KONSEP MUDARABAH MENURUT SYEIKH DAUD AL-FATANI Hadenan bin Towpek Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Agama Islam Sarawak, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak Abstract: This paper explores the view of Syeikh Daud Al-Fatani (11311265H/1718-1847M) with respect to the mudarabah concept as discussed in his book Furu’ al-Masa’il (1254-1257H/1838-1841M) and specifically referred to in a title Kitab al-Qirad. This paper talks about the definition and understanding of mudarabah concept, in addition to talk about the conditions of six principles of mudarabah comprising financier, entrepreneur or worker, property or capital, effort or work, sighah ijab and qabul and profit sharing. Furthermore, a topic pertaining to the cancellation of mudarabah contract and claims back of mudarabah capital asset are also discussed. This paper is a library research using content analysis method for analysing data. At the same time, a comparative analysis with the authentic view of Shafi’i shcolars is also applied. The finding of this research shows that the view of Syeikh Daud Al-Fatani pertaining to the mudarabah concept is within the scope of al-shafi’i fiqh discussion. Furthermore, the mudarabah concept which is mentioned in Furu’ al-Masa’il book is also still relevant and applicable in Islamic banking and finance from the past, present and future. Keywords: mudarabah, al-Masa’il, Syeikh Daud Al-Fatani. Abstrak: Makalah ini membahas pandangan Syeikh Daud Al-Fatani (1131-1265H/ 1718-1847M) sehubungan dengan konsep mudarabah seperti yang dibahas dalam bukunya Furu 'al-Masa'il (1254-1257H/ 1838-1841M) dan secara khusus disebut dalam judul Kitab al-Qirad. Makalah ini berbicara tentang definisi dan pemahaman tentang konsep mudarabah, selain untuk berbicara tentang kondisi enam prinsip mudarabah terdiri pemodal, pengusaha atau pekerja, kekayaan atau modal, usaha atau bekerja, sighat ijab qabul dan dan bagi hasil. Selain itu, topik yang berkaitan dengan pembatalan kontrak mudarabah dan mengklaim kembali aset modal mudarabah juga dibahas. Tulisan ini merupakan penelitian kepustakaan dengan menggunakan metode analisis isi untuk menganalisis data. Pada saat yang sama, analisis komparatif dengan pandangan otentik Mazhab Syafi'i juga diterapkan. Temuan penelitian ini menunjukkan bahwa pandangan Syeikh Daud Al-Fatani berkaitan dengan konsep mudarabah adalah dalam lingkup pembahasan fiqh alSyafi'i. Selain itu, konsep mudarabah yang disebutkan dalam buku al-Masa'il Furu' juga masih relevan dan berlaku di perbankan dan keuangan Islam dari masa lalu, sekarang dan masa depan. Kata Kunci: mudarabah, al-Masa‟il, Syeikh Daud Al-Fatani. Pendahuluan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani (1131-1265H/1718-1847M) merupakan antara tokoh pemikir Islam yang teragung di Nusantara ini yang pernah AL-RISALAH JISH Vol. 12 No. 1, Juni 2012 1 mengharumkan nama bangsa Melayu di kalangan negara-negara Islam hingga ke saat ini. Beliau merupakan ulama kitab teristimewa dan sering dianggap sebagai pelopor penulisan kitab-kitab Jawi pada sepanjang abad ke 19M. Sebagai penulis yang prolifik pembabitannya dalam penulisan dianggap yang paling produktif dalam menghasilkan kitab-kitab Jawi dalam pelbagai disiplin keilmuan Islam seperti tauhid, fiqh, tasawuf dan sebagainya, yang antaranya masih lagi diterbitkan hingga ke hari ini dan menjadi rujukan dan kajian para ulama, ilmuan, penyelidik, pelajar dan sebagainya. Sehubungan itu, tulisan ini berhasrat bukan sahaja mengenali ketokohan ilmuan ini tetapi juga mengemukakan suatu analisis ilmiah mengenai pandangan beliau terhadap konsep mudarabah sebagaimana yang dibincangkan dalam kitabnya Furu‘ al-Masa’il. Sebelum itu, tulisan ini terlebih dahulu memperkenalkan secara ringkas mengenai biodata pengarang kitab dan latar belakang kitab. Sekilas Tentang Syeikh Daud al-Fatani dan Kitab Furu‘ al-Masa’il Nama penuh beliau ialah Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris @ Tok Wan Derasid @ Syeikh Wan Senik bin Tok Wan Abu Bakr bin Tok Kaya Pandak bin Andi (Faqih) Ali Datuk Maharajalela. Beliau lebih dikenali sebagai “Tok Syeikh Daud Fatani”. Beliau juga mendapat gelarangelaran lain seperti “al-‘Alim al-‘Allamah al-‘Arif al-Rabbani”, “Syeikh Daud Waliullah”, “Syeikh Daud Keramat” dan “Syeikh Daud Pengarang Kitab”.1 Beliau dilahirkan di Kampung Kerisik berasaskan hujah yang merujuk kepada syair yang ditulis oleh Haji Muhammad Hussain bin Abdul Latif alFataniy, pada kitab Hidayat al-Muta‘allim wa ‘Umdat al-Mu‘allim iaitu: “Fatani yang masyhur negeri muallifnya; kampungnya itu Keresik yang hampir sungainya.” Dalam menentukan tahun kelahiran beliau, para penyelidik mempunyai beberapa pendapat sama ada 1133H/1720M atau 1553H/1740M atau 1 Hadenan Towpek, “Kaedah Penulisan Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fatani”, Dalam Furu‘ Al-Masa’il Dengan Tumpuan Kepada Rubu‘ Al-Mu‘amalat”, The 6th ISDEV International