Hari Maulud Nabi (12 Rabiul Awal)

advertisement
Hari Maulud Nabi (12 Rabiul Awal)
Hari Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk memuliakan Nabi
Muhammad SAW berasaskan firman Allah dalam Al-Quran (terjemahannya ) :"maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw)
memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang
yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang
beruntung."
Al-Araf: 157
Hari Maulud pertama kali diselenggarakan oleh Sultan Salahudin al Ayyubi ketika
menghadapi pasukan salib bagi membakar semangat berjuang dan berkorban, untuk
menyelamatkan umat Islam dan sebagai memperingati kejayaan Sultan Salahuddin
al Ayyubi berhasil memimpin tentera Islam memasuki Jurusalem.
Maulud Nabi disambut setiap 12 Rabiul Awal dimana zikir khusus akan diadakan
di masjid-masjid. Perarakan secara besar-besaran yang disertai oleh lelaki,
perempuan, dan kanak-kanak akan diadakan di bandar dan kampung sambil
menyanyikan lagu-lagu memuji Nabi Muhammad S.A.W. juga akan diadakan
untuk meriahkan hari Maulud mulia ini. Jamuan makan juga dianjurkan diadakan
oleh orang perseorangan atau pertubuhan untuk fakir miskin.
Terdapat 2 pendapat mengenai Maulud Nabi, iaitu pendapat pertama melakukannya
adalah satu perbuatan yang dianjurkan bagi umat Islam. Pendapat kedua pula
menyatakan menyambut hari Maulud adalah satu bidaah disebabkan ia tidak pernah
dilakukan semasa zaman Rasullullah dan para sahabat.
Menurut pendapat pertama, hujah mengapa Maulud Nabi boleh diraikan adalah :Bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. datang ke Madinah maka
beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu
hari 10 Muharram, maka Nabi S.A.W. bertanya kepada orang yahudi
itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?"
Jawab mereka: Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu
dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami
berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.
Maka Nabi S.A.W. berkata:
"Kami lebih patut menghormati Musa berbanding
kamu."
1
Riwayat Bukhari dan Muslim.
Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari
berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum:


Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari
bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud,
miraj dan lain-lain.
Nabi pun turut memperingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Musa,
dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil
dan tegaknya yang hak.
Kisah Nabi Muhammad saw
Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi
pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa
perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia.
Bapa bayi tersebut bernama Abdullah
bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7
bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu
disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama
Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.
Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan
Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan
bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga
wanita dari Banu Sa'ad yang
bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya
tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu,
Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan
memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing
ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal
selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada
Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.
Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada
Muhammad
Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang
malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih.
Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika
2
itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian
tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya
menyaksikan
kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada
Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada
kesan yang aneh ditemui.
Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama
lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan
jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya.
Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul
Mutallib di Makkah.
Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika
Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan
saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan
perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda
ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia
dikuburkan.
Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap
sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya
kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari
Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka
sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal
dunia lalu
dikuburkan di situ juga.
Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan
yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak
yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya
dan bapa-bapa saudaranya.
"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia
melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung
lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)
Abdul Mutallib Wafat
Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan
lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula
meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu
kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai
keteguhan
hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan
berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan
makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan
membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.
3
Muhammad diasuh oleh Abu Talib
Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk
menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding
saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di
kalangan orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi
anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.
Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu
Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah
dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu
Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan
menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib
mengikuti
nasihat rahib tersebut dan dia tidaak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia
pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah
menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang
berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato
oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.
Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing
keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung
tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari
segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan
yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".
Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya
untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya
dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah
amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang
pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang
berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira
apabila
Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka
berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami
isteri.
Penurunan Wahyu Pertama
Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang
pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu,
baginda berada di Gua Hira' dan sentiasa merenung dalam
kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka
4
datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat
quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.
"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96:
1)
Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti
oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat
baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang
kejadian yang telah berlaku.
Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi
bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang
hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah
isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian
baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang
beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian
berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya
sahaja.
Dakwah Secara Terang-terangan
Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terangterangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.
"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan
(kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94.
Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda.
Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara
baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu
namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang
hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya.
Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:
"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di
tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya
sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya"
Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan
daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan
Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para
sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang
menerima siksaan yang berat.
5
Kewafatan Khadijah dan Abu Talib
Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum
Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan
itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya.
Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan
mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan
Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.
Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga
meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana
kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.
Penghijrahan Ke Madinah
Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat
selepas pemergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan
untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh
baginda.
Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar
kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar.
Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara
Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.
Negara Islam Madinah
Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum
Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang
lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara
Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan
syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat
mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau
perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang
melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi
aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah
berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.
Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan
amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai
6
27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan
yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H),
Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua
peperangan diakhiri dengan kemenangan.
Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam
Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah
diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada
630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.
Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan
pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah
menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah
menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang
bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua
adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di
antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan
kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu
berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."
Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w
Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah.
Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara.
Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin
yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi
semua manusia sepanjang zaman.
SUNAN KALIJAGA
Sunan Kalijaga yang hidup di jaman Kerajaan Islam Demak (sekitar abad 15) aslinya bernama
Raden Said, adalah putra Adipati Tuban yaitu Tumenggung Wilatikta/Raden Sahur. Raden
Sahur adalah keturunan Ranggalawe yang beragama Hindu. Sunan Kalijaga diperkenalkan
agama Islam oleh guru agama Kadipaten Tuban sejak kecil.
Melihat lingkungan sekitar yang kontradiktif dengan kehidupan rakyat jelata yang serba
kekurangan, menyebabkan ia bertanya kepada Ayahnya mengenai hal tersebut, yang dijawab
7
bahwa itu adalah untuk kepentingan kerajaan Majapahit yang membutuhkan dana banyak
untuk menghadapi pemberontakan. Maka secara diam-diam ia bergaul dengan rakyat jelata,
menjadi pencuri untuk mengambil sebagian barang-barang di gudang dan membagikan
kepada rakyat yang membutuhkan.
Namun akhirnya ia ketahuan dan dihukum cambuk 200 (dua ratus) kali ditangannya dan
disekap beberapa hari oleh Ayahnya, yang kemudian ia pergi tanpa pamit. Mencuri atau
merampok dengan topeng ia lakukan, demi rakyat jelata. Tapi ia tertangkap lagi, yang
menyebabkan ia diusir oleh Ayahnya dari Kadipaten. Iapun tinggal di hutan Jatiwangi dan
menjadi perampok orang kaya, dan berjuluk Brandal Lokajaya. Suatu waktu ia berjumpa
dengan Sunan Bonang, dan dibawa ke Tuban untuk menjadi muridnya, memperdalam agama
Islam. Lalu akhirnya ia menjadi pengembara yang menyebarkan agama Islam (sebelumnya
sempat menemui kedua orang tuanya), yang dihari tuanya ia tinggal dan meninggal di desa
Kadilangu Demak.
Ia dikenal sebagai Mubaligh/Da’i keliling, ulama besar, seorang Wali yang memiliki karisma
tersendiri di antara wali-wali yang lain, paling terkenal di berbagai lapisan masyarakat apalagi
kalangan bawah. Ia disebagian tempat juga dikenal bernama Syekh Malaya. Ia dapat
dikatakan sebagai ahli budaya, misalnya: pengenalan agama secara luwes tanpa
menghilangkan adat-istiadat/kesenian daerah (adat lama yang ia beri warna Islami),
menciptakan baju Taqwa (lalu disempurnakan oleh Sultan Agung dengan destar nyamping
dan keris serta rangkaian lainnya), menciptakan tembang Dandanggula dan Dandanggula
Semarangan, menciptakan lagu Lir Ilir yang sampai saat ini masih akrab dikalangan sebagian
besar orang Jawa, pencipta seni ukir bermotif daun-daunan, memerintahkan sang murid
bernama Sunan Bayat untuk membuat bedug di Masjid guna mengerjakan sholat
jama’ah,Acara ritual berupa Gerebeg Maulud yang asalnya dari tabligh/pengajian akbar yang
diselenggarakan para Wali di Masjid Demak untuk memperingati maulud Nabi, menciptakan
Gong Sekaten bernama asli Gong Syahadatain (dua kalimah syahadat) yang jika dipukul akan
berbunyi dan bermakana bahwa mumpung masih hidup agar berkumpul masuk agama Islam,
pencipta Wayang Kulit diatas kulit kambing, sebagai Dalang (dari kata dalla’ yang berarti
menunjukkan jalan yang benar) wayang kulit dengan beberapa cerita yang ia senangi yaitu
antara lain Jimat Kalimasada dan Dewa Ruci serta Petruk Jadi Raja dan Wahyu Widayat, serta
sebagai ahli tata kota seperti misalnya pengaturan Istana atau Kabupaten dengan Alun-alun
serta pohon beringin dan masjid.
