan Konversi dan Kebenaran (No. 72).
Efesus
6:14
Jadi
berdirilah
tegap,
berikatpinggangkan kebenaran dan berbajuzirahkan
keadilan,
Apakah ertinya pinggang diikat dengan
kebenaran?
Ayub 40:16 Perhatikanlah tenaga di pinggangnya,
kekuatan pada urat-urat perutnya!
Memakai ikat (Gird) (SGD 4024) bererti 1)
mengikat pakaian dengan tali pengikat atau ikat
pinggang, 2) mengikat diri, 3) metafora dengan
kebenaran sebagai ikat pinggang, a)
memperlengkapi diri dengan pengetahuan
tentang kebenaran.
Di sini kita lihat kebenaran harus dipegang
kuat di sekeliling pinggang kita dan berguna
untuk menstabilkan diri teras kita sama seperti
otot-otot sekeliling pinggang kita berguna
untuk menstabilkan serta menseimbangkan
seluruh tubuh kita.
Ayub 40:7 "Bersiaplah engkau sebagai laki-laki
(Ikatlah pinggangmu sekarang sebagai lelaki); Aku
akan menanyai engkau, dan engkau memberitahu
Aku.
Ayub 38:3 Bersiaplah engkau sebagai laki-laki
(Ikatlah pinggangmu sekarang sebagai lelaki)! Aku
akan menanyai engkau, supaya engkau memberitahu
Aku.
The
International
Standard
Bible
Encyclopaedia membuat ulasan berikut tentang
pinggang (loins):
Sebagai pusat kekuatan (banding KAKI; PAHA),
pinggang diikat dengan ikat-ikatan kulit (2 Raja 1:8;
Pinggang Berikat Kebenaran
Mukasurat 5
Matius 3:4), atau kain, yang sering disulam cantik
(Keluaran 28:39), atau kain mahal (Keluaran 39:29;
Yeremia 13:1 dst.). Pinggang yang diikat ialah tanda
kesediaan untuk pelayanan atau usaha keras
(Keluaran 12:11; 1 Raja 18:46; 2 Raja 4:29; Ayub
38:3; Amsal 31:17; Lukas 12:35; 1 Petrus 1:13).
Tentang Tuhan ada diperkatakan bahawa “dia
melonggarkan ikatan raja-raja, dan mengikat
pinggang mereka dengan tali pengikat,” iaitu
menguatkan mereka (Ayub 12:18). Pada pinggang,
pedang dipakai (2 Samuel 20:8). Perkabungan
ditandakan bila pinggang diikat dengan kain kabung
(1 Raja 20:32; Yesaya 32:11; Yeremia 48:37; Amsal
8:10; lihat juga Papirus Pertama Elephantine, 1. 20).
Seseorang yang kekuatannya terletak dalam cintanya
kepada kebenaran, dengan kata lain setia,
diperkatakan berikatpinggangkan kebenaran (Efesus
6:14). Dengan itu, Mesias digambarkan: “Kebenaran
akan menjadi tali pengikat pinggangnya, dan
kesetiaan mengikat pinggangnya” (Yesaya 11:5).
Salah satu cara berpakaian paling primitif terdiri
daripada kulit bulu domba yang diikat sekeliling
pinggang (Ayub 31:20).
Iman. Kita mesti sentiasa setia kepada
kebenaran Tuhan dan memelihara HukumNya.
Sekarang mari kita kembali kepada pakaian
Imam Besar dan lihat sekiranya ada apa-apa
barang yang dipakai Imam Besar yang juga
berhubungan dengan kebenaran Eloah.
Kirmizi (Scarlet/Red, Merah): mewakili
darah Yesus Kristus sebagai korban Paskah
kita.
Kebenaran dan pertaliannya
pakaian Imam Besar
dengan
Dalam siri Pakaian Imam Besar (No. CB61),
kita juga melihat sesuatu diikat atau
diselaraskan di sekeliling pinggang imam dan
Imam Besar.
Keluaran 28:42-43 Buatlah celana-celana lenan
bagi mereka untuk menutupi daging auratnya: celana
itu haruslah dari pinggang sampai paha panjangnya.
43
Harun dan anak-anaknya haruslah memakainya,
apabila mereka masuk ke dalam Kemah Pertemuan
atau apabila mereka datang ke mezbah untuk
menyelenggarakan kebaktian di tempat kudus,
supaya mereka jangan membawa kesalahan kepada
dirinya, lalu mati. Itulah suatu ketetapan untuk
selama-lamanya baginya dan bagi keturunannya."