Graduate Workshop (INGRAW 2011), pada 11-12 Oktober 2011, anjuran ISDEV, USM, Pulau Pinang, hlm. 3-4. AL-RISALAH JISH Vol. 12 No. 1, Juni 2012 2 1183H/1769M. Namun hujah yang lebih kuat berpandukan kepada Tuan Guru Haji Abdul Hamid bin Abdul Qadir al-Sanawiy dalam bukunya Risalah Bahasan Niat Sembahyang telah menyimpulkan bahawa beliau telah dilahirkan pada tahun 1131H/1718M. Beliau mendapat pendidikan awal daripada keluarga sendiri iaitu daripada bapa dan datuknya, serta berkesempatan berguru dengan ulama-ulama setempat yang datang dari Timur Tengah atau Yaman. Kemudian, beliau juga dikatakan belajar di Acheh selama dua tahun sebelum beliau berangkat ke Hijaz. Beliau belajar di Mekah selama 30 tahun dan di Madinah selama 5 tahun. Beliau wafat di Ta‟if pada tahun 1265H/1847M berdasarkan salah satu catatan keluarganya. Sementara kitab ini pula, judul penuhnya ialah Furu‘ al-Masa’il wa Usul al-Wasa’il. Ia dihasilkan oleh Syeikh Daud al-Fatani pada tahun 1254H/1838M dan diselesaikan pada tahun 1257H/1841M. Kitab ini adalah karya besar beliau dalam bidang perundangan dan pemikiran Islam yang pernah didapati di Mekah sejak tahun 1880an lagi. Dalam bahasa Inggeris, Furu‘ al-Masa’il diterjemahkan sebagai „branches of religious issues‟. Manuskrip asal kitab ini boleh didapati di Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia yang disenaraikan sebanyak 22 katalog. Sementara dalam versi cetakan yang terawal, kitab ini mempunyai pelbagai versi cetakan, diantaranya termasuklah cetakan al-Taraqq al-Majdiyyah al-„Uthmaniyyah alKa‟inah Makkah al-Mahmiyyah (1302H/ 1885M); cetakan Matba„ah alMisriyyah al-Mahmiyyah di Kampung Dandiriyyah Muhammad Affandi Mustafa (1307H/1889M); dan cetakan Matba„ah Dar Ihya‟ al-Kutub al-„Arabiyyah, Mesir (1348H/1929M). Pada masa sekarang, versi cetakan kitab yang masih diulang-cetak, dijual di pasaran dan digunakan di institusi pengajian tradisional terutamanya di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Patani Thailand, adalah versi cetakan Matba„ah Bin Halabi, Patani Thailand2 yang menggunakan versi cetakan Matba„ah Dar Ihya‟ al-Kutub al-„Arabiyyah, Mesir. 2 Berdasarkan versi cetakan ini, kitab Furu‘ al-Masa’il memuatkan pelbagai tajuk, yaitu jilid pertama mengandungi tajuk Tawhid (Usul al-Din) (hlm. 2-14), Fiqh al-‘Ibadat dan Taharat AL-RISALAH JISH Vol. 12 No. 1, Juni 2012 3 Kitab Furu‘ al-Masa’il yang digunakan adalah versi cetakan Matba„ah Bin Halabi, Patani Thailand dan dirujuk khusus pada tajuk Kitab al-Qirad. Tajuk al-Qirad (al-Mudarabah) merupakan tajuk ke 20 daripada 28 tajuk mu„amalat. Ia terletak antara perbincangan tajuk Kitab al-Syuf‘ah dan Bab al-Musaqah. Ia mempunyai empat halaman (halaman 107-110), dengan 124 baris (selepas ini perkataan baris akan ditulis „b.) dan mengandungi 10 set soalan-jawaban. Definisi dan Konsep Mudarabah (Qirad) Dalam Furu‘ al-Masa’il, Syeikh Daud menggunakan istilah qirad yang diertikan sebagai „bahagi untung‟.3 Beliau tidak menggunakan istilah mudarabah. Dalam hal ini, istilah mudarabah berasal daripada perkataan al-darb yang sama ertinya dengan al-safar yang membawa maksud perjalanan yang jauh, iaitu perjalanan untuk tujuan perniagaan dalam usaha mencari rezeki yang halal. Sementara istilah qirad berasal daripada perkataan al-qard yang membawa erti memotong iaitu pemilik harta memotong sebahagian daripada hartanya dan diserahkan kepada pihak pengusaha untuk diperniagakan dan memotong sebahagian daripada keuntungan untuk diserahkan kepada pihak pengusaha. Kedua-dua perkataan ini merujuk kepada konsep yang sama, tetapi dari sudut penggunaan, istilah mudarabah biasa dipakai oleh penduduk Iraq, sementara istilah qirad pula biasa dipakai oleh penduduk Hijaz.4 Dalam mazhab Syafi„i, kedua-dua istilah ini diterimapakai, di mana alImam al-Syafi„i menggunakan istilah al-mudarabah dalam kitabnya, al-Umm.5 (hlm.15-184), Zakat (hlm.184-211), Puasa (hlm.211-222), I‘tikaf (hlm.222-225), Haji dan Umrah (hlm.225-260), Qurban (hlm. 260-267), Makanan (hlm. 267-271), dan Pemburuan dan Sembelihan (hlm. 271-274), dan jilid kedua mengandungi tajuk Fiqh al-Mu‘amalat (hlm. 2-134), Fara’id (hlm. 134-149), Wasiat (hlm.149-161), Perkahwinan (hlm.161-294), Jenayah (hlm.295-332), Jihad (hlm. 335-345), Perlumbaan dan Memanah (hlm. 345-347), Sumpah (hlm. 347-356), Kaffarah (hlm. 356-357), Nazar (hlm. 357-360), Qada’ (hlm. 360-370), Persaksian dan Keterangan (hlm. 370-379), dan Memerdekakan Hamba (hlm. 379-388). Daud bin „Abdullah al-Fatani, Furu‘ alMasa’il, Jilid 1 dan 2, (Patani: Matba„ah Bin Halabi, t.t). 3 Ibid., hlm. 107, Jilid 2. 4 Abu Ishaq Ibrahim bin „Ali bin Yusuf al-Fayruzabadi al-Syirazi, al-Muhadhdhab fi Fiqh al-Imam al-Syafi‘i, juz 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, 1995), hlm. 226; Abu al-„Abbas Syihab al-Din Ibn Hajar al-Haytami, Fath al-Jawad bi Syarh al-Irsyad, jilid 1, (Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh, 1971), hlm. 570; Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini, Mughni al-Muhtaj ila Ma‘rifat Ma‘ani Alfaz al-Minhaj, jilid 2, (Beirut: Dar al-Ma„rifah, 1997), hlm. 399. 