Unit Agropreneur Muda (UAM) - Kementerian Pertanian dan Industri

advertisement
1)
UNIT AGROPRENEUR MUDA (UAM)
Unit Agropreneur Muda (UAM) telah ditubuhkan oleh Kementerian Pertanian &
Industri Asas Tani dengan visi bagi melahirkan Agropreneur Muda yang progresif,
berdaya saing, kreatif, inovatif dan berpendapatan tinggi di dalam sektor pertanian
UAM juga berperanan untuk menggalakkan penyertaan belia di bawah umur 40
tahun dalam bidang keusahawanan tani. Seterusnya menarik generasi belia yang
berpotensi untuk mewujudkan generasi pelapis dalam sektor pertanian melalui
penyediaan program secara berpakej mencakupi aspek latihan, pembangunan
perniagaan dan keusahawanan, penyediaan tapak projek/premis perniagaan,
promosi dan pemasaran serta pembiayaan.
Penglibatan golongan muda ketika ini adalah rendah sekitar 14%. Golongan muda
mempunyai tenaga, idea dan semangat untuk menjayakan aktiviti ekonomi menerusi
pertanian. Sasaran pendapatan melalui penyediaan pakej keusahawanan adalah
supaya agropreneur memperolehi pendapatan melebihi RM 5,000.00/bulan.
2)
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON SKIM AGROPRENEUR
MUDA :
-
Rakyat Malaysia berumur 18-40 tahun
-
Tidak mengira latar belakang pendidikan
-
Belia yang baru memulakan Projek, wajib mengikuti program latihan teknikal
anjuran Jabatan & Agensi berkaitan
-
Keutamaan kepada belia yang mempunyai kemudahan tanah & premis
sediada
3)
PENDAFTARAN AGROPRENEUR MUDA MOA
Borang boleh didapati secara online di laman web Kementerian, dalam facebook
page 'Unit Agropreneur Muda', di pejabat-pejabat Pertanian dan 12 agensi MOA
yang terdapat di daerah, negeri atau semasa roadshow MOA yang diadakan
diseluruh negara.
Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada pejabat pertanian daerah
atau boleh terus ke Unit Agropreneur Muda di Putrajaya. Penilaian dan tawaran
kursus atau program bimbingan lanjutan akan dibuat selepas itu kepada peserta
yang berminat.
4)
KEISTIMEWAAN PROGRAM AGROPRENEUR MUDA MOA
1) Latihan dan Bimbingan percuma
dalam aspek teknikal, kewangan,
pembungkusan dan pemasaran oleh pihak jabatan dan agensi dibawah
Kementerian.
2) Pembiayaan Mudah daripada AgroBank dan TEKUN Nasional sehingga RM
300,000 tertakluk kepada syarat-syarat sediada AgroBank dan TEKUN. Geran
dalam bentuk In-kind contribution daripada Kementerian sebanyak 30 peratus
daripada kos projek akan diberikan kepada pemohon yang layak dalam bentuk
peralatan dan input pertanian.
3) Pendapatan minimum RM5,000 sebulan menerusi pakej pertanian yang
ditawarkan.
4) Tumpuan kepada projek pertanian bernilai tinggi dan penggunaan teknologi
moden.
5)






PAKEJ YANG DITAWARKAN
Pakej Usahawan Tanaman (Fertigasi, Cendawan, Tanam Semula Buah-buahan)
Pakej Usahawan Perikanan (Ternakan Ikan Air Tawar dan Ikan Marin, Ternakan
Udang Galah, Rumpai Laut & Ikan Hiasan)
Pakej Usahawan Ternakan (Kambing/Biri-Biri, Puyuh, Ayam Kampung)
Pakej Usahawan Berasaskan Padi Beras
Pakej Usahawan Tanaman Nenas dan Produk Industri Asas Tani Berasaskan Nenas
Pakej Usahawan Industri Asas Tani
*Selain daripada pakej di atas merangkumi aktiviti pemprosesan,
pembungkusan dan pemasaran produk industri hiliran dan huluan
berasaskan pertanian.
LAMPIRAN 1
BORANG UAM 01/14
PROGRAM AGROPRENEUR MUDA
BORANG PENDAFTARAN
Perhatian :
* Borang diberi secara percuma
* Borang salinan fotostat dibenarkan.
* Sila kembalikan borang yang lengkap diisi kepada Jabatan/Agensi Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani di Daerah
masing-masing
1. Nama (HURUF BESAR Mengikut Kad Pengenalan)
Sila lekatkan
gambar terkini
anda di sini
2. No. Kad Pengenalan baru (Sila kepilkan salinan)
Umur :
Tahun
3. Alamat tetap
Poskod:
Bandar :
4. No. telefon ®
Negeri :
No. telefon bimbit
5. E-Mel:
6. Nama Syarikat/ Koperasi/ Persatuan (Jika ada)
7. Status Pemilikan*: Sendiri/ Perkongsian/Sendirian Berhad/ Lain-lain: ___________________
8. Alamat Syarikat/ Koperasi/ Persatuan
Poskod:
9. No. telefon Pejabat:
Bandar :
Negeri :
No. Faks Pejabat
E-Mel Syarikat:
10. Bidang pertanian
:
yang ingin diceburi*
Tanaman
Ternakan
Perikanan
Industri Asas Tani (Pemprosesan)
Pemasaran
Lain-lain (nyatakan) : ___________________________________________________
11 Jenis projek : __________________________________________________
Contoh : Ternakan Ikan Sangkar
12. Cadangan/ Lokasi Projek :
Daerah
Negeri:
13. Pernah mengikuti sebarang kursus pertanian (Jika Ya Nyatakan / Tidak) :
________________________________________________________________________________________________
14. Projek yang sedang diusahakan sekarang :
(Projek Sediada)
Jenis projek : ____________________________________________________________________________________
Saiz projek : _____________________________________________________________________________________
Lokasi projek : ___________________________________________________________________________________
Saluran pasaran : _________________________________________________________________________________
Status projek : ___________________________________________________________________________________
15. Pengakuan
Saya akui bahawa butir-butir di atas adalah benar
Tarikh :
( Tandatangan)
_________________________________________________________________________________
UNTUK KEGUNAAN JABATAN/AGENSI DAERAH
16 Permohonan ini * Disokong / Tidak Disokong
Status permohonan * Lengkap / Tidak Lengkap
Ulasan Pegawai Jabatan/Agensi Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
17. Pengesahan
Tandatangan
Nama & Cop
* Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Unit Agropreneur Muda
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Aras 1, Wisma Tani, Lot 4G1, No. 28 Persiaran Perdana, Presint 4
62624 Putrajaya
Borang ini juga boleh diisi secara online di www.moa.gov.my dan bit.ly/UAMdaftar
Tel : 03-8870 1234/ 1235/ 1298 Faks: 03-8888 0741/ 888 11276
Download