Celana-celana lenan adalah untuk kerendahan
hati. Pakaian imam adalah untuk kemuliaan
dan keindahan (Keluaran 28:2,40). Sebahagian
keindahan ini ialah imam mempertunjukkan
kerendahan hati. Begitu juga harusnya dengan
kita. Dalam Efesus 6:14, kita lihat bahawa
pinggang kita harus diikatkan dengan
kebenaran. Kebenaran adalah pusat kepada
Satu lagi pakaian yang mengelilingi pinggang
Imam Besar dan para imam ialah ikat pinggang
atau tali pengikat.
Keluaran 39:29 dan ikat pinggang dari lenan halus
yang dipintal benangnya, kain ungu tua, kain ungu
muda dan kain kirmizi, dari tenunan yang berwarnawarna--seperti yang diperintahkan TUHAN kepada
Musa.
Mari kita meninjau ringkas konsep-konsep
berkaitan warna ikat pinggang Imam Besar
yang dipakainya setiap hari dia bertugas selain
untuk Pendamaian.
Ungu Tua (Blue, Biru): mewakili Hukum
Tuhan.
Ungu Muda (Purple, Ungu): menggabungkan
warna biru dan merah, menunjukkan kita
kepada Imamat Rajani yang menggabungkan
kedua-dua keselamatan yang diberi kepada kita
melalui korban Yesus Kristus, dan kasih kita
akan Tuhan yang ditunjukkan melalui ketaatan
kita kepada Hukum.
Putih: mewakili pakaian kita yang bersih
sementara kita mempersiapkan diri kita sebagai
Pengantin
Perempuan
Kristus
dan
kesempurnaan Yesus Kristus.
Emas: merupakan salah satu logam yang
digunakan dalam Khemah di Padang Gurun,
pada pakaian Imam Besar dan dalam Bait yang
dibuat Salomo. Dalam Khemah di Padang
Gurun kita lihat bahawa Tabut Perjanjian yang
terletak dalam Tempat Maha Kudus juga
diliputi emas. Hadirat Tuhan ada dalam Tabut
itu dan ia juga wadah Roh Kudus. Emas ini
mewakili penghunian Roh Kudus Tuhan dalam
diri kita. Sama seperti emas ditenun berjalin di
antara benang-benang bahan lain, begitu juga
Roh Kudus mengikat semua anggota Tubuh
Kristus bersama.
Mukasurat 6
Untuk memeriksa pakaian Imam Besar dengan
lebih terperinci lihat Pelajaran: Efod, Sabuk
Pengikat dan Tutup Dada Pernyataan
Keputusan (No. CB65).
Ingat, daripada pelajaran baju zirah keadilan,
tutup dada (baju zirah) dan ikat pinggang
dihubungkan atau diikat bersama dengan pita
biru (tali ungu tua). Ini menunjukkan kita
betapa berjalinnya keadilan dan kebenaran
kepada Tuhan dan HukumNya. Sama seperti
Tuhan dan HukumNya mempunyai lima ciri
bersama, tali-tali biru ini mengingat keadilan
dan kebenaran bersama.
Sekarang mari kita perhatikan beberapa konsep
kunci kenapa penting bagi kita membelit rapat
kebenaran sekeliling kita.
Kebenaran ialah …
Roh Kudus memimpin kita ke dalam seluruh
kebenaran (Yohanes 16:13). Hasil sulung Roh
Kudus ialah penjagaan atau perlindungan
kebenaran (2 Timotius 6:13). Roh Kudus ialah
roh kekuatan dan kasih dan penguasaan diri.
Salah satu tanggungjawab umat pilihan ialah
perlindungankebenaran
sebagai
langkah
pertama keadilan. Di sini sekali lagi kita lihat
keadilan dan kebenaran terikat bersama.
Umat pilihan menyembah Bapa dalam Roh dan
dalam
kebenaran
(Yohanes
4:23-24).
Kebenaran ialah fokus utama kepada ibadah
Tuhan. Kita tidak boleh menyembah Tuhan
melainkan kita menyembahNya dalam Roh
Kudus dalam kebenaran. Roh Kudus ialah
caranya untuk kita menjaga kebenaran itu.
Kesaksian Roh dan kesaksian para nabi dan
dengan itu umat pilihan adalah benar (Yohanes
5:33). Pemeliharaan Perintah-perintah perlu
kepada pemeliharaan kebenaran (1 Yohanes
2:4-5). Kita semua mempunyai kewajipan
untuk mengenal pasti apa yang berasal daripada
Roh kebenaran dan bekerja untuk serta
menyokong kebenaran itu.
Iblis jatuh sebab dia tidak memelihara
kebenaran itu (Yohanes 8:44). Lihat Buah Roh
Kudus (No. 146) untuk keterangan lanjut.