5 Muhammad bin Idris al-Syafi„i, al-Umm, jilid 7, (Beirut: Dar al-Fikr, t.t), hlm. 113. AL-RISALAH JISH Vol. 12 No. 1, Juni 2012 4 Manakala al-Muzani menggunakan istilah al-qirad.6 Sementara al-Nawawi pula menggunakan kedua-dua istilah ini bagi merujuk maksud dan konsep yang sama.7 Oleh itu, dalam mazhab al-Syafi„i, kedua-dua istilah ini boleh dirumuskan sebagai pemilik harta menyerahkan hartanya kepada pihak pengusaha untuk diperniagakan dan keuntungan perniagaan itu dibahagi antara mereka berdua.8 Dalam konteks tulisan ini, istilah yang digunakan adalah mudarabah bagi merujuk pemberian modal oleh satu pihak kepada pihak lain sebagai pengusaha supaya diperniagakan dengan pembahagian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui. Jika berlaku kerugian, ia ditanggung oleh pihak pemodal sahaja.9 Modus operandi akad mudarabah ditunjukkan dalam Skema 1. Skema 1: Modus Operandi Akad al-Mudarabah 6 al-Muzani, “Mukhtasar”, dalam al-Syafi„i, al-Umm, Ibid., hlm. 121. Abu Zakariyya Mahy al-Din bin Syarf al-Nawawi, Kitab al-Majmu‘ Syarh alMuhadhdhab li al-Syirazi, tahqiq Muhammad Najib al-Muti„i, jilid15, (Jeddah: Maktabah alIrsyad, t.t), hlm. 139; lihat juga al-Nawawi, Rawdat al-Talibin, juz 4, (Arab Saudi: Dar „Alim alKutub, 2003), hlm. 197. 8 al-Nawawi, Op. Cit., hlm. 358; al-Nawawi, Op. Cit., hlm. 197; al-Nawawi, Op. Cit., hlm. 300; al-Khatib al-Syarbini, Op. Cit., hlm. 399; Syams al-Din bin Muhammad bin Abi al-„Abbas alRamli, Nihayat al-Muhtaj ‘ala Syarh al-Minhaj, juz 5, Taherah: Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh, 1967), hlm. 220; Abu al-Husayn Ahmad bin Faris bin Zakariyya al-Razi, Hulliyat alFuqaha’, tahqiq „Abd Allah al-Muhsin al-Turki, (Beirut: al-Syarikat al-Muttahidah, 1983), hlm. 147. 9 Konsep Syariah dalam Sistem Perbankan Islam, (Kuala Lumpur: BIMB Institute of Research and Training, 1998), hlm. 90; Mohd Daud Bakar “Aspek-aspek Pembiayaan Projek dalam Amalan Perbankan Islam”, Jurnal Syariah, jilid 5, bil 2, 1997, hlm. 210; Nor Mohamed Yakcob, Teori, Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di Malaysia, (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1996), hlm. 76-77; Abd Basir Mohamad et. al., Kamus Ekonomi Islam: Perniagaan Islam, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010), hlm. 62. 7 AL-RISALAH JISH Vol. 12 No. 1, Juni 2012 5 1 . Bersetuju pada nisbah perkongsian untung, seperti 40:60 (40% untuk bank, 60% untuk pengusaha berdasarkan perolehan keuntungan Pengusaha (al-‘amil) Pemodal (sahib al-mal) 2. Projek diurus oleh pengusaha 40% 100% 3. Untung dikongsi 60% Sekiranya berlaku kerugian keuangan Rukun dan Syarat Mudarabah Dalam Furu‘ al-Masa’il, Syeikh Daud tidak menyatakan secara langsung mengenai rukun-rukun akad mudarabah. Beliau menumpukan perbincangan kepada huraian mengenai syarat-syarat bagi rukun-rukun tersebut. Dalam hubungan ini, apabila dirujuk perbincangan dalam mazhab al-Syafi„i mengenai tajuk mudarabah atau qirad, umpamanya al-Nawawi dan al-Khatib alSyarbini menyatakan terdapat lima rukun mudarabah yang terdiri daripada harta (al-mal), usaha atau kerja (al-‘amal), keuntungan (al-ribh), sighah dan dua pihak yang berakad (al-‘aqidan).10 Rukun mudarabah yang lima ini juga difahami oleh fuqaha‟ al-Syafi„i yang lain seperti al-Ghazali, sebagai enam rukun di mana 10 al-Nawawi, Rawdat al-Talibin, Op. Cit., hlm. 197-206; al-Khatib al-Syarbini Op. Cit., hlm. 399. Manakala dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji menyebut bahawa terdapat tiga rukun akad mudarabah yaitu sighah, ‘aqidan dan ra’s al-mal, Mustafa Rib al-Bugha, et. al, al-Fiqh alManhaji ‘ala Madhhab al-Imam al-Syafi‘i, jilid 3, (Damsyik: Dar al-Qalam, 1996), hlm. 232. AL-RISALAH JISH Vol. 12 No. 1, Juni 2012 6 rukun yang kelima itu dibahagi kepada dua iaitu pemodal (sahib al-mal) dan pengusaha (al-‘amil).11 Dalam hal ini, perbincangan Syeikh Daud juga menyentuh mengenai syaratsyarat bagi keenam-enam rukun ini sebagaimana berikut: 1. Syarat Bagi Harta atau Modal Mudarabah Menurut Syeikh Daud, sesuatu harta atau modal mudarabah hendaklah memenuhi syarat-syarat sebagaimana dirumuskan seperti berikut: a. hendaklah dari jenis harta dirham (emas) atau dinar (perak). Oleh itu, ia tidak sah sekiranya dari jenis emas urai, pakaian, dan emas kipal;12 b. hendaklah harta modal itu diketahui (maklum) kadar, jenis dan sifatnya. Oleh itu, ia tidak sah sekiranya tidak diketahui (majhul) kadar dan jenisnya. Ia tetap tidak sah sekalipun diketahui pada majlis akad;13 c. hendaklah harta itu tertentu. Oleh itu tidak sah sekiranya tidak tertentu, umpamanya dikata: “salah satu harta daripada dua harta”. Namun, sekiranya diakad mudarabah dengan seribu pada tanggungannya, kemudian ditentukan seribu pada majlis,14 maka sah akadnya.15 Bagi harta dhimmah (harta dalam 11 Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Ghazali, Al-Wasit fi al-Madhhab, jilid 4, (Kaherah: Dar al-Salam, 1997), hlm. 105-115. 