Ada pula yang mengatakan, bahwa nama lengkap ayah Sunan Kalijaga adalah Raden Sabur
Tumenggung Wilatika, dikatakan dalam riwayat, bahwa dalam perkawinannya dengan Dewi
Saroh Binti Maulana Ishak, Sunan Kalijaga juga memperoleh 3 orang putera, masing-masing :
.R. Umar Said (Sunan Muria), Dewi Rakayuh dan Dewi Sofiah.
Diantara para Wali Sembilan, beliau terkenal sebagai seorang wali yang berjiwa besar,
seorang pemimpin, mubaligh, pujangga dan filosofi. daerah operasinya tidak terbatas, oleh
karena itu beliau adalah terhitung seorang mubaligh keliling (reizendle mubaligh). jikalau
beliau bertabligh, senantiasa diikuti oleh pada kaum ningrat dan sarjana.
Kaum bangsawan dan cendekiawan amat simpatik kepada beliau. karena caranya beliau
menyiarkan agama islam yang disesuaikan dengan aliran jaman, Sunan Kalijaga adalah
adalah seorang wali yang kritis, banyak toleransi dan pergaulannya dan berpandangan jauh
serta berperasaan dalam. Semasa hidupnya, sunan kalijaga terhitung seorang wali yang
ternama serta disegani beliau terkenal sebagai seorang pujangga yang berinisiatif mengaran
8
cerita-cerita wayang yang disesuaikan dengan ajaran Islam dengan lain perkataan, dalam
cerita-cerita wayang itu dimaksudkan sebanyak mungkin unsur-unsur ke-Islam-an,. hal ini
dilakukan karena pertimbangan bahwa masyarakat di Jawa pada waktu itu masih tebal
kepercayaannya terhadap Hinduisme dan Buddhisme, atau tegasnya Syiwa Budha, ataupun
dengan kata lain, masyarakat masih memagang teguh tradisi-tradisi atau adat istiadat lama.
Diantaranya masih suka kepada pertunjukan wayang, gemar kepada gamelan dan beberapa
cabang kesenian lainnya, sebab-sebab inilah yang mendorong Sunan Kalijaga sebagai salah
seorang mubaligh untuk memeras otak, mengatur siasat, yaitu menempuh jalan mengawinkan
adat istiadat lama dengan ajaran-ajaran Islam assimilasi kebudayaan, jalan dan cara mana
adalah berdasarkan atas kebijaksanaan para wali sembilan dalam mengambangkan Agama
Islam di sini.
Sunan Kalijaga, namanya hingga kini masih tetap harum serta dikenang oleh seluruh lapisan
masyrakat dari yang atas sampai yang bawah. hal ini adalah merupakan suatu bukti, bahwa
beliau itu benar-benar manusia besar jiwanya, dan besar pula jasanya. sebagai pujangga, telah
banyak mengarang berbagai cerita yang mengandung filsafat serta berjiwa agama, seni lukis
yang bernafaskan Islam, seni suara yang berjiwakan tauhid. disamping itu pula beliau berjasa
pula bagi perkembangan dari kehidupan wayang kulit yang ada sekarang ini.
Sunan Kalijaga adalah pengarang dari kitab-kitab cerita-cerita wayang yang dramatis serta
diberi jiwa agama, banyak cerita-cerita yang dibuatnya yang isinya menggambarkan ethik keIslam-an, kesusilaan dalam hidup sepanjang tuntunan dan ajaran Islam , hanya diselipkan ke
dalam cerita kewayangan. oleh karena Sunan Kalijaga mengetahui, bahwa pada waktu itu
keadaan masyarakat menghendaki yang sedemikian, maka taktik perjuangan beliaupun
disesuaikannya pula dengan keadaan ruang dan waktu.