Semoga kita tidak sekali-kali hilang pandang
akan kebenaran itu dan jatuh seperti Iblis.
Pinggang Berikat Kebenaran
Pentingnya Kebenaran diikat sekeliling kita
terus-menerus setiap hari
Umat pilihan atau orang-orang kudus harus
menyembah Tuhan dalam kebenaran (Yohanes
4:24; Mazmur 145:18); melayaniNya dalam
kebenaran (Yosua 24:14; 1 Samuel 12:24);
hidup di hadapan Tuhan dalam kebenaran (1
Raja-raja 2:4; 2 Raja-raja 20:3); merayakan
Hari-hari Raya Tuhan dalam kebenaran (1
Korintus 5:8); bersukacita dalam kebenaran (1
Korintus 13:6); berbicara sesama sendiri dalam
kebenaran (Zakharia 8:16; Efesus 4:25);
bermeditasi atau merenungi kebenaran (Filipi
4:8); dan akhirnya, memiliki kebenaran yang
ditulis loh-loh hati mereka (Amsal 3:3;
Mazmur 51:6).
Kebenaran menguduskan kita
17:17,19)
dan
memurnikan,
menyucikan kita (1 Petrus 1:22).
(Yohanes
atau
ia
Kebenaran dinyatakan atau ditunjukkan dengan
berlimpah-limpah kepada orang kudus
(Yeremia 33:6) dan tetap terus dengan orang
kudus selagi mereka terus taat kepada Eloah
dan segala HukumNya (2 Yohanes 1:2).
Kebenaran harus diakui (2 Timotius 2:25);
dipercayai (2 Tesalonika 2:12,13; 1 Timotius
4:3); ditaati dan diperlihatkan atau ditunjukkan
dalam kita (2 Korintus 4:2).
Para pendeta sesungguhnya harus melakukan
semua perkara yang disebut di atas namun
sebagai tambahan mereka harus berbicara
dalam kebenaran (2 Korintus 12:6; Galatia
4:16); mengajar kebenaran itu (1 Timotius 2:7)
dan mempertunjukkan diri mereka dipersetujui
oleh kebenaran itu (2 Korintus 4:2; 6:7,8;
7:14).
Pemerintah atau pemimpin haruslah orangorang yang cintakan kebenaran (Keluaran
18:21). Raja-raja dipelihara oleh kebenaran
(Amsal 20:28).
Orang
yang
mengatakan
kebenaran
memperlihatkan keadilan (Amsal 12:17) dan
akan ditetapkan (Amsal 12:19). Mereka
diperkenan Tuhan (Amsal 12:22).
Pinggang Berikat Kebenaran
Untuk menutup …
Kita harus sentiasa cuba memelihara Perintahperintah Eloah supaya tertulis/terpahat dalam
hati kita dan cuba menjaga jubah-jubah kita
supaya tidak bercela, putih dan suci sementara
kita semua berusaha/cuba menjadi seperti
Eloah dan HukumNya: Kudus, Adil, Kebaikan,
Sempurna dan Kebenaran, dengan ikat
pinggang Kebenaran sentiasa terikat kuat
sekeliling
kita
untuk
menolong
memperkuatkan
dan
memimpin
setiap
perbuatan kita.
Sentiasa ingat:
Efesus 4:20-24 Tetapi bukan itu yang diajarkan
kepadamu tentang Yesus Kristus. Dialah kebenaran,
dan engkau mendengar tentang dia dan belajar
tentang dia. 22 Engkau diberitahu bahawa segala
keinginanmu yang bodoh akan membinasamu dan
Mukasurat 7
bahawa engkau harus meninggalkan cara hidupmu
yang lama berserta segala kebiasaan jahatnya. 23
Biarlah Roh mengubah caramu berfikir 24 dan
menjadikanmu orang baru. Engkau dicipta untuk
menyerupai
Tuhan,
jadi
engkau
harus
menyenangkan hatinya dan menjadi benar-benar
kudus. (CEV)
Efesus 4:22-24 … yaitu bahwa kamu, berhubung
dengan kehidupan kamu yang dahulu, harus
menanggalkan manusia lama, yang menemui
kebinasaannya oleh nafsunya yang menyesatkan,
supaya kamu dibaharui di dalam roh dan pikiranmu,
dan mengenakan manusia baru, yang menurut
gambar rupa Tuhan telah diciptakan di dalam
keadilan dan kekudusan kebenaran. (NASV)
Marilah kita semua menjadi perajurit-perajurit
setia dalam tentera Tuhan dan membawa
kebenaran Eloah kepada dunia.

Download