12 Kipal bermaksud compact, solid, in lumps. Manakala emas kipal merujuk kepada gold in (natural) lumps bullion. William Marsden, A Dictionary of the Malayan Language, in Two Parts: Malayan and English, and English and Malayan, Part 2, (London: Cox and Baylis, 1812), hlm. 279. Syeikh Daud juga menjelaskan bahawa bejana yang bercampur seperti tembaga dengan perak, tidak sah dibuat modal mudarabah walaupun laku dengan diketahui kadar nisbah campurannya. Sekiranya campuran itu hilang, hendaklah ia diakadkan semula. Begitu juga tidak sah dibuat modal mudarabah sekiranya dari jenis mata benda sama ada ia mithli atau mutaqawwim. Daud bin „Abdullah al-Fatani, Op. Cit., hlm. 107, bil 23-28. 13 Ibid. 14 Umpamanya seperti dikata: “Saya akad mudarabah kan kamu salah satu daripada dua bekas ini”, maka pada majlis akad ditentukan bekas tersebut, maka sah akad mudarabahnya. Ibid., hlm. 108, bil 5-6. 15 Ibid., hlm 107, bil 30-32. Dalam kasus seperti sekiranya pemodal menerima seribu daripada pihak lain, dalam masa yang sama dia mempunyai dua ribu iaitu seribu padanya dan seribu lagi pada dhimmah pengusaha. Pemodal berkata: “Saya akad mudarabahkan kamu seribu daripada dua ribu (tunai pada tangan pemodal) dan seribu lagi pada dhimmah kamu (pengusaha), manakala seribu lagi saya akad secara musyarakah dengan kamu”. AL-RISALAH JISH Vol. 12 No. 1, Juni 2012 7 tanggungan) boleh menjadi harta mudarabah, iaitu sama ada pada tanggungan pihak pengusaha atau pada tanggungan pihak lain;16 d. harta modal mudarabah hendaklah diserahkan sepenuhnya kepada pengusaha tanpa campurtangan pemodal dalam penggunaannya.17 Keempat-empat syarat di atas adalah selari dengan perbincangan syarat bagi harta mudarabah oleh al-Ghazali dalam al-Wasit fi al-Madhhab yang boleh disimpulkan kepada empat iaitu mata uang, diketahui kadarnya, tertentu dan boleh serah.18 2. Syarat Bagi Spesifikasi Usaha/Kerja Akad Mudarabah Dalam syarat bagi spesifikasi usaha atau kerja bagi akad mudarabah, Syeikh Daud menjelaskan bahawa terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebagaimana dirumuskan seperti berikut: a. hendaklah dari jenis bidang kemahiran bagi pengusaha, umpamanya berniaga. Oleh itu, akad mudarabah tidak sah sekiranya pemodal mensyaratkan pengusaha membuat kerja yang bukan bidang kemahirannya;19 b. hendaklah bukan dari jenis aktiviti yang dilarang, umpamanya seperti aktiviti sorok barang;20 c. hendaklah pengusaha bebas untuk berurus niga tanpa syarat yang mengikat, umpamanya seperti pemodal menentukan barang yang beli, atau membeli 16 Umpamanya seperti terdapat hartanya pada seseorang berjumlah seribu hutangnya, kemudian dia berkata: “Saya akad mudarabahkan pada kamu akan hutang saya yang tanggungan si anu sebanyak seribu itu. Maka ambilkannya untuk buat modal berniaga dengan nisbah keuntungan setengah seorang.” Ataupun seumpama tanggungan pengusaha, seperti empunya hutang berkata kepada yang berhutang: “Saya akad mudarabahkan kamu atas jumlah yang kamu hutang”. Dalam kedua-dua situasi ini dikira sah akad mudarabahnya. Ibid., hlm. 107, bil 32-35 dan hlm. 108, bil 1-2. 17 Ibid., hlm. 108, bil. 7-11. 18 al-Ghazali, Op. Cit., hlm. 105-108. 19 Umpamanya seperti pengusaha disuruh membeli gandum kemudian disuruh menggiling dan membuat roti, yaitu dari jenis kemahiran, sedangkan jenis bidang kerjanya adalah berniaga. Sepatutnya bidang kerja yang dibuatnya adalah dari jenis berniaga seperti aktiviti jual beli termasuklah menyukat, mengukur kain, dan melipatkan kain, selain daripada menerima dan memberi transaksi jualan kepada pembeli dan mengambil harga jualan, serta perbuatan seperti menimbang dagangan, memasukkan dan mengeluarkannya. Ibid., hlm. 108, bil. 11-16. 20 Syeikh Daud menjelaskan bahawa sekiranya diakad mudarabah itu pada aktiviti perniagaan seperti membeli gandum ketika harga murah untuk tujuan stok/simpanan, dan kemudian dijual ketika harga mahal, maka akad ini tidak sah. Ibid., hlm. 108, bil 17-18. AL-RISALAH JISH Vol. 12 No. 1, Juni 2012 8 barang yang sedikit jumlahnya, atau berurusniga dengan orang tertentu sahaja;21 hendaklah usaha atau kerja itu bebas daripada unsur penangguhan dari segi tempoh masa dan unsur ta‘liq atau tertakluk dengan syarat tertentu.22 3. Syarat Bagi Perkongsian Keuntungan Akad Mudarabah Menurut Syeikh Daud, perkongsian keuntungan daripada akad mudarabah adalah salah satu daripada rukun mudarabah yang enam. Dalam hal ini, beliau menyatakan bahawa terdapat syarat-syarat tertentu bagi perkongsian keuntungan sebagaimana dirumuskan berikut: a. hendaklah keuntungan itu dibahagikan antara pemodal dan pengusaha mudarabah. Oleh itu, akad mudarabah tidak sah sekiranya disyaratkan diberi pihak ketiga selain daripada keduanya walaupun suku daripada keuntungan;23 b. keuntungan tidak boleh diserahkan kepada satu pihak sahaja iaitu kepada pemodal. Sekiranya ini berlaku, akad mudarabah menjadi