BERITA KELUARGA KAMI

advertisement
BERITA KELUARGA KAMI
Julai 2007 | Volume 1, Issue 2
JAMUAN ROHANI
Kebaktian kebangunan rohani sempena ulangtahun
ke 80 penyebaran Injil untuk gereja Johor Bahru
telah diadakan pada 8-10 Jun 2007. Tema kebaktian
kebangunan rohani adalah berdasarkan Kolose 2: 6-7
– Untuk hidup dalam Kristus, untuk berakar dan
dibangun di atas Dia. Kami telah menerima
pembangunan rohani yang berkelimpahan daripada
para penatua yang dihantar oleh Ibu Gereja
(Malaysia) untuk membantu kami. Khotbah mereka
adalah seperti yang berikut:
1. Pdt Ezekiel Chang
•
•
•
Iman dan Kehendak Tuhan
Iman dan Pemikiran
Iman dan Menjadi Berakar
Kebaktian Kebangunan Rohani Ulangtahun ke-80 - JB
•
Iman dan Perkahwinan
2. Dn Andrew Tee
•
•
Tanggalkan kasutmu (1) [Kasut Musa]
Tanggalkan kasutmu (2) [Kasut Yosua]
3. Dn Simon Liew
•
Manusia pada Hari-hari Terakhir
4. Dn Philip Wong
•
•
Menjadi Berakar and Dibangunkan untuk
Menghadapi Pencobaan Rohani
Menjadi Kuat untuk Menghadapi
Peperangan Rohani
Khotbah – khotbah telah direkodkan. Sila hubungi
Saudara Lim Chia Shenq jika anda ingin memiliki CD-CD
khotbah ini.
Liong Xin, Yu Lan & Karunia Indah mereka daripadaTuhan
Seperti biasa, kebaktian kebangunan rohani adalah
peluang yang indah untuk kita memohon Roh Kudus.
Setiap pengkhotbah telah berkongsi saksian yang
menggerakkan dan pengalaman dalam doa. Para
pemercaya juga telah bertindak balas dengan berdoa
bersungguh-sungguh dalam setiap sesi. Syukur kepada
Tuhan-Penyelamat kita yang penuh rahmat dan setia
kepada janjiNya telah mencurahkan karunia Roh Kudus
kepada 3 pemercaya. – Sdra Steven Yii (Singapore),
Sdra Ching Chong Quek dan Sdri Shelby Yong. Haleluya!
Marilah kita terus berdoa untuk mereka yang berada di
dalam keluarga gereja kita yang belum menerima Roh
Kudus. Kita hidup di zaman yang bahaya dan kita
memerlukan pimpinan Tuhan yang berterusan di dalam
Roh Kudus.
Pada petang Sabtu, untuk memuji Tuhan atas segala
berkatNya yang indah, kumpulan koir gabungan yang
besar iaitu Johor Bahru & Johor Jaya telah menyanyi
tentang bagaimana kita patut Menggandeng Tangan
Tuhan. Pada hari Ahad, 123 saudara dan saudari
mengambil bahagian dalah tubuh Tuhan dan
darahnya sewaktu Perjamuan Kudus.
Sememangnya, kita telah menikmati satu jamuan
rohani yang indah. Tetapi selepas “makan”,
janganlah kita melupakannya. Sebaliknya, marilah
kita mempergunakan makanan itu dengan baik –
menggandeng tangan Tuhan Yesus kita dan
bertekad untik mengikuti Dia kemana jua Dia
bimbing.
ISI KANDUNGAN
FIRMAN YANG TAK BERUBAH
2
LEDAKAN KELAHIRAN
2
BERITA PANTAS
2
BERITA KELUARGA KAMI
MUKASURAT 2
Bakal Ibu-bapa yang teruja
FIRMAN YANG TAK BERUBAH
Pada 16-17 Jun 07, kami telah mengadakan dua kebaktian
penginjilan di gereja Stulang Laut dan Desa Tebrau.
Pendeta Joseph Chong telah menyampaikan khotbah
tentang “ Firman yang Tak Berubah dalam Dunia yang
Sentiasa Berubah”. Manusia berubah, keluarga berpisah
dan masyarakat menjadi semakin jahat. Punca kesemua
ini ialah kerana dosa yang telah merosakkan hati manusia.
Hanya dengan kembali kepada sumber hidup yang tidak
berubah, barulah kita boleh berharap untuk menikmati
kesukacitaan dan kedamaian yang benar. Sdri Ching Poh
Geok juga bersaksi tentang anugerah Tuhan yang telah
menjaga dia dan keluarganya sehingga selamat daripada
kebakaran di rumahkedai mereka. Sememangnya, mereka
telah mengalami ketenangan dan kedamaian yang benar.
Memperkenalkan Tuhan kita kepada kawan-kawan dan
saudara-mara adalah langkah pertama. Marilah kita terus
menyiram benih injil ini yang telah ditanam di dalam
hati mereka. Semoga Tuhan memberikan kita
tumbesaran yang baik.
Siniah
Edbin & Martini
Jack & Hazel
Lip Fah & Chien Wei
LEDAKAN KELAHIRAN
2007 sememangnya adalah tahun yang istimewa. Bapa
kita yang di Syurga bukan sahaja telah memberkati kita
dengan makanan rohani yang berkelimpahan – setakat ini,
kita telah mengadakan DUA kebaktian kebangunan rohani
di Johor Bahru – Dia juga telah memberikan kita
“keturunan ilahi” yang berkelimpahan! Ya, tahun 2007
adalah tahun Ledakan Kelahiran.
•
29 Mar 07 – Bayi Bella untuk Liong Xin & Yu Lan
•
01 Jun 07 – Bayi Cadence untuk Shee Ping & Jaime
•
29 Junl 07 – Bayi lelaki untuk Steven & Siniah
•
11 Jul 07 – Bayi untuk Edbin & Martini
•
08 Aug 07 – Bayi untuk Jack & Hazel (di London)
•
Sep 07 – Bayi untuk Lip Fah & Chien Wei
•
Oct 07 – Bayi untuk Eric & Sok Len
Kami mempersembahkan beberapa gambar ibu bapa yang
bangga, anak-anak yang comel dan bakal ibu bapa yang
teruja.
Anak-anak adalah warisan daripada Tuhan kita. Marilah
kita saling mendoakan dan bekerja bersama untuk
memupuk kesemua anak kecil ini untuk menjadi laskar
Tuhan Yesus Kristus yang baik dan setia.
Gereja Yesus Benar (Johor Bahru)
57G Jalan Serai, 80300 JB
9 & 9A Jalan Shahbandar 3
Taman Ungku Tun Aminah, 81300 Skudai
55B Jalan Harmonium
23/14 Taman Desa Tebrau
BERITA PANTAS
•
Pendeta Ezekiel Chang telah datang untuk
lawatan yang singkat pada 24 Jun 07 selepas
mengadakan satu seminar di Singapura
•
Pendeta Ezra Chong dan Sdra Chong Pei Wai
(Singapore)
telah
mengadakan
lawatan
penggembalaan ke kawasan yang baru diterokai
di Bahagian Selatan dari 29 Jun – 3 Jul 07.
Kami berada di laman Web!
Sila ke:
http://www.tjc.org.my/jb
Download