Berhubung pada waktu itu sedikit para pemeluk agama syiwa budha yang fanatik terhadap
ajaran agamanya, maka akan berbahaya sekali kiranya apabila dalam memperkembangkan
agama islam selanjutnya tidak dilakukan dengan cara yang bijaksana. para wali termasuk
didalamnya Sunan Kalijaga mengetahui bahwa rakyat dari kerajaan Majapahit masih lekat
sekali kepada kesenian dan kebudayaan mereka, diantaranya masih gemar kepada gemalan
dan keramaian-keramaian yang bersifat keagamaan Syiwa-Budha.
Maka setelah diadakan permusyawaratan para wali, dapat diketemukan suatu cara yang lebih
supel, dengan maksud untuk meng-Islam-kan orang-orang yang belum masuk Islam. cara itu
diketemukan oleh Sunan Kalijaga, salah seorang yang terkenal berjiwa besar, dan
berpandangan jauh,berfikiran tajam, serta berasal dari suku jawa asli. disamping itu beliau
juga ahli seni dan faham pula akan gamelan serta gending-gending (lagu-lagunya).
Maka dipesanlah oleh Sunan Kalijaga kepada ahli gamelan untuk membuatkan serancak
gamelan, yang kemudian diberinya nama kyai sekati. hal itu adalah dimaksudkan untuk
memperkembangkan Agama Islam.
Menurut adat kebiasaan pada setiap tahun, sesudan konperensi besar para wali, diserambi
Masjid Demak diadakan perayaan Maulid Nabi yang diramaikan dengan rebana (Bhs. Jawa
Terbangan) menurut irama seni arab. Hal ini oleh Sunan Kalijaga hendak disempurnakan
dengan pengertian disesuaikan dengan alam fikiran masyarakat jawa. maka gamelan yang
telah dipesan itupun ditempatkan diatas pagengan yaitu sebuah tarub yang tempatnya di depan
halaman Masjid Demak, dengan dihiasai beraneka macam bungan-bungaan yang indah.
9
gapura mashidpun dihiasinya pula, sehingga banyaklah rakyat yang tertarik untuk berkunjung
ke sana, gamelan itupun kemudian dipukulinya betalu-talu dengan tiada henti-hentinya.
Kemudian dimuka gapura masjid, tampillah ke depan podium bergantian para wali
memberikan wejangan-wejangan serta nasehat-nasehatnya uraian-uraiannya diberikan dengan
gaya bahasa yang sangat menarik sehingga orang yang mendengarkan hatinya tertaik untuk
masuk ke dalam masjid untuk mendekati gamelan yang sedang ditabuh, artinya dibunyikan
itu. dan mereka diperbolehkan masuk ke dalam masjid, akan tetapi terlebih dahulu harus
mengambil air wudlu di kolas masjid melalui pintu gapura. upacara yang demikian ini
mengandung simbolik, yang diartikan bahwa bagi barang siapa yang telah mengucapkan dua
kalimat syahadat kemudian masuk ke dalam masjid melalui gapura (dari Bahasa Arab
Ghapura) maka berarti bahwa segala dosanya sudah diampuni oleh Tuhan.
Sungguh besar jasa Sunan Kalijaga terhadap kesenian, tidak hanya dalam lapangan seni suara
saja, akan tetapi juga meliputi seni drama (wayang kulit) seni gamelan, seni lukis, seni
pakaian, seni ukir, seni pahat. dan juga dalam lapangan kesusastraan, banyak corak batik oleh
sunan kalijaga (periode demak) diberi motif "burung" di dalam beraneka macam. sebagai
gambar ilustrasi, perwujudan burung itu memanglah sangat indahnya, akan tetapi lebih indah
lagi dia sebagai riwayat pendidikan dan pengajaran budi pekerti. di dalam bahasa kawi,
burung itu disebut "kukila" dan kata bahasa kawi ini jika dalam bahasa arab adalah dari
rangkaian kata : "quu" dan "qilla" atau "quuqiila", yang artinya "peliharalah ucapan (mulut)mu.