fasad;24 21 Terdapat kekecualian yang dijelaskan oleh Syeikh Daud yang menyatakan sah akad mudarabah sekiranya pemodal meletakkan syarat supaya pengusaha berniaga menjadi sayrafiy iaitu pengurup wang (money changers) atau bertransaksi dengannya. Ibid., hlm. 108, bil 18-20. Dalam hal ini, al-Zuhayli menyatakan bahawa terdapat dua jenis mudarabah iaitu mutlaqah dan muqayyadah. Mudarabah mutlaqah merujuk kepada pemodal yang mengatakan: “Saya serahkan harta ini kepada kamu sebagai mudarabah dengan keuntungan dibahagi antara kita satu perdua atau satu pertiga dan seumpamanya.” Manakala mudarabah muqayyadah pula merujuk kepada pemodal yang menyerahkan hartanya kepada pengusaha untuk diperniagakan di sesebuah negeri yang tertentu atau memperniagakan barang tertentu atau pada masa yang tertentu atau jangan dijual dan dibeli kecuali orang yang tertentu. Dua jenis yang terakhir iaitu “masa yang tertentu dan orang yang tertentu” adalah harus di sisi Abu Hanifah dan Ahmad, tetapi tidak harus di sisi Imam Malik dan Syafi„i. Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, juz 4, (Damsyik: Dar alFikr, 1985), hlm. 840. 22 Ini bermaksud urus niaga hendaklah dilakukan secara langsung (immediately), tidak boleh dilakukan secara bertangguh sehingga tempoh yang lain seperti setahun akan datang. Namun, sekiranya diakad secara mudarabah untuk berurus-niaga selama tempoh setahun, maka ia hanya sah untuk tempoh setahun sahaja. Ibid., hlm. 108, bil 20-23. 23 Ibid., hlm. 108, bil 23-26. 24 Ibid., hlm. 108, bil 26-27. Syeikh Daud menjelaskan bahwa: 1. sekiranya pemodal berkata: “Kamu ambil harta ini dibuat modal berjual-beli dan segala untungnya adalah hak kamu”, maka ia dianggap akad mudarabah yang sah; 2. atau berkata: “Kamu ambil harta ini untuk diperniagakan dan segala keuntungannya adalah milik saya”, maka dalam hal ini ia adalah dikira bay‘ al- ida‘ yaitu jual-beli barang, bukannya akad mudarabah dan tiada wajib diberi upah; 3. atau berkata: “Kamu ambil wang ini untuk modal perniagaan dan segalanya adalah hak kamu”, maka ia adalah termasuk kategori hibah, bukannya akad mudarabah; dan 4. atau berkata: “Kamu ambil harta ini untuk diperniagakan dan keuntungannya dibahagi setengah”, maka inilah disebut akad mudarabah yang lazim. Ibid., hlm. 108, bil 28-32. AL-RISALAH JISH Vol. 12 No. 1, Juni 2012 9 c. hendaklah kaedah pembahagian keuntungan itu jelas dan tertentu. Umpamanya seperti setengah keuntungan adalah bagi pengusaha.25 4. Syarat Bagi Sighah Akad Mudarabah Akad mudarabah hendaklah mempunyai sighah ijab dan qabul. Contoh sighah ijab ialah: “Kamu ambil duit ini untuk modal perniagaan atau jual-beli, dan untungnya nanti dibahagi dua”, kemudian pengusaha menjawab: “Saya terima”, atau “Saya setuju”. Sekiranya dikata: “Kamu ambil duit ini buat modal perniagaan”, maka ia jadi akad mudarabah yang fasad.26 Dalam hal ini, sesuatu sighah akad mudarabah yang lengkap mengandungi dua elemen iaitu pertama, wujudnya modal untuk dibuat perniagakan, dan keduanya, wujudnya nisbah pembahagian keuntungan yang tertentu. 5. Syarat Bagi Pemodal dan Pengusaha Mudarabah Menurut Syeikh Daud, hubungan pengusaha dan pemodal dalam akad mudarabah adalah seumpama wakil dengan pihak yang mewakil. Oleh itu, akad mudarabah ini tidak sah sekiranya salah satu pihak mempunyai salah satu ciri berikut:27 a. mahjur ‘alayh;28 b. hamba yang diizinkan berniaga kecuali mudarabah; atau c. pengusaha itu buta matanya.29 25 Oleh itu, akad mudarabah menjadi fasad sekiranya kadar keuntungan dibahagikan secara bersekutu (berkongsi); atau diagihkan dengan bahagian yang besar atau suku; ditanggungkan setengah seorang, atau diagih sebanyak tiga bahagian tanpa ditentukan siapa yang mendapat hak dua pertiga dan hak satu pertiga. Sekiranya diagihkan keuntungan sebanyak sepuluh sama ada untuk pemodal atau pengusaha, maka akad mudarabah ini adalah tidak sah, kerana boleh jadi kadar untung hanya sepuluh sahaja yaitu untuk satu pihak sahaja. Dalam hal ini, ia menyalahi akad mudarabah yang dipersetujui. Ibid., hlm. 108, bil 26-35 dan hlm. 109, bil 1-3. 26 Ibid., hlm. 109, bil 3-6. 27 Ibid., hlm. 109, bil 6-11. 28 Pihak yang mahjur kerana muflis adalah tidak sah menjadi pemodal dalam akad mudarabah, tetapi dikira sah sekiranya menjadi pengusaha. Ibid., hlm. 109, bil 11-12. Akad mudarabah dikira sah sekiranya pemodal yang buta tetapi bukan pada harta yang tertentu, dan pengusaha pula tidak boleh menerima harta tersebut. Oleh itu, dalam hal ini, pemodal yang buta hendaklah berwakil kepada pada orang lain yang boleh melihat. Ibid., hlm. 109, bil 911. AL-RISALAH JISH Vol. 12 No. 1, Juni 2012 10 Syeikh Daud juga menjelaskan bahawa sesuatu akad mudarabah adalah sah sekiranya terdapat dua orang pemodal dan seorang pengusaha. Dalam hal ini, pengagihan keuntungan adalah mengikut nisbah yang telah dipersetujui semasa akad.30 Dalam kes akad mudarabah yang fasad, pihak pengusaha masih dibenarkan berurus niaga dengannya kerana izinnya masih