Peringatan Maulidurrasul di PA Negara Dimuat : oleh admin / 05-02-2014 Senin, 27/01/2014 setelah persidangan selesai, Peringatan maulidurrasul dilaksanakan di ruang Sidang Pengadilan Agama Negara, Acara pun dimulai sekitar jam 11.00 Wita Pagi, semua Pegawai PA Negara berkumpul untuk memeriahkan acara. Dimulai dengan kata sambutan oleh WKPA Negara Drs Alpian, S.H., M.H.I dilanjutkan Pembacaan Ayat Suci Al-Qur’an oleh Maseri, BA dan dilanjutkan Pembacaan Maulid Barzanji oleh M. Hidayat, S.Ag,.MA, (Rawi 1) Maseri,BA, (Rawi 2 dan 3) Hairuddin, S.Ag., (rawi 4). Barulah Ceramah sekitar sejarah Nabi Muhammad SAW oleh ustaz H. M. Ideris, (tokoh /ulama setempat) Beliau menceritakan dari Kelahiran Nabi Muhammad SAW, sari tauladan nabi sekaligus rasulullah yang patut kita tauladani. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia memperingati Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam juga pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam. Muhammad dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi yang lain. Dilahirkan di Makkah sekitar 570/571 Masihi, Semenanjung Arab baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh Datuknya Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapak saudara baginda,Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah Menikah dengan Khadijah binti Khuaiilid yang berumur 40 tahun. Ketika Nabi Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerima Wahyu yang pertama daripada Tuhan melalui Malaikat Jibril ketika sedang berada di Gua Hira Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup yang diterima Allah sahaja. Nabi Muhammad menerima beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri daripada berbagai golongan. Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim. Oleh itu, Beliau telah menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah berhijrah ke Madinah yang dahulu dikenali sebagai Yathrib pada tahun 622 M. Peristiwa penghijrahan Muhammad itu menandakan permulaan bagi Kalender Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah, Muhammad telah menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun, baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah serta menakluknya. Muhammad dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah. Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas peristiwa Haji Wida atau Haji Perpisahan, Muhammad telah jatuh sakit lalu wafat. Ketika kematiannya, hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam dan bersatu dengan tatanegara Islam.