Hal mana dimaksudkan bahwa kain pakaian yang bermotif kukila atau burung itu senantiasa
memperingatkan atau mendidik dan mengajar kepada kita, agar selalu baik tutur katanya,
inilah diantaranya jasa sunan kalijaga dalam hal seni lukis. Dalam hubungan ini dibuatnya
model baju kaum pria yang diberinya nama baju "takwo", nama tersebut berasal berasal dari
kata bahasa arab "taqwa" yang artinya ta'at serta berbakti kepada Allah SWT.
Nama yang simbolik sifatnya ini, dimaksudkan untuk mendidik kita agar supaya selalu cara
hidup dan kehidupan kita sesuai dengan tuntunan agama. Nama Kalijaga menurut setengah
riwayat , dikatakan berasal dari rangkaian Bahasa Arab ' Qadli Zaka, Qadli - artinya
pelaksana, penghulu : sedangkan Zaka - artinya membersihkan. jadi Qodlizaka atau yang
kemudian menurut lidah dan ejaan kita sekarang berubah menjadi Kalijaga itu artinya ialah
pelaksana atau pemimpin yang menegakkan kebersihan (kesucian) dan kebenaran agama
Islam.
Konon kabarnya Sunan Kalijaga itu usianya termasuk lanjut pula, sehingga dalam masa
hidupnya, beliau antara lain mengalami tiga kali masa pemerintahan, pertama jaman akhir
kerajaan Majapahit, kedua jaman kerajaan Islam Demak, dan ketiga jaman kerajaan Pajang.
Adapun tahun kelahiran maupun wafatnya sunan kalijaga tidak diketahui dengan pasti. hanya
jenazahnya dikebumikan di desa Kadilangu, termasuk daerah kabupaten Demak, yang terletak
disebelah timur laut dari kota bintoro Demak.
Masa hidup Sunan Kalijaga diperkirakan mencapai lebih dari 100 tahun. Dengan demikian ia
mengalami masa akhir kekuasaan Majapahit (berakhir 1478), Kesultanan Demak, Kesultanan
Cirebon dan Banten, bahkan juga Kerajaan Pajang yang lahir pada 1546 serta awal kehadiran
Kerajaan Mataram dibawah pimpinan Panembahan Senopati. Ia ikut pula merancang
10
pembangunan Masjid Agung Cirebon dan Masjid Agung Demak. Tiang "tatal" (pecahan
kayu) yang merupakan salah satu dari tiang utama masjid adalah kreasi Sunan Kalijaga.
Dalam dakwah, ia punya pola yang sama dengan mentor sekaligus sahabat dekatnya, Sunan
Bonang. Paham keagamaannya cenderung "sufistik berbasis salaf" -bukan sufi panteistik
(pemujaan semata). Ia juga memilih kesenian dan kebudayaan sebagai sarana untuk
berdakwah.
Ia sangat toleran pada budaya lokal. Ia berpendapat bahwa masyarakat akan menjauh jika
diserang pendiriannya. Maka mereka harus didekati secara bertahap: mengikuti sambil
mempengaruhi. Sunan Kalijaga berkeyakinan jika Islam sudah dipahami, dengan sendirinya
kebiasaan lama hilang.
Maka ajaran Sunan Kalijaga terkesan sinkretis dalam mengenalkan Islam. Ia menggunakan
seni ukir, wayang, gamelan, serta seni suara suluk sebagai sarana dakwah. Dialah pencipta
Baju takwa, perayaan sekatenan, grebeg maulud, Layang Kalimasada, lakon wayang Petruk
Jadi Raja. Lanskap pusat kota berupa Kraton, alun-alun dengan dua beringin serta masjid
diyakini sebagai karya Sunan Kalijaga.
Lir ilir lir ilir tandure wis sumilir, Tak ijo royo-royo dak sengguh penganten anyar, Cah
angon cah angon penekno blimbing kuwi, Lunyu-lunyu penekno kanggo masuh dodotirododotiro, Dodotiro-dodotiro kumitir bedhah ing pinggir, Dondomono jlumotono kanggo
seba mengko sore, Mumpung jembar kalangane mumpung padhang rembulane, Yo surako
surak horee.
11
Download