berkekalan padanya.31 Perbincangan mengenai syarat-syarat bagi rukun mudarabah di atas adalah selari dengan perbahasan fuqaha‟ al-Syafi„i yang muktabar seperti al-Nawawi dalam karya-karyanya seperti al-Majmu‘ Syarh al-Muhadhdhab,32 dan Rawdat alTalibin.33 Perbincangan yang sama juga boleh didapati dalam al-Ghazali dalam al-Wasit fi al-Madhhab.34 Perkara yang sama juga boleh didapati dalam alZuhayli dalam al-Fiqh al-Islami dan Mustafa al-Khin et al. dalam al-Fiqh alManhaji. Butiran lanjut dtunjukkan dalam jadual 1. Jadual 1 Perbandingan Penulisan Mengenai Syarat-syarat bagi Rukun Mudarabah Dalam Fuqaha’ al-Syafi‘i35 29 Akad mudarabah dikira sah sekiranya pemodal yang buta tetapi bukan pada harta yang tertentu, dan pengusaha pula tidak boleh menerima harta tersebut. Oleh itu, dalam hal ini, pemodal yang buta hendaklah berwakil kepada pada orang lain yang boleh melihat. Ibid., hlm. 109, bil 911. 30 Ibid., hlm. 109, bil 12-13. 31 Sekiranya mudarabah yang fasad berpunca daripada pihak yang berakad tidak cukup kelayakan, maka tidak sah berurus niaga dengannya. Dalam hal ini, semua keuntungan atau kerugian adalah hak pemodal, dan dia hendaklah memberi upah atau ganjaran secara mithil (sepadan) sekalipun tidak menjana keuntungan. Ini kerana pihak pengusaha melakukan kerja tersebut kerana adanya upah, melainkan apabila dikata: “Saya bahagi keuntungan iaitu segala untung adalah bagi saya”, dan pengusaha tidak mendapat bahagian apa pun daripada keuntungan termasuklah upah. Ibid., hlm. 109, bil 13-18. 32 al-Nawawi, Kitab al-Majmu‘ Syarh al-Muhadhdhab li al-Syirazi, Op. Cit., hlm. 140-142. 33 al-Nawawi, Rawdat al-Talibin, Op. Cit., hlm. 197-200. 34 al-Ghazali, Op. Cit., hlm. 105-108. 35 Akad mudarabah dikira sah sekiranya pemodal yang buta tetapi bukan pada harta yang tertentu, dan pengusaha pula tidak boleh menerima harta tersebut. Oleh itu, dalam hal ini, pemodal yang buta hendaklah berwakil kepada pada orang lain yang boleh melihat. Ibid., hlm. 109, bil 911. Sekiranya ada keizinan, dia boleh berurus niaga secara bertangguh dengan syarat mempunyai saksi. Sekiranya tidak ada saksi, maka dia tidak boleh berurus niaga secara bertangguh. Dalam hal ini, dia wajib daman. Ibid., hlm. 109, bil 20-22. Pengusaha hendaklah mengembalikannya jika ada ‘ayb barang dagangan itu bagi miliknya dan pemodal boleh mengembalikan kepada penjual jika ada „ayb barang dagangannya bagi penjual. Ibid., hlm. 109, bil 23-24.Tegahan tersebut termasuklah seperti membeli melebihi daripada harta mudarabah melainkan dengan keizinan pemodal; membeli dengan bukan jenis hartanya; menjualnya dengan harga sepadan iaitu tidak menjana keuntungan; membeli hamba yang menjadi merdeka atas sebab pembeliannya; membawa AL-RISALAH JISH Vol. 12 No. 1, Juni 2012 11 Rukun Mudarabah Nama Kitab 1. al-Wasit (alGhazali) 2. al-Majmu‘ (alNawawi) 3. Rawdat alTalibin (alNawawi) 4. al-Fiqh alIslami (alZuhayli) 5. al-Fiqh alManhaji (Mustafa et al.) 1. Harta 2. Kerja 3. Untung 4. Sighah 5&6. Pemodal/ Pengusaha h.106-108 h.108-110 h.111-113 h.114 h.115 h.143-146 h.146-155 x h.155 h.156-157 h.196-200 h.200-202 h.202-204 h.204 h.204-206 h.843-848 X h.848-851 x h.853-868 h.233 X x h.232 h.232 Tanggung Jawab Pengusaha Mudarabah Salah satu elemen utama dalam akad mudarabah ialah menjana keuntungan. Oleh sebab itu, pengusaha bagi akad mudarabah mempunyai beberapa tanggungjawab bagi memastikan perniagaan mudarabah dapat menjana keuntungan. Dalam hal ini, Syeikh Daud telah menjelaskan mengenai tanggungjawab tersebut sebagaimana dirumuskan seperti berikut:36 1. Pengusaha berjual dengan keuntungan dan mengelakkan daripada mendapat kerugian yang teruk. musafir barang dagangan walaupun kadar jarak yang dekat dan perjalanan yang aman sekiranya tanpa keizinan pemodal; mencampur harta mudarabah dengan hartanya; dan memakan daripada harta itu sama ada ketika musafir atau tidak musafir. Ibid., hlm. 109, bil 24-31. Zawa’id adalah nilai tambah daripada barang dagangan yang bukan atas sebab perniagaan, umpamanya seperti tanaman yang mengeluarkan buah-buah atau anak-anak benih, ternakan seperti kambing atau lembu yang beranak, hamba perempuan yang mendapat upah bekerja atau mendapat mahar sebab diwati’. Semua ini adalah hak pemodal, dan pengusaha tidak boleh berkongsi padanya, kerana ia bukan untung perniagaan. Ibid., hlm. 109, bil 31-34. 36 Akad mudarabah dikira sah sekiranya pemodal yang buta tetapi bukan pada harta yang tertentu, dan pengusaha pula tidak boleh menerima harta tersebut. Oleh itu, dalam hal ini, pemodal yang buta hendaklah berwakil kepada pada orang lain yang boleh melihat. Ibid., hlm. 109, bil 911. AL-RISALAH JISH Vol. 12 No. 1, Juni 2012 12 2. Pengusaha tidak boleh berjual secara bertangguh sekiranya tidak ada keizinan daripada pemodal.37 3. Pengusaha boleh berurus niaga secara bertukaran (mu‘awadah) walaupun tanpa izin pemodal.38 4. Pengusaha hendaklah memastikan tidak terlibat dengan aktiviti larangan atau tegahan dalam akad mudarabah.39 5. Pengusaha hendaklah menyerahkan zawa’id daripada modal mudarabah.40 6. Pengusaha boleh menggunakan perolehan keuntungan bagi menampung harta mudarabah yang menyusut nilainya kerana harga turun, atau sebab ‘ayb seperti sakit, atau sebahagian harta tersebut binasa atas sebab tertentu seperti kebakaran atau tenggelam.41 Pembatalan Akad Mudarabah Menurut Syeikh Daud, akad mudarabah boleh dibatalkan atas sebab-sebab yang tertentu sebagaimana dirumuskan seperti berikut: 37 Sekiranya ada keizinan, dia boleh berurus niaga secara bertangguh dengan syarat mempunyai saksi. Sekiranya tidak ada saksi, maka dia tidak boleh berurus niaga secara bertangguh. Dalam hal ini, dia wajib daman. Ibid., hlm. 109, bil 20-22. 38 Pengusaha hendaklah mengembalikannya jika ada ‘ayb barang dagangan itu bagi miliknya dan pemodal boleh mengembalikan kepada penjual jika ada „ayb barang dagangannya bagi penjual. Ibid., hlm. 109, bil 23-24. Tegahan tersebut termasuklah seperti membeli melebihi daripada harta mudarabah melainkan dengan keizinan pemodal; membeli dengan bukan jenis hartanya; menjualnya dengan harga sepadan iaitu tidak menjana keuntungan; membeli hamba yang menjadi merdeka atas sebab pembeliannya; membawa musafir barang dagangan walaupun kadar jarak yang dekat dan perjalanan yang aman sekiranya tanpa keizinan pemodal; mencampur harta mudarabah dengan hartanya; dan memakan daripada harta itu sama ada ketika musafir atau tidak musafir. Ibid., hlm. 109, bil 24-31. 39 Tegahan tersebut termasuklah seperti membeli melebihi daripada harta mudarabah melainkan dengan keizinan pemodal; membeli dengan bukan jenis hartanya; menjualnya dengan harga sepadan iaitu tidak menjana keuntungan; membeli hamba yang menjadi merdeka atas sebab pembeliannya; membawa musafir barang dagangan walaupun kadar jarak yang dekat dan perjalanan yang aman sekiranya tanpa keizinan pemodal; mencampur harta mudarabah dengan hartanya; dan memakan daripada harta itu sama ada ketika musafir atau tidak musafir. Ibid., hlm. 109, bil 24-31. 40 Zawa’id adalah nilai tambah daripada barang dagangan yang bukan atas sebab perniagaan, umpamanya seperti tanaman yang mengeluarkan buah-buah atau anak-anak benih, ternakan seperti kambing atau lembu yang beranak, hamba perempuan yang mendapat upah bekerja atau mendapat mahar sebab diwati’. Semua ini adalah hak pemodal, dan pengusaha tidak boleh berkongsi padanya, kerana ia bukan untung perniagaan. Ibid., hlm. 109, bil 31-34. 41 Ibid., hlm. 110, bil 4-6. AL-RISALAH JISH Vol. 12 No. 1, Juni 2012 13 1. Akad mudarabah dikelaskan dalam kategori akad ja’iz. Oleh itu, ia boleh dibatalkan sama ada daripada kedua pihak atau salah satu pihak walaupun pihak satu lagi itu ghaib sekalipun.42 2. Pembatalan akad mudarabah boleh berpunca daripada harta modal, umpamanya seperti pemodal memerdekakan hamba perempuan yang menjadi harta mudarabah, hamba perempuan itu diwati’ lalu bunting, pemodal menuntut kembali harta mudarabah, atau pengusaha ditegah daripada berurus niaga pada harta mudarabah.43 3. Sekiranya pemodal menjual harta mudarabah, tindakan ini tidak membatalkan akad mudarabah dan pengusaha boleh berurus-niaga akan harta mudarabah walaupun sudah dibatalkan oleh pemodal sekalipun, dengan harapan dapat menjanakan keuntungan seperti sudah hampir dengan pekan atau ada pihak lain yang berminat membelinya. 4. Akad mudarabah terbatal apabila salah seorang ‘aqidan mati atau gila atau pitam.44 Tuntutan Balik Harta Modal Mudarabah Dalam Furu‘ al-Masa’il, Syeikh Daud juga menjelaskan mengenai pemodal yang menuntut kembali harta modalnya. Dalam hal, terdapat beberapa tatacara yang perlu dipatuhi sebagaimana dirumuskan seperti berikut:45 1. Pengusaha hendaklah mengembalikan harta pemodal iaitu ‘ayn modal jika masih ada, atau dengan matawang jika bukan jenis harta asal modal. 2. Dakwaan pengusaha diterima apabila menyatakan tiada untung perniagaan berserta sumpahnya, atau dikatanya tidak ada untung perniagaan kecuali untuk bahagiannya. 3. Pengusaha yang membuat dua pembelian di mana satunya secara mudarabah, dan satu lagi atas tanggungannya sendiri, maka dalam hal ini, 42 Ibid., hlm. 110, bil. 7-8. Ibid., hlm. 110, bil 9-10. 44 Pengusaha boleh menyempurnakan urus niaga jual-beli tersebut selepas daripada kematian pemodal. Ibid., hlm. 110, bil 13-14. 45 Ibid., hlm. 112, bil 14-30. 43 AL-RISALAH JISH Vol. 12 No. 1, Juni 2012 14 dakwaan pengusaha diterima dengan sumpahnya. Dakwaan pengusaha juga diterima apabila berlainan pada jenis atau kadar modal harta mudarabah kerana dia adalah orang kepercayaan. 4. Sekiranya berubah-ubah dakwaan pengusaha mengenai kehilangan harta mudarabah, umpamanya pengusaha mendakwa harta mudarabah binasa, kemudian mengaku masih ada, kemudian mendakwa telah binasa, maka dalam hal ini, dakwaannya diterima dengan sumpahnya. 5. Dakwaan pengusaha diterima apabila menyatakan harta mudarabah telah dikembalikan kepada pemodal dengan sumpahnya sebagaimana ia sama dengan hukum hukum wakalah. 6. Sekiranya berlaku tidak sependapat pada kaedah pembahagian keuntungan, dalam hal ini, kedua pihak hendaklah bersumpah. Kemudian semua keuntungan diserahkan kepada pemodal, dan pemodal wajib memberi kepada pengusaha dengan upah yang sepadan. 7. Dakwaan pengusaha mengenai status untung dan rugi perniagaan adalah diterima kerana dia adalah orang kepercayaan, iaitudibenarkan kata-katanya pada untung-rugi dan kadar banyak modal harta. Dia tidak dikenakan daman jika binasa modal harta dengan tiada kecuaian. Begitu juga jika dipersoalkan dakwaanya yang menyatakan tiada keuntungan bahkan kerugian, atau dipersoalkan dengan keuntungan jika binasa setengah dengan kebinasaan yang samawiyah seperti terbakar, tenggelam, hamba yang melukakan orang, kesukaran mengambil gantinya, kecurian, atau dirampas penyamun. Penutup Perbincangan terdahulu memberi gambaran mengenai konsep mudarabah menurut Syeikh Daud al-Fatani sebagaimana yang dibincangkan dalam kitab Furu‘ al-Masa’il adalah dalam ruang lingkup perbincangan fiqh al-Syafi‘i. Ia dapat dilihat dengan jelas menerusi perbincangan mengenai definisi dan kefahaman mengenai konsep mudarabah, di samping membincangkan mengenai syarat-syarat bagi enam rukun mudarabah. Selain itu, tajuk mengenai pembatalan AL-RISALAH JISH Vol. 12 No. 1, Juni 2012 15 akad mudarabah dan tuntutan balik harta modal mudarabah juga dibincangkan. Tajuk-tajuk ini dihuraikan dengan terperinci. Kekuatan yang ada pada pandangan Syeikh Daud al-Fatani dalam kitab Furu‘ al-Masa’il ini menerusi perbincangan tajuk mudarabah ini adalah berpaksikan kepada sumber-sumber rujukan mazhab al-Syafi„i yang muktabar, selain daripada kaedah penulisan yang sistematik. Sudah tentu sumbangan berharga dan warisan penulisan beliau yang lengkap ini yang telah sekian lama wujud sejak pertengahan abad ke 19M lagi tidak dipersia-siakan sejak zaman ke zaman. Bahkan penulisan beliau mengenai konsep mudarabah ini khasnya dan kitab Furu‘ al-Masa’il amnya adalah masih lagi relevan dan praktikal serta mampu menjadi asas yag kukuh dalam memenuhi setiap tahap keperluan manusia tanpa mengira tempat dari dulu, kini dan akan datang. Bibliografi Abd Basir Mohamad et. al., Kamus Ekonomi Islam: Perniagaan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2010. Al-Muzani, “Mukhtasar”, dalam al-Syafi„i, al-Umm, Beirut: Dar al-Ma„rifah, t.t. Abu al-„Abbas Syihab al-Din Ibn Hajar al-Haytami, Fath al-Jawad bi Syarh alIrsyad, jilid 1, Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh, 1971. Abu al-Husayn Ahmad bin Faris bin Zakariyya al-Razi, Hulliyat al-Fuqaha’, tahqiq „Abd Allah al-Muhsin al-Turki, Beirut: al-Syarikat al-Muttahidah, 1983. Abu Ishaq Ibrahim bin „Ali bin Yusuf al-Fayruzabadi al-Syirazi, al-Muhadhdhab fi Fiqh al-Imam al-Syafi‘i, juz 2, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, 1995. Abu Zakariyya Mahy al-Din bin Syarif al-Nawawi, Kitab al-Majmu‘ Syarh alMuhadhdhab li al-Syirazi, tahqiq Muhammad Najib al-Muti„i, jilid 15, Jeddah: Maktabah al-Irsyad, t.t.. Abu Zakariyya Mahy al-Din al-Nawawi, Rawdat al-Talibin, juz 4, cet. khas, Arab Saudi: Dar „Alim al-Kutub, 2003. AL-RISALAH JISH Vol. 12 No. 1, Juni 2012 16 Abu Zakariyya Mahy al-Din al-Nawawi, Minhaj al-Talibin wa ‘Umdat al-Muftin, Arab Saudi: Dar al-Minhaj, 2005. Daud bin „Abdullah al-Fatani, Furu‘ al-Masa’il, jilid 1 dan 2, Patani: Matba„ah Bin Halabi, t.t. Hadenan Towpek, “Kaedah Penulisan Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fatani Dalam Furu‘ Al-Masa’il Dengan Tumpuan Kepada Rubu‘ Al-Mu‘amalat”, The 6th ISDEV International Graduate Workshop (INGRAW 2011), pada 1112 Oktober 2011, anjuran ISDEV, USM, Pulau Pinang, 7h, 2011. Konsep Syariah dalam Sistem Perbankan Islam, Kuala Lumpur: BIMB Institute of Research and Training, 1998. Mohd Daud Bakar, “Aspek-aspek Pembiayaan Projek dalam Amalan Perbankan Islam”, Jurnal Syariah, jilid 5, bil 2, 1997. Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini, Mughni al-Muhtaj ila Ma‘rifat Ma‘ani Alfaz al-Minhaj, jilid 2, Beirut: Dar al-Ma„rifah, 1997. Muhammad bin Idris al-Syafi„i, al-Umm, jilid 7, Dar al-Fikr, t.t. Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Ghazali, Al-Wasit fi al-Madhhab, jilid 4, Kaherah: Dar al-Salam, 1997. Mustafa Rib al-Bugha et al., al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Madhhab al-Imam alSyafi‘i, Damsyik: Dar al-Qalam & Beirut: al-Dar al-Syamiyyah, 1996. Nor Mohamed Yakcob, Teori, Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1996. Syams al-Din bin Muhammad bin Abi al-„Abbas al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj ‘ala Syarh al-Minhaj, juz 5, Kaherah: Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh, 1967. Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Damsyik: Dar al-Fikr, 1985. William Marsden, A Dictionary of the Malayan Language, in Two Parts: Malayan and English, and English and Malayan, Part 2, London: Cox and Baylis, 1812. AL-RISALAH JISH Vol. 12 No. 1, Juni 2012 17